semoga berbahagia mendapat rahmat

limpah kurnia Tuhan yg Esa..........

15 December 2010

female reproductive system (must read) heh heh hehhh

 crite kali ni agak emmmm agak sensitif sikit bg yg x biase... hohohhhoooo

pg td tun kisai almari tun (cari barang) pastu terjumpo balik nota2 anatomy n physiology (A.N.P) mase tun study kt pusrawi dulu.... buku2 nursg tun semuanye tun bg budak2 (kawan) nursg kuim pinjam..tun syg buku2 tu sbb tu tun bg dorang pinjam supaya buku tu x sia2, lgpon tun da ambik bidang lain jd, tun x ada mase lg nak menela'ah buku2 nursg ni... tp org yg tun bg pinjam tu macam x jage tauuu... uwwaaaa... ape laa,, sygilah buku, sbb buku akan berselawat utk kita selama kita menjaganya dgn baik... sobb3.. sabar ye buku... huhhh, tp kalau nota2 tangan tun dorang mintak x bleh bg r kan takot hilang (bukan kedekut), prinsip tun, kalau hilang nota first tun, tun malas nk study dah bab tu n xkan buat nota lain dah... hahaaa.. terok btol perangai.. bukan ape, bg tun, nota frst tu lah sgt berharga (banyak maklumat, walaupon serabot) n utk rujukan paling cepat kih3


 meme serabot! tun sorang yoo paham
hahahaaaaa


selak, selak dan selak... tun terbuka kat bab female reproductive system kihh3...
kite pikir yg baik2 ye, kite nak dapat ilmu kan3 hahaa,,, tun x pandai sgt bab nih tp nk share berkaitan dgn ape yg doctr ortopedik terang kan kt tun mase tu, tun terpikir lak td nak tgk balik bab yg berkaitan dgn kecederaan tun nih (nak kaji konon) kat pelvic.. hmm pelvic, jd kat iliac region la kan..
takot jugak la bg kesan kat organ berhampiran, kidney ke or bahagian2 peranakan ke.. huhuuu.. alhamdulillah ok... tp tun x pehe la diagnosis nih,,,



sape2 yg pehe n teror bab ni, tolong explen kat tun
ye kih333....tun dah tanye senior nursg kuim, tp dorang bleh ckp x ingat! (pe daaa)
kalau tun tanye sis selvi (senior pusrawi) mesti die bleh bg penerangan yg amat jelas
heheheee... skarang da jauh, miss u always sis selvi = best studnt pusrawi,
akak yg sgt pemurah bg tun pinjam nota2 walaupon berlainan bangsa... tp still igt tun n kad raya (o9 n 1o) d pos sebagai tanda ingatan... kih3

haa ape yg tun nak sampaikan ni ialah pengetahuan tentang sistem pembiakan kat para pembaca, sgt penting utk d fahami kerana ia berkaitan dgn kita, mcaaaam kita nak pregnnt nnt ke wha3, accidnt ke, sakit puan keee, kalau ade masalah ape2 je, bila doc terangkan xde lah kite terpinga2 'ape tu' 'ape ni'... kan bagus kite ambik tau dpd skarang...da x susah nanti.. hahaaa.. alaaa tahu yg asas2 je cukup dah...keh100



Sistem pembiakan perempuan mengandungi dua bahagian utama:
  • faraj dan uterus,  yang bertindak sebagai bekas untuk sperma lelaki; dan
  • ovari yang menghasilkan ovum ; secara amnya, kesemua ovum dicipta sewaktu dilahir.
Sistem pembiakan perempuan selalu merupakan bahagian dalaman. Faraj membuka ke luar di vulva yang juga merangkumi labium, kelentit dan uretra. Ia bersambung dengan uterus melalui serviks, sedangkan uterus bersambung dengan ovari melalui salur falopia.


Pada lebih kurang setiap bulan, sebiji ovum akan menjadi matang melalui proses oogenesis dan dihantarkan ke uterus melalui salur falopia. Jika dalam perjalanan ini, ovum bertemu dengan sperma, sperma akan menembus dan bergabung dengannya. Proses ini yang digelarkan persenyawaan biasanya terjadi di dalam salur falopia, tetapi juga boleh terjadi di dalam uterus. Zigot yang dihasilkan akan melekat pada dinding uterus, di mana ia memulakan proses embriogenesis dan morfogenesis. Sewaktu perkembangannya mencapai tahap untuk berhidup di luar rahim, serviks akan mengembang dan pengecutan uterus akan menolakkan fetus ke luar melalui salur lahir, iaitu faraj.


Jika tidak disenyawakan, ovum itu akan dikeluarkan daripada sistem perempuan melalui haid.


Faraj

Faraj merupakan saluran berbentuk tiub dari uterus ke luar badan. Is merupakan tempat di mana air mani lelaki dibubuh dalam tubuh perempuan sewaktu persanggamaan. 

Serviks

Serviks merupakan bahagian bawah uterus yang sempit di mana ia bersambung dengan hujung faraj yang atas. Ia berbentuk silinder ataupun kon dan terjulur melintasi bahagian anterior atasan bagi dinding faraj.
Lebih kurang setengah daripada panjangnya dapat dilihat, sedangkan yang bakinya tersembunyi di atas faraj.

Uterus

frames


Uterus atau rahim ialah organ pembiakan perempuan yang utama. Satu hujungnya membuka kepada faraj melalui serviks, sedangkan hujung yang lain bersambung di kedua-dua belah uterus kepada salur-salur falopia.

Sebahagian besar uterus terdiri daripada otot yang dikenali sebagai miometrium. Fungsi utamanya ialah untuk menerima ovum tersenyawa yang akan melekat pada endometrium untuk mendapat makanannya daripada salur darah yang berkembang semata-semata untuk tujuan ini. Ovum tersenyawa akan berkembang daripada peringkat embrio menjadi fetus dan kemudian dilahirkan sebagai bayi.

 

Salur falopia

Salur falopia ataupun oviduktus merupakan dua tiub halus yang menghubungkan ovari dengan uterus. Sewaktu ovum menjadi matang, folikel serta dinding ovari akan pecah dan membenarkan ovum melepaskan diri untuk kemasukan ke dalam salur falopia. Di sini, ia akan tiba di uterus melalui bantuan silia yang terletak di lapisan dalaman tiub yang menolakkannya. Perjalanan ini boleh mengambil masa berjam-jam ataupun berhari-hari. Jika ovum disenyawakan semasa di salur falopia, ia akan melekat pada endometrium sewaktu bertiba di uterus. Perlakuan ini menandakan permulaan kehamilan.

 

Ovari

Ovari ialah organ perempuan yang menghasilkan ovum atau telur. Proses untuk melepaskan ovum ke dalam salur falopia digelarkan pengovulan. Pengovulan terjadi secara berkala dan memberi kesan yang langsung kepada jangka kitaran haid. Selepas pengovulan, ovum akan bergerak ke uterus melalui salur falopia. Kehamilan akan terjadi jika ia disenyawakan oleh sperma dalam perjalanan itu ke uterus.



pehe dah? tp pehe la sikit2 kan.. nnt slalu bace pehe le banyak2 kan hahhaaa,,, ade yg x habes terang lg nih, tp kalau nk tau search je la kan, mesti jumpo.... ilmu sns ni sangat la besstt, sbb kita akan jumpe keunikan ciptaan Allah.. hmm sgt hebat! subhanallah.. tu belum masuk bab sistem endokrin, gastrousus, dan lain2 lg besssttt, mcm2 bleh jumpe, dari situ kita akan menemui betapa indahnyaaa ciptaan Allah dan bijaksananya Allah mencipta sesuatu tu beserta fungsinya.. hehehheee..


No comments: