semoga berbahagia mendapat rahmat

limpah kurnia Tuhan yg Esa..........

27 December 2010

kebangkitan semula....



sambungan “kehidupan manusia d alam akhirat”


KEBANGKITAN

tersebut dlm surah az Zumar <ayat 68>, sesudah trompet pertama d bunyikan, maka terjadilah kiamat besar, d mana manusia, jin, malaikat mati serentak (kecuali Allah dan malaikat Israfil). Bumi, matahari, bulan dan bintang2 pun hancur, lalu d ganti dgn bumi, matahari, bulan dan bintang2 baru...

kemudian d bunyikan trompet buat kali kedua, d saat itu d hidupkan kembali semua manusia yg pernah hidup d permukaan bumi ini, d hidupkan pula jin, iblis dan malaikat... menurut ulama', juga d hidupkan kembali beberapa macam binatang2 dan tumbuh2an...

cuba fikirkan, menurut para ahli, alam yg kite lihat sekarang ini sudah berumur lebih kurang 25 billion tahun. Dan alam ini akan berlangsung terus beberapa billion tahun lg. Itu semua d anggap oleh Allah swt sebagai sekelip mata saja, bila d bandingkan dgn lamanya atau kekalnya alam akhirat itu nanti....
Firman Allah ;

hanya Allah lah yg mengetahui rahsia langit dan bumi dan tidaklah urusan kiamat itu kecuali seperti kelipan mata saja atau lebih pendek dari itu. Seungguhnya Allah atas tiap2 sesuatu Maha Kuasa.”

jgn lupe, soal waktu atau tempoh adalah soal yg relatif. Tempoh yg amat pendek saja dpt d rasakan lama sekali, dan tempoh yg lama sekali dpt d rasakan pendek sekali oleh manusia. Itu bergantung kpd keadaan manusia yg merasakannya...

seorang yg sudah mati beberapa ribu tahun yg silam, lalu d hidupkan Allah sesudah hari kiamat itu beribu atau berjuta tahun lamanya, tetapi bila org itu termasuk beriman yg baik, terasa bg nya tempoh yg lama itu sebentar saja dan sebaliknya bila dia org kufur yg jahat, terasa lama sekali...
firman Allah ;

d hari mereka melihat kejadian kiamat itu, mereka akan merasa seolah2 mereka diam d dunia hanya semalam atau siangnya saja.”

dgn pengertian demikian pula harus d fahamkan apa yg d katakan oleh Allah, bahawa sehari pd sisi Allah adalah 5o ribu tahun menurut perhitungan sekarang ini...
d riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dr Abu Hurairah ra, Rasulullah saw berkata ;

bahawa lamanya antara 2 tiupan trompet adalah 4o. Ketika d tanya org apakah 4o hari, Abu Hurairah menjawab ; aku lupa. Ketika d tanya org apakah 4o bulan, ia menjawab ; aku lupa. Ketika d tanya apakah 4o tahun?, ia menjawab ; aku lupa. Kemudian turunlah air dr langit, lalu semua manusia tumbuh seperti tumbuhnya sayuran. Bahagian yg mana saja dr manusia menjadi hancur (sesudah matinya), kecuali sebuah tulang, iaitu hujung tulang sulbi (hujung paling bawah dr tulang punggung atau sulbi). Dr hujung ekor itulah d bentuk manusia d hari kebangkitan sesudah kiamat.”

hadis lain oleh Ahmad dan Ibnu Hibaan dan Abu Said ra, Rasulullah saw berkata ;

tanah memakan setiap bahagian dr tubuh manusia, selain hujung tulang sulbi. Lalu org bertanya ; “apakah itu ya Rasulullah?” Rasulullah saw menjawab ; “sebesar biji bayam, dr mana kamu akan d bangkitkan (d tumbuhkan) kelak.”

dr hadis kedua, Rasulullah saw menegaskan bahawa ada bahagian tubuh manusia yg x akan hancur atau lenyap, iaitu bahagian yg amat halus sebesar biji bayam terletak d hujung tulang sulbi paling bawah. Sekalipun d kubur beribu tahun d dlm tanah, atau d bakar menjadi abu dgn api, namun bahagian yg halus itu x akan hancur, tetap ada selama2nya. Dr bahagian yg amat halus yg x dpt hancur itulah nantinya setiap manusia d pertumbuhkan menjadi manusia yg lengkap kembali. Jadi hampir sama dgn pertumbuhan sebuah sel menjadi bayi, menjadi binatang atau tumbuh2an...
firman Allah ;

hai manusia, bila kamu ragu tentang kebangkitan (hidup kembali d akhirat), maka (ingatlah) Kami telah ciptakan kamu mula2 dr tanah, kemudian dr air mani, kemudian dr seketul darah, lalu dr segumpal daging yg jadi dan ada yg x jadi, agar Kami menerangkannya kpd kamu, dan kami tempatkan d dlm rahim menurut ketentuan2 yg Kami tetapkan sampai waktu tertentu, kemudian itu Kami keluarkan kamu sebagai bayi setelah cukup kuat, sebahagian dr kamu mati d waktu masih kecil dan sebahagian lg mencapai umur yg sgt lanjut sehingga ia x tahu lg apa2 yg pernah d ketahui nya. Dan engkau lihat tanah yg keras, dan bila kami turunkan pd nya (air hujan), tanah itu menjadi mekar dan subur, sehingga tumbuh pd nya segala macam tumbuh2an yg bagus2.”

Siapa sahaja yg mempelajari pertumbuhan manusia dr setitik mani yg lemah sampai menjadi manusia yg kuat, tentu akan dpt mencapai keyakinan tentang kebangkitan d akhirat nanti. Begitu juga bila mempelajari pertumbuhan sebuah biji yg amat halus ditumbuhkan Allah menjadi sebatang kayu yg besar dan rendang. Dgn alasan apa lagi manusia sampai x mempercayainya dan yakin maka itulah manusia2 kafir, yg d ciptakan dan d hidupkan Allah d permukaan bumi ini hanya utk makan, minum dan bersenang2 dgn benda2 yg nyata, tetapi x dpt mempercayai adanya hidup sesudah mati. Seorang tuli, x ada kemampuan pd nya untuk mendgr. Begitu juga org kafir, segala kemampuan ada padanya, selain kemampuan utk beriman.

Yg paling keras memberikan reaksinya d antara org2 yg x percaya, iaitu Ubnai dan Khalaf dan Al As bin Wail. Kedua org ini mengambil cangkul, lalu menggali kubur2 itu, mereka ambil semua tulang belulang manusia yg sudah mati yg sudah rapuh dan lapuk. Tulang belulang itu mereka bawa ke hadapan Rasulullah saw. Tulang belulang itu mereka pijak2 dgn kaki dan mereka meramas2 dgn tangan sampai hancur. Sebahagiannya mereka lemparkan ke udara lalu mereka tiup sehingga berterbangan sebagai debu. Lalu masing2 berkata kpd Rasulullah saw ;

hai Muhammad, apakah engkau mendakwakan bahawa Allah akan menghidupkan kembali tulang2 ini?”

Rasulullah saw x segera menjawab tentangan ini. Beliau termenung sejurus, lalu turun kpd beliau malaikat Jibril membawa wahyu dr Allah, membawa jawapan yg tepat bg kedua penyanggah dan penentang itu. Wahyu tersebut dlm surah Yasin;

tidakkah manusia memikirkan, bahawa Kami ciptakan ia dr setitik mani? Tetapi tiba2 ia menjadi pembangkang yg terang2 an. Ia adalah perumpamaan2 utk menentang Kami, dan ia lupa akan asal kejadiannya sendiri, lalu ia berkata ; siapa yg dpt menghidupkan kembali tulang2 yg sudah lapuk itu? Katakan (hai Muhammad) ; Tuhan yg menciptakan tulang2 itu kembali. Kerana dia tahu betul2 akan setiap kejadian. Dialah yg telah menjadikan api dr kayu dan hijau utk kamu, sehingga kamu dpt menyalakannya. Apakah Tuhan yg telah dpt menciptakan langit dan bumi dan x dpt menciptakan yg seperti mereka? Tentu saja Tuhan dpt, dan Dia Maha Pencipta dan Maha Mengetahui. Bila Dia menghendaki utk membuat sesuatu, Dia hanya perintahkan dgn berkata ; jadilah! Maka jadilah apa yg Dia kehendaki itu. Maka sungguh Maha Suci Tuhan yg dlm Tangan Nya terletak seluruh kekuasaan, dan kpd Nyalah kamu akan d kembalikan.”

setiap org beriman harus pandai membentengi imannya dr suara2 dajjal, sambil berdoa hehee ;

kami berlindung dgn Engkau ya Allah dr seksa neraka dan seksa kubur, dr fitnah hidup dan fitnah mati, dr fitnah Dajjal.



SUASANA KEBANGKITAN

suasana kebangkitan sebagaimana juga suasana kiamat, d dahului dgn tiupan sangkakala atau trompet. Jadi sangkakala itu d tiup 3 kali....

TIUPAN PERTAMA

menyebabkan kegoncangan dan kekagetan seluruh isi alam. Manusia, binatang2, jin dan malaikat2 terkejut, kaget dan panik, bumi dan gunung2 goncang dan pecah belah sampai menjadi debu, sedang matahari, bulan dan bintang2 menjadi kacau bilau x keruan jalannya....
Firman Allah ;

dan (ingatlah) hari yg akan d tiup sangkakala, lalu terkejutlah mereka yg ada d langit dan mereka yg ada d bumi, kecuali org2 yg d kehendaki Allah. Dan tiap2 suatu akan datang kpd Nya dgn merendahkan diri.”


TIUPAN KEDUA

Menjadi segala makhluk hidup menjadi mati serentak, iaitu tiupan yg menyebabkan kematian d langit dan d bumi, tiupan yg menyebabkan terjadinya kiamat....
Firman Allah ;

dan d tiup sangkakala lalu matilah semua isi langit dan semua isi bumi kecuali org yg d kehendaki Allah.

Menurut hadis yg d riwayatkan oleh Ibnu Jarir dr Abu Hurairah ra d terangkan bahawa sesudah Malaikat Israfil meniup sangkakala, dan seluruh isi langit dan bumi mati serentak, maka malaikat maut melaporkan kpd Allah, yg masih hidup hanya Engkau, kerana Engkau Zat yg Maha Hidup, berdiri sendiri, x akan mati selamanya, dan yg masih hidup pula ialah malaikat2 Hamlatul Arsy (yg mendukung Arsy), begitu juga Jibril, Mikail dan aku sendiri. Maka Allah memerintahkan ; matikanlah Jibril dan Mikail. Maka matilah Jibril dan Mikail. Allah lalu memerintahkan lg ; matikanlah semua Hamlatul Arsy. Maka mati pulalah seluruh Hamlatul Arsy. Lalu Allah memerintahkan kpd Arsy utk mencabut sangkakala dr tangan malaikat Israfil. Lalu matilah Israfil. Lalu malaikat maut mendatangi Allah berkata ; sudah mati semua, yg masih hidup hanya Engkau Zat yg tetap hidup, dan juga sy. Berkata Allah ; engkau adalah salah 1 dr makhluk Ku, maka engkau harus mati. Maka matilah malaikat maut....

maka d saat itu hanya Allah saja yg tetap hidup dan akan hidup terus.

Kemudian Allah gulungkanlah langit dan bumi seperti menggulung kertas” al Anbiya' <ayat 1o4> dan az Zumar <ayat 67>

kemudian pada hari ini? Pertanyaan ini d ulangi Allah sampai 3 kali. Kerana x ada yg menjawab, lalu Allah menjawabnya sendiri utk diri Nya sendiri pula dgn berkata ; seluruh kekuasaan hari ini d pegang Allah (utk Allah) yg Maha tunggal lg Maha perkasa” al Mu'min / Ghafir <ayat 16>

“d saat itu bumi berganti dgn bumi yg baru, begitu juga langit2 (bintang2 dan planet2). Bumi keadaannya datar sesayup mata memandang, x ada yg menanjak dan menurun, x ada tanda apapun juga, warnanya putih dan bersih” hadis


TIUPAN KETIGA (yg terakhir)

Menyebabkan hidup kembali semua makhluk yg pernah hidup d bumi dan d langit yg sudah mati seluruhnya itu. Hidup kembali semua manusia, semua jin dan iblis dan semua malaikat. Menurut ulama', juga seluruh binatang2 dan tumbuhan2.....
Firman Allah ;

kemudian d tiuplah sangkakala sekali lg, tiba2 semua makhluk kembali hidup, berdiri menunggu” az Zumar <ayat 68>

dan d tiup sangkakala tiba2 mereka (bangkit) dr kubur, dan akan bersegera kpd Tuhan mereka.”
Yasin <ayat 51>

dan dengarkanlah (panggilan) d hari penyeru akan berseru dr tempat yg dekat. D hari itu akan mendengar teriakan itu dgn yakin (hak), itulah hari keluarnya dr kubur. Sesungguhnya Kami lah yg menghidupkan dan yg mematikan dan kpd Kami lah tempat kembali. Iaitu d hari akan terbelah bumi dan buat mereka keluar dlm keadaan terburu2, yg demikian itu adalah pengumpulan yg mudah atas Kami. Kami lebih mengetahui akan apa2 yg mereka (org kafir) katakan. Dan engkau bukanlah pemaksa berkuasa atas mereka. Kerananya, ingatlah dgn al Quran siapa2 yg takut akan ancaman KU.” Qaf (ayat 41-45)


menurut ahli2 tafsir, yg d maksudkan dgn penyeru dlm ayat d atas ini ialah malaikat Israfil dan yg d maksudkan dgn tempat yg dekat ialah Baitul Maqdis. Jadi malaikat Israfil itu menyerukan seruan itu d atas permukaan bumi ini. Dan antara tiap tiupan sangkakala adalah 4o tahun....
hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban ra dr Abu Said ;

tanah memakan seluruh bahagian dr tubuh manusia, selain hujung tulang sulbinya. Ketika d tanya ; “apakah itu ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab ; “bahagian yg sebesar biji bayam, dr bahagian itulah kamu d tumbuhkan.”


jd d bahagian paling bawah dr hujung tulang sulbi (tulang punggung) manusia, ada satu bahagian yg amat kecil merupakan sebuah sel yg x dpt hancur sekalipun d kubur beribu tahun d dlm tanah, atau d bakar menjadi abu dgn api. Dr sel itulah setiap manusia d tumbuhkan oleh Allah setelah d genangi dgn air hujan selama 4o hari. Jd persis seperti pertumbuhan sebuah sel manusia menjadi bayi dan manusia, atau seperti sel binatang2 dan tumbuh2an. Inilah yg d maksudkan dgn
Firman Allah ;

sebagaimana Kami mulai setiap kejadian, demikian pula caranya Kami mengembalikannya (mengulanginya), begitulah janji Kami dan Kami akan penuhi janji itu.

Dlm beberapa ayat dan hadis d terangkan bagaimana hebatnya suasana d saat kembalinya setiap roh ke jasadnya masing2. Setiap ruang antara bumi dan langit penuh sesak dgn roh2 yg d kembalikan ke tubuh masing2nya. Roh2 org yg beriman merupakan sinar2 putih besar, sedangkan roh2 org kafir sinar2 hitam yg gelap gelita.....

terkumpullah d hari itu seluruh manusia yg pernah d hidupkan Allah d permukaan bumi ini, dr manusia pertama sampai manusia terakhir, sehingga x ada setapak bumi pun yg kosong. Penuh sesak berhimpit bersusun paku atau seperti ikan sardin. Semua berdiri x bergerak, menunggu nasib masing2...

kemudian hawa panas dan terik kerana matahari d dekatkan kpd mereka dgn jarak beberapa hasta saja. Peluh mengalir dr badan, sehingga masing2 org berenang dlm peluhan masing2. Seluruh permukaan bumi seakan2 menjadi api. Sehingga banyak d antara manusia kerana x tahan, lalu memohon segera d masukkan ke dlm neraka saja....

lamanya keadaan demikian itu bukan sehari dua hari, tetapi 25 tahun. Semua manusia dlm keadaan letih dan lesu, telanjang bulat, dan lelaki dlm keadaan x berkhatan. Yg d tunggu ialah penghisaban / pengadilan Tuhan....

semua itu d terangkan dlm ayat2 kitab suci al Quran dan hadis2 nabi....
firman Allah ;

d hari itu akan berdiri seluruh roh dan seluruh malaikat berbaris x berkata2 kecuali org2 yg d izinkan. Tuhan yg Maha Pengasih dan berkata benar. Yg demikian itu adalah hari yg benar. Siapa yg mahu biarlah ia ambil tempat kpd Tuhan. Kami memperingatkan kpd mu akan seksaan yg sudah dekat. D hari itu setiap manusia akan melihat sendiri akan akibat perbuatannya. Dan d hari itu org kafir akan merintih ; alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah saja.” an Naba' <ayat 38-40>


sabda Rasulullah ;

d hari itu berdiri manusia utk Tuhan seluruh alam lamanya setengah hari dan sehari lamanya 5o ribu tahun, tetapi d ringankan bg org beriman seperti lamanya matahari mulai tenggelam sampai tenggelam sama sekali (kira2 5 minit)” hadis riwayat Abu Yakla dgn sanad2 yg sahihdan Ibnu Hibbah dr Abu Hurairah

sabda Rasulullah ;

manusia berpeluh d hari kiamat, sehingga peluh itu masuk ke bumi 7o hasta dalamnya, lalu menggenangi mereka sampai ke telinganya.” hadis riwayat Bukhari / Muslim dr Abu Hurairah

sabda Rasulullah ;

bila datang kiamat d dekatkan matahari kpd manusia sehingga jarak 1 atau 2 batu, sehingga mereka hampir d cairkan oleh matahari dan berpeluhan menurut kadar amal mereka masing2. D antara mereka berpeluh sampai ke matakaki, sebahagian sampai ke bahunya, dan sebahagian lg sampai tenggelam dlm peluh.” riwayat muslim dr al Miqdad ra


Rasulullah saw selalu berdoa agar d beri perlindungan oleh Allah d hari kebangkitan itu, dan beliau menganjurkan kpd kite agar selalu pula berdoa agar d lindungi Allah d hari itu..... kata2 1 atau 2 batu dlm hadis d atas ini, x bererti 1 atau 2 batu yg d pakai sekarang ini. Menurut sebahagian ulama, 1 batu d maksudkan oleh Rasulullah saw itu panjangnya kira2 beberapa meter saja...

dlm panas terik hari kebangkitan yg juga d namakan mahsyar itu, hanya 7 golongan manusia yg mendapat naungan dr Allah sehingga terhindar dr terik panas yg maha besar itu...
Sabda Rasulullah saw ;

7 (manusia atau golongan manusia) Allah naungi dlm naungannya d hari x ada naungan selain naungannya iaitu ;

  1. pemimpin (kepala negara) yg adil
  2. pemuda yg sentiasa dlm beribadat kpd Allah
  3. lelaki yg hatinya tergantung d masjid (bila ia keluar dr masjid sampai dia kembali ke masjid)
  4. 2 org lelaki yg berkasih2an kerana Allah, maka kedua2nya bertemu dan berpisah kerana Allah
  5. lelaki yg ingat akan Allah sendirian sampai timbul air (mata) dr kedua matanya
  6. lelaki yg d panggil oleh seorang wanita cantik dan kayalantas ia berkata ; aku takut akan Allah Tuhan semesta alam
  7. lelaki yg memberikan sedekah secara sembunyi sehingga (seakan2) tangan kirinya x mengetahui apa yg d sedekahkan oleh tangan kanannya.”

hadis sahih riwayat Bukhari / Muslim / Tirmizi / Nasa'i Ahmad dr Abu Hurairah


pemuda yg sentiasa dlm beribadat ialah org yg sejak waktu masih muda remaja sudah teratur mengerjakan ibadat terhadap Allah.....

org yg hatinya tergantung d masjid ialah org yg bila sekali berhalangan dtg ke masjid utk beribadat, dia merasa menyesal dan sedih sekali kerana cintanya kpd ibadat dan masjid......

pemimpin yg adil ialah setiap org yg memegang kekuasaan yg besar, tetapi dgn kekuasaan yg besar itu dia tetap x berani bertindak x adil terhadap siapa saja, kerana takutnya kpd Allah....

kerana hebatnya penderitaan yg d hadapi manusia dlm hari kebangkitan yg d namai YAUMUL FAZAUL AKBAR (hari kegemparan paling hebat) itu, maka Rasulullah sendiri selalu berdoa kpd Allah mohon perlindungan Allah d hari tersebut, Rasulullah menganjurkan kpd umat beliau seluruhnya utk selalu bermohon perlindungan Allah dr segala penderitaan d hari kegemparan itu.....

okeh tadah tangan, mari kite berdoa ;

“ya Allah, hidupkanlah kami d dunia sebagai org yg beriman yg taat, wafatkanlah kami sebagai org islam yg bertaubat, jadikanlah kami ketika menghadapi pertanyaan dpt memberikan jawapan yg tetap (benar), jadikanlah kami termasuk golongan org yg menerima kitabnya dgn kanan, jadikanlah kami d hari kegemparan yg dahsyat itu org2 yg aman, hiburkanlah kami dgn melihat wajahMu yg Mulia, dgn RahmatMu Tuhan yg Maha Pengasih.”

aminnnnnnnnnnn......

bersambung naaaaaaaaaaa....



gambo hiasaaann hehe

No comments: