semoga berbahagia mendapat rahmat

limpah kurnia Tuhan yg Esa..........

11 December 2010

sketsa bijaksana....sgt menarek....


org berilmu itu makin akrab hatinya dgn tuhan...


hmmm...crite ni tun ambik dpd 1 buku nota kakak tun (k.isma) mase kat KMM tahun 1999, huisshhh ade lg buku ni.. buku ni nampak sgt usang tp d dlmnye ade 1 crite menarik perhatian tun utk share kt sini hohohohoh...ok, critenye mcm ni...........1,2,3 crite bermula


ada seorang pemuda yg kembali ke tanahair, setelah menamatkan pengajian d luar negara. Apabila sampai d rumah, dia berhajat kpd seorang yg pandai dalam bab agama utk d ajak bersoal jawab. Lalu dia meminta ayahnya utk mencari seorang guru agama atau sesiapa yg mendapat menjawab persoalan yg akan d ajukan nanti. Guru agama yg d hajati itu d temui dan berlakulah dialog d antara mereka menyentuh 3 soalan berikut ;-

Pemuda : anda siapa? Apakah sudi menjawab semua soalan sy?

Ustaz : sy hamba Allah, dgn izin Allah sy akan cuba menjawab kemusykilan saudara.

Pemuda : anda yakin? Tahukah kamu, sedangkan profesor dan ramai orang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan sy ini.

Ustaz : sy akan cuba sejauh kemampuan yg ada.

Pemuda : baiklah, sy ada 3 pertanyaan,
pertama, kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan kewujudanNya kpd sy.
Kedua, apakah yg d namakan takdir?
Ketiga, kalau sitan d ciptakan dpd api, kenapa ia d masukkan ke dalam api neraka yg d perbuat dpd api dan sudah tentu tidak akan menyakitkan sitan itu kerana mereka dpd unsur yg sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?




Selesai sahaja soalan yg d ajukan, ustaz pon menampar pipi si pemuda dgn kuat. Sambil menahan rasa sakit, pemuda itu bertanya



Pemuda : kenapa anda marah kpd sy?

Ustaz : sy tak marah. Tamparan itu adalah utk menjawab 3 pertanyaan saudara tadi.

Pemuda : sy tak mengerti.

Ustaz : bagaimana rasanya tamparan sy?

Pemuda : tentu saja sy berasa sakit.

Ustaz :  jadi saudara percaya sakit itu ada?

Pemuda : ya, sudah tentu.

Ustaz : tunjukkan kpd sy kewujudan sakit itu.

Pemuda : sy tak boleh, macam mana nak tunjuk?

Ustaz : itulah jawapan kpd pertanyaan saudara yg pertama. Kita semua merasakan adanya Tuhan tanpa kita mampu melihat kewujudannya.



Kemudian ustzaz menyambung pertanyaan lagi,



ustaz : adakah saudara pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dpd sy?

Pemuda : tak.

Ustaz : itulah yg d namakan takdir.



Ustaz bertanya lg,



ustaz : saudara tahu tak tangan yg sy guna utk tampar saudara ini d perbuat dpd apa?

Pemuda : kulit.

Ustaz : benar! Pipi saudara d buat dpd apa?

Pemuda : kulit.

Ustaz : juga benar! Jadi bagaimana rasanya tamparan sy?

Pemuda : sakit.

Ustaz : jadi saudara dah fahamkan? Walaupun sitan dan neraka itu dpd api, jika Tuhan berkehendak maka neraka akan menjadi tempat yg menyakitkan utk sitan.



Kemudia ustaz menghulur tangan meminta maaf kpd pemuda itu. “sy harap kamu faham dengan semua jawapan sy”. Tegas ustaz itu sambil mengucap salam dan meminta izin utk beredar, lalu pemuda itu menjawab salam dan menyesali kejahilan dirinya itu.



ILMU ITU CAHAYA DPD ALLAH




MEMANCAR KELUAR MELAHIRKAN AMAL




MEMANCAR KE DALAM MENZAHIRKAN IMAN
                                                                 


* amal tanpa ilmu binasa kerana si jahil akan derhaka dlm taat, tertipu dlm ibadat.

kata hukama "mati jasad kerana tiada roh, mati roh kerana tiada ilmu, mati ilmu kerana tiada amal, mati amal kerana tiada ikhlas...."

*jika pedang mujahid memancung kemungkaran dan kebatilan, pena ulama membanteras kejahilan! yeeaaahhhh....... saidina Ali berkata : "pena itu lebih tajam dpd mata pedang"

aduuhhhhh,,, betapa pentingnye ilmu kpd kite....
si miskin jd mulia dgn ilmu, si kaya jatuh dgn ketandusan ilmu heh hehhh hehhhh....


No comments: