semoga berbahagia mendapat rahmat

limpah kurnia Tuhan yg Esa..........

14 December 2010

kesal kerana terajang isteri...=(

cite best wooo.. jom baca, kawal emosi juga hahahaa

d celah2 kehidupan.......
cerita ini mengisahkan kekesalan seorang suami atas kesilapan besar yg pernah d lakukannya terhadap isterinya...


d pendekkan cerita sy membuat keputusan berkahwin dgn Neela pd bulan julai 1990... setelah berkahwin Neela berhenti kerja. Dia patuh kpd permintaan sy utk menjadi suri rumah sepenuh masa.

“hidup kami cukup bahagia, susah senang Neela sanggup bersama sy sehingga kami d kurniakan3 anak. Neela tidak pernah merungut jika sy beri dia wang nafkah yg tidak mencukupi, malah dia pandai berjimat cermat, setiap ringgit yg sy beri sama ada banyak atau sedikit dia akan kata cukup dan berterima kasih kepada sy. Dia juga akan melakukan segala2nya utk mencukupkan keperluan anak2 asalkan sy senang dan yg paling utama katanya demi kesenangan kami bersama....


“kalau dulu sms dia bekerja dia boleh beli kosmetik dan pakaian serba baru setiap bulan, tetapi setelah berkahwin dia x kisah jika pakaiannya berganti setahun sekali atau menggunakan bedak nyonya saja. Namun dia tetap ayu dan penampilannya sama seperti wanita yg bekerja.


“rezeki Allah SWT limpahkan kpd kami begitu murah. Dengan sokongan isteri tercinta sy melanjutkan pelajaran dan berjaya sehingga ke tahap yg selesa. Ditakdirkan Allah hendak menguji sy, awal januari 2006 sy berkenalan dgn gadis ketika sama berkursus bernama Shima.

“pada mulanya saja suka2, acah2, sy hantar sms dia balas. Maka hubungan jd akrab mula melarat bertukar2 pendapat tentang bidang kerja, akhirnya bertukar ke bibit2 cinta, syahdu, madah seloka sambil melahirkan rasa ingin bertemu kerana rindu x terkira.


“sudah pasti akhirnya sy kecundang dgn pujuk rayu dan kelembutan bahasa Shima. Sy mula pandai menipu isteri, setiap kali balik kerja lewat sy kata ada meeting, kadang2 tipu ada urusan luar daerah. Dah pandai jugak balik setelah embun jantan menitik.


“bila isteri bertanya, sy nula baran. Pada isteri sy mula pandai meninggi suara, konon2nya nak tunjuk garang tujuannya supaya isteri x berani tanya kita lg. Memang benar, kalau dah buat dosa bila org asyik bertanya telinga dan hati cepat terasa panas. Hangin!


“perkenalan dgn Shima telah d cemari dgn perkara2 mungkar. Akhirnya skandal sy yg keji ini terbongkar jua, dpt d hidu oleh isteri dan anak2. Satu hari kerana marah sy mengaku dan berkata akan berkahwin dgn Shima dan sy terus minta izin Neela.


“tp Neela tidak mahu bermadu. Dia merayu sy sambil meminta penjelasan dia apa yg kurang pada dirinya? Apa kesalahannya? Dia mengaku jika benar, dan akan berubah demi sy. Neela kata dia tidak pernah hidup mewah dgn sy, bagaimana sy mahu beristeri lg? Tetapi sy x peduli tentang wang kerana Shima telah menyakinkan sy bahawa dia mahu berkahwin dgn sy bukan kerana ringgit sy, kerana dia sendiri bekerja.


“munkin kerana Shima sering meluahkan rasa kecewa dan deritanya kerana d kecewakan oleh lelaki lain membuatkan sy benar2 kasihan utk mengahwininya.

“episod duka mula menghantui rumah tangga sy. Setiap hari sy cari kesalahan dan keburukan Neela. Sy jajakan keburukannya kpd adik beradik sy dgn mendapat sokongan mereka utk berkahwin dgn Shima.


“setakat pukul, tempeleng, sepak terajang dah puas Neela terima dr sy. Setiap hari dia berendam air mata. Ketika itu sy menjadi terlalu jahil, sy langsung tidak rasa belas terhadapnya kerana hati sy cukup sakit hati apabila dia tidak izinkan sy berkahwin dgn Shima..


“d pendekkan cerita, awal 2oo8 Neela tiba2 jatuh pengsan ketika sy d pejabat. Mujur anak sulong sy ada d rumah, dia menelefon sy. Tapi sy x pedulikan. Sy anggap Neela brlakon, pandai konon nak menipu sy utk menarik perhatian sy terhadapnya. Tiba2 perasaan benci sy terhadapnya menjadi2.


“sepanjang krisis sy tidak pernah ambil tahu Neela sakit atau demam kerana bg sy dia berpura2 supaya sy sayangkan dia. Sy tidak pernah bawa Neela ke klinik sekiranya dia cedera atau berdarah d sebabkan sepak terajang sy.


“entah kenapa x terbuka hati sy utk segera balik ke rumah. Sejam kemudian anak sy telefon lg memberitahu Neela telah meninggal dunia. Sy terkejut dan terpaku. Seluruh tubuh sy menggeletar bila mendengar berita itu.


“ketika melihat sekujur tubuh Neela d selimutkan dgn kain batik lepas dan d letakkan d ruang tamu, melihat dan mendengar jiran2 membawa Yasin dan Quran, sy jadi terkedu. Sy rasa kaki tidak jejak ke tanah ketika berdiri, seperti d awangan. Sy x pernah percaya Neela sakit, kini dia sudah tiada lg. Setelah jenazah d semadikan, buat pertama kali malam itu sy hidup tanpa Neela.


“anak2 sy berusia antara 1o hingga 16 tahun hanya memandang hampa kpd sy. Ketika itu rasa malu, daif, jahil, menyesal dan hampa bertubi2 melantun ke muka sy. Sepanjang malam itu air mata sy menitis tanpa henti. Menangis tanpa suara, puas sy cuba hentikan air mata ini tapi ia tetap mengalir sehinggalah berkumandang azan subuh.


“tanpa Neela, kehidupan sy jauh berbeza. Segalanya tidak terurus, mujur anak2 sudah besar dan pandai mengurus diri sendiri. Sy mula merindui Neela, rindu masakannya, rindu air milonya, rindu segala2nya . Terasa sgt sy mahu memeluk erat dirinya. Tetapi dia sudah tiada...

“sepanjang kesedihan sy, Shima masuk jarum. Konon nak beri semangat utk sy terus hidup, terimalah kematian Neela sebagai takdir dan dgn redha. Tetapi jiwa sy kosong dgn kata2 Shima. Ketika itu sy mula berfikir kerana Shima sy kehilangan Neela. Sy belum bersedia utk kehilangan Neela. Dia pergi d saat2 dia berjuang dgn kemelut skandal sy.


“Neela pergi dgn air mata dan kesedihan yg teramat sgt, semuanya kerana skandal keji sy dgn Shima. Sy x sempat memohon ampun kpd Neela. Dosa sy amat banyak padanya. Masih terbayang d mata sy, d meja makan itulah Neela hidangkan sarapan dan makan malam sy. D dapur itulah dia sibuk tetapi cekap menguruskan rumah tangga, mencuci pakaian, mengemas dan memasak. D meja solek itu juga sy terbayangkan dia menyisirkan rambutnya yg ikal. Dia sentiasa senyum dan anggun dgn kelembutannya.


“dia isteri yg sempurna tetapi sy tidak menghargainya. Sy suami yg mementingkan hati dan perasaan sendiri tanpa pernah memikirkan hati dan emosi Neela. Malah sy lebih bersusah payah dan menjaga hati Shima dpd isteri sendiri. Sy boleh memaki hamun, memukul Neela semata2 kerana aduan dan hasutan Shima yg bukan2..


“kini aku hidup dgn kesedihan dan penyesalan yg teramat sgt yg x mungkin dpt d rungkaikan, selagi aku tidak mendapat keampunan dr arwah. Betapa sakitnya kehidupan ini tanpa mu sayang. Kini baru ku merasai benar2 kehilanganmu sesuatu yg amat berharga. Al Fatihah utkmu sayang. Ampunkanlah dosaku.”


demikian luahan rasa dan kekesalan yg teramat sgt oleh seorang suami atas kesilapan yg pernah d lakukan terhadap arwah isterinya. Kini kekesalannya sudah tidak berguna lg. Tangisan sudah tidak bermakna. Kpd para suami semua sy bertanya, d takdirkan anda d tempat Iskandar adakah perkahwinan baru boleh menebus dosa kpd arwah isteri anda??




*uwwaaaaaaaaa... kenapa jd camni..kwg ajaa betol..nasi da jd bubur.. tu laa,,, bila benda baik da ada, x bersyukur (x menghargai)... geram betol r..arggghhhhhh!!!
dengar cakap sitan meme laaa gitu! Eeeee xpehe la dgn lelaki nih.... rumittt!!

No comments: