semoga berbahagia mendapat rahmat

limpah kurnia Tuhan yg Esa..........

29 December 2010

penghisaban.....


sambungan “kehidupan manusia d alam akhirat”


PERHISABAN

bile d katakan bahawa mati biasa adalah kejadian yg hebat, maka kejadian kiamat adalah beribu kali lebih hebat dr kematian biasa... sedang kebangkitan d Mahsyar adalah kejadian yg beribu kali lebih hebat dr kejadian kiamat.... tibalah waktunya penghisaban, iaitu kejadian yg jauh lebih hebat dr kejadian apa saja yg sebelumnya....

setiap manusia tanpa kecualinya akan d hisab atau d adili. Satu persatu akan d hadapkan ke hadapan Malik dan yaumiddin, iaitu penguasa satu2nya d hari perhisaban itu. Jalannya perhisaban / pengadilan ini akan d saksikan oleh seluruh manusia, seluruh malaikat, seluruh Nabi2 dan Rasul2 sebagai pembela, sedang setiap manusia menjadi terdakwa....

perhisaban itu berbagai2 keadaannya dan sifatnya. Ada yg sulit dan ada yg lancar, ada yg dgn segala susah payah dan keletihan, ada pula dgn secara mudah dan ringan saja. Ada dgn secara halus, hormat dan manis, ada pula dgn cara kasar, d iringi dgn caci2an dan makian, semuanya itu bergantung kpd keadaan masing2 org yg d hisab atau d adili....

perhisaban itu terbahagi kpd 5 gelombang..............


PERTAMA ; merupakan soal jawab

setiap org akan d panggil tampil ke depan oleh Allah dan akan d tanya segala tingkahlaku, gerak geri dan perbuatannya selama hidup d dunia ini.
Firman Allah ;

demi Tuhan engkau (hai Muhammad), sesungguhnya Kami pasti akan menanyai mereka sekalian tentang apa saja yg telah mereka lakukan (kerjakan).”


sabda Rasulullah saw ;

pd hari kiamat seseorang x akan luput dr 4 pertanyaan ;1) tentang umurnya, utk apa saja umur itu d pergunakan, 2) tentang ilmunya, apa yg d lakukannya dgn ilmunya itu, 3) tentang hartanya, dr mana d dapatinya dan utk apa ia d belanjakan, 4) tentang tubuh (tenaga atau kekuatan tubuhnya) utk apa d gunakannya” hadis riwayat Tarmizi dan Abu Baraqah


KEDUA ; membaca kitab catatan

malaikat Raqib dan Atid d beri tugas oleh Allah utk mencatat atau menuliskan setiap gerak geri dan tindakan yg d lakukannya selama hidup itu... kedua malaikat ini akan mencatat secara jujur......
firman Allah ;

bahkan kamu mendustakan hari pembalasan. Padahal sesungguhnya atasmu ada malaikat 2 penjaga yg mulia, yg menulis (akan amal2 kamu) yg mengetahui apa yg kamu kerjakan. Sesungguhnya org2 yg baik akan berada dlm kenikmatan. Dan sesungguhnya org2 yg jahat akan berada dlm neraka.”


sabda Rasulullah ;

catatan2 itu semuanya d simpan d bawah Arsy, bila hari kiamat sudah dtg, Allah mengirim angin, maka berterbanganlah ia ke kanan dan ke kiri. Tulisan pertama padanya ialah ; bacalah catatanmu (kitabmu), cukup dirimu sendiri hari ini memperhitungkan dirimu.”


firman Allah ;

maka adapun barangsiapa g d berikan kitab (catatan) nya dr kanannya, maka akan d hisab dgn perhisaban yg ringan (ringan), dan ia akan kembali mendapatkan keluarganya dgn gembira. Dan adapun barangsiapa yg d berikan kitabnya dr belakangnya, maka ia akan berteriak2 “celaka” dan ia akan memasuki api yg bernyala2.”


setelah menerima kitab atau buku catatan, masing2 manusia d persilakan oleh Allah membacanya sendiri2. Semua org ketika itu dpt membaca, sekalipun org2 yg d masa hidupnya buta huruf.....

masing2 catatan d baca d hadapan Allah, d saksikan oleh seluruh manusia, malaikat, nabi2 dan rasul2. Org2 yg kafir dan bersalah akan kagum sekagum2nya kerana selama gerak geri dan perbuatan yg pernah mereka lakukan selama hidup d dunia tercatat semuanya, x satu perkara pun bagaimana kecilnya x tercatat d dlmnya....
firman Allah ;

dan akan d bentangkan kitab itu, maka engkau akan lihat org2 yg berdosa itu takut akan apa2 yg tercatat d dlmnya, dan mereka akan berkata ; celakalah kami, kitab apakah ini. tak tertinggal dlmnya perkara2 kecil dan perkara2 besar, melainkan tercantum padanya. Dan mereka dapatlah apa saja yg pernah mereka lakukan tertulis d dlmnya. Dan Tuhanmu tak aniaya terhadap seorangpun.”


bayangkanlah hebat dan telitinya perhisaban ini, masing2 org akan menerima buku laporan dan akan membacanya dr awal sampai akhir satu persatu. Berapakah lamanya waktu akan terpakai, Allah sajalah yg mengetahuinya...


KETIGA ; mendengarkan rakaman

selain membaca kitab catatan, setiap org juga akan mendengarkan kitab bercerita, menceritakan setiap perbuatan atau perkataan yg pernah d lakukannya selama hidup d dunia ini...
firman Allah ;

ini kitab Kami akan menceritakan atas kamu akan kejadian yg sebenarnya (hak) sesungguhnya Kami merakam apa saja yg pernah kamu lakukan.”


bila d katakan kitab bererti yg d maksudkan dgn kitab itu ialah lembaran2 pita 'tape recorder' atau piringan hitam sekarang ini....


KEEMPAT ; melihat gambar atau foto2


bila kite hanya membaca kitab atau mendengar rakaman, belumlah sempurna pengetahuan kite terhadap kejadian2 yg kite baca dan dengarkan itu. Sebab itu, nanti utk kesempurnaan perhisaban itu, Allah akan memperlihatkan kpd masing2 manusia gambar / foto2 yg hidup yg mungkin berwarna dr apa saja yg pernah mereka lakukan d dlm hidup d dunia ini...

seorang yg pernah mencuri akan melihat sendiri nanti bagaimana caranya dia memasukkan tangannya ke saku org. seseorang yg pernah menganiaya akan melihat sendiri nanti bagaimana caranya penganiayaan itu, sekalipun penganiayaan itu d lakukannya d tempat gelap dan sunyi pula. Demikian juga dgn org yg berzina, yg berkata kasar dan lain2.... dan demikian pula bila seorang melakukan perbuatan yg baik. Seorang yg memberikan pertolongan terhadap org yg kecelakaan atau kesusahan, seorang yg bersedekah dan menolong sesama manusia...
firman Allah ;

d hari itu manusia akan muncul utk melihat (d perlihatkan kpd mereka) amal2 mereka masing2. Barangsiapa yg pernah melakukan kebajikan sekalipun sebesar biji bayam, pasti ia akan lihat kebajikan itu. Dan barangsiapa yg pernah melakukan kejahatan sekalipun sebesar biji bayam, pasti ia akan lihat kejahatan itu.”


keitka ayat ini d sampaikan oleh Rasulullah saw kpd manusia, maka banyak d antara para sahabat Rasulullah sendiri yg menangis tersedu2 kerana banyak d antara mereka sebelum memeluk agama Islam pernah melakukan berbagai2 kejahatan dan perbuatan2 yg amat rendah. D antara sahabat yg peling hebat merintih mendengar ayat ini ialah Umar Ibnul Khatab ra. Malu bila semua d pertontonkan Allah d hadapan manusia dan malaikat nanti d hari perhisaban itu.....
Rasulullah saw bersabda kpd mereka ;

ialah menutup apa2 yg sebelumnya”


maksudnya, bila seseorang masuk ke dlm agama Islam, maka semua perbuatan2 yg sebelum masuk Islam akan d tutup oleh Allah, x akan d perlihatkan nanti d hari perhisaban...


KELIMA ; timbangan

seluruh kebajikan dan kejahatan yg pernah d lakukan manusia dlm hidupnya, akhirnya oleh Allah d olah dr sesuatu yg maknawi (pengertian) menjadi sesuatu yg manddi (berunsurkan benda) sehingga mempunyai daya berat atau ringan. Gunanya utk dpt d timbang dgn timbangan, agar nampak benar2 akan kadar tiap2 kebenaran, kebaikan, kejahatan dan kepalsuan yg terjadi d dlm hidup semua itu d ketahui hanya sebagai pengertian yg abstrak.....

Allah lalu membangun 1 timbangan besar mempunyai 2 helai daun dan neraca, utk menimbang segala kebaikan dan kejelekan yg pernah d lakukan setiap manusia selama hidupnya d dunia ini....
firman Allah ;

dan kami akan adakan neraca2 yg adil (bg makhluk d hari kiamat). Seeorang x akan teraniaya (d rugikan) sedikit pun, kerana jika ada amalnya seberat biji bayam sekalipun, nescaya Kami hadirkan dia, dan cukuplah Kami sebagai pencatat” al Anbiya' <ayat 47>


dgn neraca atau timbangan itu nanti akan lebih nyatalah kpd kite setiap kebaikan dan kejahatan yg pernah kite lakukan. Selama hidup sekarang ini kurang nyata kpd kite kadar dan nilai setiap kebaikan dan kejelekan yg kite lakukan itu.....

akan ternyata nanti, ada kebajikan yg nampaknya amat kecil, tetapi ketika d timbang d atas neraca keadilan d hari kiamat, mempunyai daya berat dan nilai yg amat besar sekali. Begitu juga sebaliknya, satu kebajikan yg kite kire amat besar, tetapi ternyata nanti mempunyai daya berat dan nilai yg amat kecil....

begitu juga dgn kejelekan kejahatan... seseorang yg bersedekah sekilogram beras d saat harga beras membumbung tggi kpd org melarat yg x berdaya, mempunyai nilai yg besar sekali. Mungkin melebihi nilai derma sebesar jutaan ringgit..........

d terangkan dlm banyak hadis2 sahih, bahawa seorang wanita lacur d ampuni oleh Allah segala dosanya kerana 1 kebajikan ringan saja, iaitu bahawa wanita itu pd suatu hari yg panas terik, melihat seekor anjing yg hampir mati kerana terlalu dahaga. Lalu wanita tersebut membuka sepatutnya, turun ke dlm sebuah telaga, mencedok air dgn sepatutnya itu, lantas memberi anjing itu minum....

ada pula seorang lelaki d ampun oleh Allah segala dosanya kerana dgn ikhlas menangkatkan duri dr setengah jalan agar x melukai kaki org yg lalu......

sedang banyak kali perbuatan2 besar d dunia ini yg d lakukan oleh manusia tetapi x mempunyai nilai apa2 d akhirat, kerana yg melakukannya kufur / riya'......
firman Allah ;

katakanlah ; Mahukah Kami beritahukan amal2 kpd mu org2 yg paling rugi tentang amal2 (mereka)? Iaitu org2 sesat usaha mereka dlm kehidupan d dunia ini, sedang mereka mengira yg mereka berbuat demikian. Mereka ialah org2 yg x percaya akan ayat2 Tuhan mereka dan x percaya akan menemuinya, kerana itu maka gugurlah segala amal mereka, x Kami dirikan neraca bg mereka d hari Kiamat.” al Qaf <ayat 1o3-1o5>


maka barangsiapa yg berat neracanya, maka ia d dlm kehidupan (akhirat yg sentosa). Dan barangsiapa yg ringan neracanya, maka tempat kembalinya adalah jurang (neraka) yg amat dlm.” al Qaria'ah <ayat 6-9>


yg paling berat menghadapi penghisaban ini tentu saja org2 kafir, musyrik, dan org2 yg melakukan dosa2 besar. Tetapi d samping itu yg amat berat pula perhisaban mereka ialah ulama2, penguasa2, org2 yg kaya dan hidup senang...

  • ulama2 ialah ; org yg mengerti tentang agama islam dan mengajarkan agama kpd manusia. D katakan bahawa perhisaban bg mereka berat, kerana ada d antara mereka cukup ilmu agama tetapi dia tidur saja x turut mengajarkan ilmu agama atau menyebarkannya, atau bile mereka mengajarkan agama secara x benar, menurut kepentingan dirinya sendiri atau menjual agama dgn wang atau pangkat (menyeleweng ajaran agama utk mendapatkan wang atau pangkat)........


  • penguasa2 ialah ; org2 yg d dunia ini memegang kekuasaan mengurus rakyat, sebahagian dr rakyat, mengurus negara atau lembaga2 kenegaraan atau perusahaan2 negara, dr pangkat tertinggi sampai terendah (kepala negara). Perhisaban terhadap mereka lebih berat dr org2 biasa, kerana mereka memegang tanggungjawab yg berat pula d dunia ini......


  • org kaya ialah ; makin bear kekayaan atau harta benda yg d miliki seseorang dlm hidup ini, makin berat tanggungjawabnya, kerana semua harta atau kekayaan itu akan d tanya dr mana dan bagaimana cara mendapatkannya, dan untuk apa dan ke mana d gunakan......


sabda Rasulullah saw ;

yg pertama2 d hisab atas seorang hamba ialah solatnya, dan yg pertama2 d hukum antara manusia ialah masalah darah (pembunuhan).” hadis riwayat Nasa'i dr ibnu Mas'ud ra


menurut umumnya ulama2, d antara nabi2 dan rasul2 pun ada juga yg d lakukan perhisaban dan pertanyaan kpd mereka oleh Allah. Dan tentu saja pertanyaan berkenaan dgn risalah (kerasulan) mereka masing2. D antara yg d tanya itu ialah nabi Isa bin Maryam (as)
firman Allah ;

dan (ingatlah) tatkala Allah berkata ; hai Isa anak Maryam. Adakah engkau berkata kpd manusia ; “jadikanlah aku dan ibuku sebagai tuhan selain dari Allah.” Isa menjawab ; “Maha suci Engkau, tidaklah patut bagiku berkata apa yg tidak ada hak bagiku. Jika aku ada mengatakannya, maka sesungguhnya Engkau tahu akan dia. Engkau tahu apa yg ada pada diriku, sedangkan aku tidak tahu apa yg ada pada diri Mu, kerana sesungguhnya hanya Engkau yg Maha mengetahui perkara2 yg ghaib. Tidak aku katakan kepada mereka, selain apa yg Engkau perintahkan kepada ku, iaitu ; sembahlah (beribadatlah) akan Allah, Tuhanku dan Tuhanmu. Adalah aku menjadi penjaga atas mereka selama aku berada d tengah2 mereka. Maka tatkala Engkau ambil akan aku, maka Engkaulah yg menjadi pengurus atas mereka. Dan sesungguhnya Engkau penyaksi atas tiap2 sesuatu.” al Maidah <ayat 116-117>


kedua ayat tersebut menunjukkan bagaimana beratnya pertanyaan yg d hadapkan Tuhan kpd nabi Isa nanti, kerana perbuatan dr pengikut2 beliau yg telah mengangkat beliau menjadi tuhan atau anak tuhan atau tuhan anak....

teranglah bahawa yg sebenarnya nabi Isa x pernah mengajar bahawa beliau dan ibu beliau adalah tuhan d samping Allah. Nabi Isa mengelakkan diri beliau dr d pertanggungjawab, bile org2 yg mengaku menjadi pengikut beliau menganggap beliau tuhan, anak tuhan atau tuhan anak, sebab hal ini terjadi setelah beliau d ambil oleh Allah.....

dan utk menjelaskan persoalan inilah, sebelum kiamat, Nabi Isa d perintahkan turun ke bumi utk membetulkan agama Kristian yg sekarang dr penyelewengan Maha Besar ini....



MENGAMBIL KEPUTUSAN


Bayangkanlah berapa lamanya memakan tempoh perhisaban yg luar biasa telitinya itu. Tiap2 manusia d tanya setiap gerak geri dan perbuatannya, setiap org membaca buku catatan yg memuat seluruh persoalan dr yg besar sampai kpd yg sekecil2nya, setiap org yg melihat gambar2 dan mendengar laporan dr “tape recorder”, lalu setiap org d timbang setiap amal perbuatannya....

setelah selesai semua itu, maka sekarang akan d ambil alih keputusan mengenai nasib setiap makhluk...

mula2 d dekatkan syurga dan neraka, sedang antara syurga dan neraka itu d bentangkan Allah sebuah titian. Kemudian setiap manusia d persilakan melalui titian itu....

menurut beberapa hadis, neraka itu adalah d bumi ini, dan syurga adalah d atas langit ke tujuh, jd titian itu panjangnya antara bumi dan langit ke tujuh atau lebih. Menurut ulama2, titian itu amat halus dan amat tajam serta licin sekali.....
berkata al Fudhail bin Ayadh, d sampaikan kpd kami ;

titian itu panjangnya 15 ribu tahun perjalanan, padanya 5 ribu pendakian (naik) dan 5 ribu menurun dan 5 ribu tempat yg datar.”


org2 yg baik, yg kebajikannya lebih berat dr kejahatannya, akan dpt menempuh titian itu dgn selamat dgn berbagai2 kecepatan menurut amal2 masing2, ada yg lambat, ada pula yg lebih cepat dr kilat. Mereka lalu berduyun2 masuk ke dlm syurga. Sedang org2 yg jahat x mungkin dpt melalui titian itu. Mereka jatuh tergelincir, akhirnya berduyun2 pula ke dlm neraka...........



PEMBALASAN

ayat2 al Quran dan hadis2 Rasulullah saw penuh dgn keterangan2 tentang keindahan syurga dan kehebatan neraka. D antaranya selepas Rasulullah saw dlm Mi'raj d bawa berjalan2 melihat surga, ketika d tanya bagaimana bentuknya syurga itu, Rasulullah saw hanya menjawab dgn pendek ;

belum pernah d lihat mata, belum pernah d dengar telinga, x dapat d bayangkan keindahannya dgn akal manusia”


dan pada suatu waktu kpd Rasulullah saw d perlihatkan pula neraka waktu beliau sedang melakukan solat, sehingga Rasulullah saw mahu mundur ketakutan. Ketika d tanya bagaimana keadaan mereka yg d lihat itu, Rasulullah saw hanya menjawab dgn pendek pula ;

jika kamu melihat apa yg aku lihat, kamu akan ketawa sedikit, dan menangis banyak.”


*hmmmm,,,, cerita 'kehidupan manusia d alam akhirat' hampir tamat..... sedih pulak.... ok mari perhatikan ayat2 dalam surah waqiah d bawah............. tun dok menaip ni, azan isya' tgh berkumandang, tp budak2 dok jerit2 terpekik terlolong tgk bola, kalaulah depa bace buku ni, mesti depa cpt2 p ambik wudhu' nak ready solat isya'... na'uzubillah..... haa, mari doa same2, semoga Allah memberi Hidayah kpd depa....aminnn hihiii...


al waqiah

dgn nama Allah yg Maha Pemurah, Maha Penyayang

  1. Apabila terjadi kiamat
  2. Terjadinya tidak dapat d dustakan (d sangkal)
  3. (kejadian itu) merendahkan (1 golongan) dan meninggikan (1 golongan yg lain)
  4. Apabila bumi d goncangkan sedahsyat2nya
  5. Dan gunung2 d hancurkanluluhkan sehancur2 nya
  6. Maka jadilah debu yg berterbangan
  7. Dan kamu menjadi 3 golongan
  8. iaitu golongan kanan, alangkah mulianya golongan kanan itu
  9. dan golongan kiri, alangkah sengsaranya golongan kiri itu
  10. Dan org2 yg paling dahulu (beriman), merekalah yg paling dahulu (masuk syurga)
  11. mereka itulah org yg dekat (kpd Allah)
  12. berada dlm syurga kenikmatan
  13. segolongan besar dr org2 yg terdahulu (seluruh umat nabi2 sebelum nabi Muhammad)
  14. dan segolongan kecil dr org2 yg kemudian (umat nabi Muhammad saw)
  15. mereka berada d atas tempat duduk yg bersulam2, bertahtakan emas permata
  16. mereka bersandar d atasnya berhadap2an
  17. mereka d kelilingi anak2 muda yg tetap muda
  18. dgn membawa gelas, cerek dan piala berisi minuman yg d ambil dr air yg mengalir
  19. mereka x pening kerananya dan x pula mabuk
  20. dan(d sajikan) buah2an yg mereka sukai
  21. dan daging2 baru yg mereka gemari
  22. dan ada bidadari2 yg bermata indah
  23. seperti mutiara yg tersimpan baik
  24. sebagai balasan atas apa yg mereka kerjakan
  25. d sana mereka x mendengar percakapan yg sia2 mahupun yg menimbulkan dosa
  26. tetapi mereka mendengar ucapan salam
  27. dan golongan kanan, alangkah mulianya golongan kanan itu (siapakah org2 yg d sebelah kanan itu?)
  28. (mereka) berada d antara pohon bidara yg x berduri
  29. dan pohon pisang yg bersusun2 (buahnya)
  30. dan naungan yg terbentang luas
  31. dan air yg sentiasa mengalir
  32. dan buah2an yg banyak
  33. yg x berhenti berbuah dan x terlarang mengambilnya
  34. d dekat isteri2 yg duduk d atas tilam2 yg tebal (empuk)
  35. menjadikan mereka selalu dlm keadaan baru (sempurna)
  36. lalu Kami jadikan mereka perawan2
  37. yg penuh cinta (dan) sebaya umurnya
  38. utk golongan kanan
  39. segolongan besar dr org2 yg terdahulu
  40. dan segolongan besar pula dr org kemudian
  41. dan golongan kiri, alangkah sengsaranya golongan kiri itu (siapakah org2 yg d sebelah kiri itu?)
  42. (mereka) berada dlm d dlm bara yg amat panas dan air yg mendidih
  43. d bawah naungan asap yg tebal
  44. x dingin dan x menyenangkan
  45. sesungguhnya mereka sebelum itu (dahulu) hidup bermewah2
  46. dan mereka terus menerus mengerjakan dosa besar
  47. dan mereka berkata ; “apakah kami sudah mati, menjadi tanah dan tulang belulang, apakah kami benar2 akan d bangkitkan kembali?
  48. Apakah nenek moyang kami yg terdahulu (d bangkitkan pula)?”
  49. katakanlah ; “(ya), sesungguhnya org2 yg terdahulu dan yg kemudian
  50. pasti semua akan d kumpulkan pd waktu tertentu, pd hari yg sudah maklum
  51. kemudian sesungguhnya kamu hai org2 yg sesat yg mendustakan
  52. sesungguhnya kamu akan memakan dari pohon, iaitu Zaqqum
  53. maka akan kamu penuhi perutmu dengannya
  54. lalu kamu akan meminum air yg panas mendidih
  55. kamu akan minum sebagai unta yg sangat haus
  56. inilah jamuan buat mereka d hari pembalasan itu
  57. Kamilah yg telah menciptakan kamu, maka mengapakah kamu tidak mahu membenarkan?
  58. Apa sudahkah kamu fikirkan apa yg kamu pancarkan (air manimu)?
  59. Kamukah yg menciptakannya atau Kami penciptanya?
  60. Kami telah menentukan kematian masing2 kamu dan Kami tidak lemah
  61. untuk menggantikan kamu dengan org2 yg seperti kamu (d dunia) dan membangkitkan kamu kelak (d akhirat) dlm keadaan yg tidak kamu ketahui
  62. dan sungguh, kamu telah tahu penciptaan yg pertama (iaitu kehidupan kamu yg sekarang), mengapa kamu tidak mengambil pengajaran (bahawa ada kejadian yg kedua)?
  63. Pernahkah kamu perhatikan benih yg kamu tanam?
  64. Kamukah yg menumbuhkannya atau Kami yg menumbuhkannya?
  65. Jika Kami kehendaki, nescaya Kami jadikan tanamanmu itu menjadi mati lapuk tak berubah, sehingga kamu berdukacita
  66. (sambil berkata) ; “sungguh, kami benar2 menderita kerugian”
  67. bahkan kami tidak mendapat hasil apa pun
  68. pernahkah kamu memerhatikan air yg kamu minum?
  69. Kamukah yg menurunkannya dari awan ataukah Kami yg menurunkan?
  70. Jika Kami kehendaki Kami jadikan air itu asin, maka mengapa kamu tidak bersyukur?
  71. Maka pernahkah kamu memerhatikan tentang api yg kamu nyalakan (dgn kayu)?
  72. Kamukah yg menumbuhkan kayu itu, atau Kami yg menumbuhkan?
  73. Kami jadikan api itu sebagai peringatan dan bahan berguna bg org yg bermusafir
  74. maka bertasbihlah dgn (menyebut) nama Tuhanmu yg Maha Besar
  75. lalu aku bersumpah dgn tempat beredarnya bintang2
  76. dan sesungguhnya itu benar2 sumpah yg besar sekiranya kamu mengetahui
  77. dan (ini) sesungguhnya al Quran yg sangat mulia
  78. dalam kitab yg terpelihara (Lauh Mahfuz)
  79. tidak ada yg menyentuhnya selain hamba2 yg d sucikan
  80. d turunkan dr Tuhan seluruh alam
  81. apakah kamu menganggap remeh berita ini (al Quran)?
  82. Dan kamu menjadikan rezeki yg kamu terima (dr Allah) utk mendustakanNya
  83. maka kalau begitu mengapa (tidak mencegah) ketika (nyawa) telah sampai d kerongkongngan?
  84. Dan kamu ketika itu melihat sendiri (kenapa kamu tak sanggup menahan roh org yg akan mati)
  85. padahal Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat
  86. maka sekiranya kamu bukan org2 yg d perhamba
  87. mengapa kamu tidak kembalikan roh itu, sekiranya kamu org yg benar?
  88. Adapun sekiranya org yg mati itu termasuk manusia2 yg d hampirkan (kepada Tuhan)
  89. maka (kematian itu) baginya berupakan kelapangan, kesenangan dan syurga kenikmatan
  90. dan jika adalah dia dari org2 golongan kanan
  91. maka, “salam bagimu (wahai) dari golongan kanan!' (sambut malaikat)
  92. tetapi sekiranya dia termasuk golongan org2 yg mendustakan dan sesat
  93. maka dia d sambut siraman air yg mendidih
  94. dan d bakar d dalam neraka
  95. maka bertasbihlah dgn menyebut nama Tuhanmu yg Maha Besar
HUKUM TUHAN

buat lah yg baik pd manusia dgn kerelaan serta keihklasan
supaya kite tidak sia2, tuhan dah berjanji memberi balasan

pabila yg baik kite lakukan, balasan yg baik akan gantinya
itu semua usah ragukan, berlipat ganda kelak kan datang gantinya

demkian pula perbuatan buruk, semuanya itu akan d ganjar
meskipun mendapat pandainya menyorok namun hukum Tuhan akan mengejar

Tuhan telah jelas mengatakan, amal buruk jangan d kerjakan
siapa berbuat akan merasakan, azab dan siksaan sebagai balasan


TaMaT.................


gambar hiasan yoo...

No comments: