semoga berbahagia mendapat rahmat

limpah kurnia Tuhan yg Esa..........

19 December 2010

Nusaibah wanita mithali

nusaibah bte ka'ab d kenali juga sebagai ummu imarah. Beliau menceritakan sendiri satu kisah yg d hadapinya semasa perang uhud.

“Aku keluar ketika hari masih pagi. ketika itu tanganku membimbit cerek air. Ketika tiba d tempat Rasulullah, kulihatnya ada bersama2 para sahabat. Saat itu suasana kemenangan sedang berpihak kpd kaum muslimin. Tetapi kemudian keadaan semakin mengasak. Aku pun segera melindungi Rasulullah. Ku hayunkan pedang dan luncurkan panah. Aku ikut serta berperang bahkan turut terluka.”

“keadaan semakin genting, hingga muncul ibnu Qumaiyah. “tunjukkan kpd ku, d manakah Muhammad. Aku tidak ingin selamat ketika dia masih selamat d tanganku !”

“bersama Mush'ab bin Umair, aku pun cuba menentang ibnu Qumaiyah. Ini akibatnya bahu aku terluka. Aku berjaya melibaskan pedang ke tubuhnya berkali2. Namun, musuh Allah ini memakai baju besi.”

demikianlah penglibatan Nusaibah dalam perang uhud. Rasulullah saw bersabda tentangnya ; “aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan semasa perang uhud itu, melainkan aku selalu melihatnya berperang melindungiku.”

inilah kesatriaan seorang wanita. Keberanian dan ketangkasannya tidak kurang hebatnya sebagaimana lelaki. Dengan iman dan ketaatannya kpd Allah swt dan rasul Nya, beliau sedia berjihad.

Heheeehhee.. cerita ni d tujukan khas buat akak nusaibah bt ahmad yg sgt baik hati dan sedang berjihad jugak tuhhh,,,,,,,


semoga ceria selalu....

1 comment:

anaqi said...

ya ALLAH..subhanallah,hebat tokoh ni dik..mekasih dik...