semoga berbahagia mendapat rahmat

limpah kurnia Tuhan yg Esa..........

26 December 2010

tanda2 hari kiamat.....


sambungan 'kehidupan manusia d alam akhirat'

alamat hari kiamat

terbahagi kpd 2 bentuk, yg pertama alamat kecil, kedua alamat besar...

alamat (tanda) kecil kiamat ;

  • org berkaki aym telah menjadi kaya raya, dan berlumba membangun pembangunan yg bersifat material
  • bertambah pendeknya masa
  • urusan d pegang oleh yg bukan ahlinya
  • negeri kecil telah d satukan menjadi negara besar
  • x dpt membezakan mata pencarian, sama ada halal atau haram
  • bilangan perempuan melebihi lelaki
  • timbul fitnah bergelombang2 seperti gelombang laut
  • banyak berlaku pergaduhan
  • timbul perang besar antara 2 bangsa yg paling besar
  • telah melahirkan hamba akan tuannya
  • banyak berlaku bencana alam
  • berlaku penzinaan
  • kejahatan dpt mengalahkan kebenaran
  • pasar2 menjadi tempat berkumpulnya para pembohong
  • byk berlaku fitnah


apabila berlaku kiamat itu sudah sgt hampir sekali, maka lahirlah tanda2 yg lain... sebuah hadis yg d riwayatkan oleh Huzaifah bin Usaid al Ghafali,

nabi telah mendatangi kita, yg ketika itu kita sedang merenung sesuatu, kemudian nabi menegur ; “apakah yg sedang kamu fikirkan?” kami menjawab ; “kami sedang memikirkan tentang hari kiamat.” nabi menjawab ; “bahawasanya hal itu x akan berlaku kecuali kamu semua melihat sepuluh tanda”

  1. lahirnya dajjal
  2. munculnya haiwan dr dlm bumi
  3. matahari terbit dr barat
  4. turunnya Isa al Masih
  5. keluarnya ya'juj ma'juj
  6. terjadinya 3 gerhana bulan sekaligus
  7. keluarnya api d negeri Yaman
  8. x ada lg org yg menyebut nama Allah
  9. keluar asap dr bumi
  10. terhapusnya Quran dan mashaf


ada juge riwayat lain
  • setiap org yg lalu d atas kubur, mereka akan berdoa supaya lekas mati dan masuk kubur
  • berlakunya taufan besar


MUNCUL HAIWAN

haiwan yg d katakan akan memenuhi bumi dan membinasakan bumi itu bukanlah haiwan biasa seperti yg ada sekarang, akan tetapi ianya adalah haiwan yg sgt asing bg kite, hal ini adalah sesuatu yg mungkin terjadi...

para sarjana Amerika Syarikat telah menemui jasad2 renik d dlm samudera atlantik yg dlmnya 22ooo kaki (66oo M)

dgn penemuan tersebut membuktikan kpd kite bahawa d dlm bumi ternyata byk makhluk2 hidup dlm jumlah yg besar, dan perkara ini baru sekarang dpt d ketahui oleh ahli ilmu pengetahuan. Boleh jd makhluk ini lah yg akan keluar nanti d akhir zaman....


MATAHARI TERBIT DR BARAT

para sarjana A.S mengatakan mulai 1977 telah d ketahui putaran bumi terlambat 1 detik dlm seharinya....

dgn fakta ini, kiranya tidaklah mustahil, bahawa orbit bumi mengelilingi matahari pun mengalami kelambatan dr biasanya, begitu juga planet2 lainnya.....

d samping menurunnya putaran bumi, arahnya juga berlawanan dpd biasa... bilamana arah yg berlawanan ini nanti betul2 sempurna, sehingga putaran bumi menjadi kebalikan dpd biasanya, akhirnya menjadikan matahari terbit dr ufuq barat....


berlakunya kiamat itu dpt d bahagi kpd 2 peringkat, kiamat kecil dan kiamat besar....


KIAMAT KECIL

kiamat kecil ini berlaku dgn sebab kematian, setiap yg bernyawa itu akan mati (kiamat kecil),
barangsiapa yg sudah sampai ajalnya, maka ini bererti telah berlaku kiamat kecil bg dirinya sebagaimana sabda Rasulullah saw yg berbunyi ;

“siapa yg sudah mati, maka berlakulah kiamat baginya”

selain dpd manusia, alam ini juga akan mengalami kiamat kecil, seperti berlakunya gempa, taufan, ribut salji, banjir atau kebakaran....

setiap diri yg mengalami kiamat kecil, ia juga akan melalui alam barzakh, yg juga d kenali dgn kubur, kehidupan manusia alam ini akan berpanjangan sehingga hari kiamat datang...
Allah berfirman ;

"dan d hadapan mereka terdapat dinding (yg membatasinya dgn dunia) hingga ia d bangkitkan.."


d alam barzakh ini mereka akan mengalami pengadilan peringkat pertama. Mereka akan beroleh kesengsaraan dan kebahagiaan sesuai dgn amalannya d dunia....

pengadilan pertama d peringkat ini, d mana si mati menghadapi soalan dr 2 malaikat (munkar dan nankir), setiap org yg mati, walau dgn apa cara sekalipun kematiannya, namun ia akan menghadapi soalan dr 2 malaikat ini.....

amatlah berbahagianya bila si mati itu adalah seorang mukmin, kerana ia menjawabnya dgn tepat dan jujur, dan akan menerima kebahagiaan kubur sesuai dgn keterangan hadis yg menyatakan bahawa bila si mati itu seorang mukmin maka ia akan d temani oleh amal dan kebajikannya selama d dunia, lalu dr kuburnya itu d bukakan suatu pintu, dan dr pintu itu ia dpt melihat syurga....

sebaliknya bg org kafir, mereka akan menerima seksa Tuhan, mereka akan d pukul oleh malaikat dgn pemukul besi yg amat mengerikan, sehingga ia berteriak sekuat2nya, teriakan itu dpt d dengar oleh semua makhluk kecuali jin dan manusia....


KIAMAT BESAR

kemusnahan alam semesta ini melalui beberapa proses. Sebagaimana telah d perkatakan sebelumnya, alam ini semua akan mengalami kemusnahan, hancur berkecai, kemusnahan ini menjadi permulaan manusia melangkah ke alam akhirat. Alam yg mula2 d tempuh ialah alam barzakh...

d hari tersebut semua manusia akan terhambur dr kuburnya akibat goncangan bumi yg amat dahsyat. X ada seorang manusia pun yg selamat pd hari itu kecuali org yg d kehendaki oleh Allah, Rasulullah bersabda ;

org yg paling celaka, ialah org yg masih hidup ketika kiamat datang”

planet2 akan hancur semuanya.....

KEBANGKITAN SEMULA

setelah alam sunyi sepi, segala makhluk bernyawa telah mati, seluruh alam ini rata sehingga tiada lg laut, danau tasik, sungai atau gunung apalagi bangunan tinggi.....

maka Allah pun memerintahkan malaikat Israfil meniup serunai sangkakala kali yg kedua. Tiupan ini bertujuan utk membangkitkan semula semua malaikat, jin dan manusia serta sitan, utk memperhitungkan segala kebaikan atau kejahatannya....
firman Allah ;

kemudian d tiup semula sangkakala kedua, maka tiba2 mereka berdiri menanti (hukuman Allah)...
dan d tiuplah sangkakala, maka tiba2 mereka keluar dgn segera dr kuburnya menuju kpd Tuhan mereka..”

org yg mula2 d bangkitkan dr kuburnya ialah nabi Muhammad saw, kemudian barulah manusia lainnya d bangkitkan. Semua manusia pada hari itu d bangkitkan dlm keadaan x berpakaian, kecuali yg d kehendaki oleh Allah swt, masing2 berduyun2 x tentu hala...
sabda Rasulullah yg d riwayatkan oleh mulim ;

d himpunkan manusia d hari kiamat dgn tanpa alas kaki, bertelanjang x berkhatan. Aisyah berkata ; “wahai Rasulullah....! lelaki dan perempuannya antara 1 sama lain.....?” jawab Rasulullah ; “wahai Aisyah, keadaan lebih dahsyat dpd melihat antara 1 sama lain.”

tujuan manusia d bangkitkan hari itu ialah ;

  • utk mendapat pembalasan yg setimpal dan seadil2nya dr Allah swt, terhadap segala perbuatan yg telah ia lakukan.
  • Utk d soal oleh Allah segala tanggungjawab dan segala tugas yg telah d berikan oleh Allah kpdnya.
  • Utk menunjukkan keadilan oleh Allah kpd makhluknya.
  • Utk memperhitungkan segala perbuatan dan kesalahan dan mengadakan perbicaraan d hadapan Rabul Jalil yg d saksikan oleh semua makhluk.


Tempat berhimpun manusia d akhirat d sebut “Mahsyar” / “padang Mahsyar”. Padang Mahsyar ini amat luas sekali dan datar....

dlm suasana perhimpunan yg dahsyat itu, manusia penuh sesak, sehingga tidak setapak pun bumi Mahsyar itu kosong. Semua insan dan lain2 makhluk ketika itu terpaku, manakala udara sgt panas sekali, kerana ketika itu d katakan bahawa matahari hanya beberapa hasta sahaja dpd kepala. Kulit manusia hampir luluh kerana panasnya. Sehingga peluh menggenangi padang yg tandus itu, dan peluh ini juga menimbulkan bau yg busuk d padang Mahsyar itu.....

keadaan seperti ini berlaku selama 5o ooo tahun dan bg org yg beriman, d kurangi hingga tinggal 25 ooo tahun. Dgn demikian jelas kpd kite, keadaan manusia itu sgt sengsara sekali. Tetapi tiada seorang pun yg boleh berkata2 apalagi bertanya atau hendak menolong org lain, kecuali org yg d kehendaki oleh Allah...

pada hari itu, ketika roh dan para malaikat berdiri berbaris2 (bersaf) x berkata2 mereka, kecuali org yg d izinkan oleh Allah.... ketika itu kerana tidak tertahankan seksanya, maka manusia meminta supaya ia d kembalikan saja ke dunia, dan d minta supaya ia d jadikan semula menjadi tanah, supaya hilang segala penderitaan d hari tersebut, sayangnya segala permintaan dan permohonan itu hanya sia2 sahaja....

perhitungan amalan manusi ini d sebut dgn “Hisab” d samping itu byk lg perkara yg mesti d lalui oleh manusia dan jin, sebelum menerima putusan, sama ada baik atau buruk......


HISAB

hisab ialah “pemberitahuan Allah kpd manusia tentang amalannya dan apa yg mesti d terima tentang hasil amalannya itu.”

hisab ini bermacam2 dan berbeza2 keadaannya, ada yg senang ada yg susah, ada yg lambat dan ada pula yg cepat, ada yg d muliakan dan ada pula yg d hinakan. Pertanyaan yg mula2 d kemukakan ialah berkenaan dgn SOLAT....
Rasulullah bersabda ;

perkara yg mula2 d hisab oleh Allah bg seorang hambanya ialah solat” H. R Tarmizi

proses ini pula berlaku 4 peringkat.... setiap manusia d panggil oleh Allah, dan mereka akan d tanya tentang tingkah laku, gerak geri dan amalannya selama d dunia...
Firman Allah ;

demi Tuhanmu, kami akan menanyai mereka semua tentang apa yg telah mereka lakukan” al Hijr <ayat 92>


CATATAN AMALAN

Setelah persoalan secara umum d lakukan, maka sampailah pd peringkat menyebarkan shuhuf kpd tia2 manusia. Ketika kitab catatan itu sampai kpd tangan manusia mereka akan menerimanya dgn berbagai macam keadaan....
Allah berfirman ;

adapun org yg d berikan kitabnya dr kanan, maka ia akan d periksa dgn pemeriksaan yg amat mudah, dan ia akan kembali kpd kumpulannya dgn gembira. Adapun org2 yg d berikan kitabnya dr belakangnya, maka ia akan berteriak “celakalah aku” dan ia akan masuk ke dlm api yg bernyala2” al Insyiqaaq <ayat 7-12>

selesai membaca kitab catatan, setiap org juga akan mendengar catatannya yg berkata2 menceritakan setiap perbuatan yg pernah mereka lakukan d dunia... utk kesempurnaan penghisaban dan keadilan yg lebih teliti, Allah akan memperlihatkan pula kpd manusia gambar atau filem lakonan mereka semasa d dnuia....
Allah berfirman ;

d hari itu manusia akan berbondong2 utk melihat amal2 mereka masing2. Barangsiapa pernah melakukan kebaikan walaupun sebesar zarrah pasti akan melihatnya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan walaupun sebesar zarrah akan d lihatnya juga.” al Zilzal <ayat 67>

setelah selesai semua urusan perkiraan, barulah d lakukan timbangan terhadap segala amalan manusia. Dgn adanya timbangan ini manusia x merasa d rugikan dan juga utk memperlihatkan kpd manusia kadar amal masing2 secara terperinci dan adil....
Firman Allah ;

dan Kami adakan neraca2 yg adil d hari kiamat dan tiadalah teraniaya (d rugikan) seseorang barang sedikit pun. Dan jika amal itu sebesar biji sawipun pasti Kami datangkan juga dan cukuplah kami yg membuat perhitungan.”

riwayat Muslim, suatu ketika Rasulullah saw d tanya tentang ke manakah manusia pd hari itu, beliau menawab “ke sirath” (titian)


TITIAN

Titian ialah merupakan jambatan yg melintang d permukaan neraka menuu ke syurga. Semua org mesti melintasinya, menurut riwayat tajamnya melebihi pisau cukur, dan kecil sekali sekecil rambut d belah 7... riwayat lain mengatakan panjangnya ialah 5ooo tahun perjalanan....

org yg baik dan byk kebajikannya, akan melintasi jambatan ini dgn selamat dan berbagai kecepatan menurut amal masing2... manakala org yg x baik amalnya, ia akan tergelincir dan akan terhumban ke dlm neraka. Tiada seorang manusia pun yg terkecuali dr meniti titian ini....


BALASAN D ALAM AKHIRAT

Manusia akan d beri balasan nanti d alam akhirat d balasi dgn kesenangan2 (jannah / syurga), manakala org yg berbuat jahat, akan d balasi dgn kesengsaraan (naar / neraka)... ini adalah dasar pembalasan yg tegas bg Allah dlm menyempurnakan keadilannya....

SYURGA

syurga dlm bahasa Arab d sebut “jannah”, yg terdapat juga d ertikan dgn “kebun”. Dari segi istilah ilmu Tauhid ia d ertikan dgn “tempat manusia yg mendapat anugerah dr Allah atas bakti serta kebaikannya yg telah ia lakukan selama hidup d dunia.”

menurut keterangan para ulama', syurga itu telah wujud sekarang, pendapat ini berdasarkan
firman Allah ;

sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril pd waktu yg lain, iaitu Sidratul Muntahaa dan d dekatnya ada syurga tempat kembali” an Najmi <ayat 13-15>

menurut keterangan Rasulullah saw, bahawa Sidratul Muntahaa itu x berapa jauh dr alam planet. Dgn kata lain ia berada d luar alam planet, iaitu d ruang angkasa lepas, keadaannya amat luas sekali, iaitu seluas langit dan bumi....

syurga mempunyai tingkat2
sabda Rasulullah saw ;

dpd Ubadah ra, Rasulullah saw bersabda ; “syurga mempunyai seratus darjat dan tingkat, d antara 1 darjat dgn 1 darjat lain, adalah seperti jarak bumi dgn langit. Tingkat darjat yg paling tggi ialah syurga Firdaus. Dpdnya mengalir sungai2 ke dlm 4 syurga. D atasnya terletak 'Arasy. Apabila kamu meminta kpd Allah, mintalah syurga Firdaus.” H. R Tarmzi dan Bukhari

selain dr syurga Firdaus itu terdapat beberapa syurga yg lain ;

  1. syurga Ma'waa
  2. syurga Khuldi
  3. syurga Na'im
  4. syurga 'Adnin
  5. syurga Darus Salaam
  6. syurga Darul Jalaal


syurga mempunyai keitimewaan sendiri beserta keindahannya. Ianya x dpt d gambarkan oleh indera manusia...
Rasulullah bersabda ;

padanya (syurga) terdapat perkara2 yg x pernah terlihat oleh mata, x pernah d dengar oleh telinga, dan x pernah terlintas pd hati manusia” H. R Muslim


syurga yg penuh keistimewaan dan keindahan itu, akan menerima ahli2 yg kekal d dlmnya, ahli2 tersebut ;

  • org yg bertaqwa
  • org yg menyembah Allah dan tetap lurus d atas jalan tersebut
  • org yg beriman dan berjuang d jalan Allah
  • org yg mati syahid

kesimpulan dpt kite katakan syurga adalah tempat yg abadi yg d sediakan bg mereka yg melakukan kebaikan sesuai dgn apa yg d suruh oleh Allah swt...


NERAKA

dr segi bahasa Arab, neraka d sebut Annaar, dlm istilah ilmu Tauhid ia d sebut sebagai “tempat menerima azab sangsara dr Allah” atau dgn kata lain “tempat menerima balasan dr Allah yg akan d berikan kpd org yg ingkar kpd perintahNya.”

azab yg akan d terima mereka ialah suatu azab yg maha dahsyat, manakala kepanasan apinya ialah lebih 70 kali kepanasan api yg paling panas d dunia.... setiap org yg d masukkan ke dalamnya akan menerima azab yg maha pedih, mereka tidaklah d ringankan dr seksaan melainkan terhadap Abu Talib...
Rasulullah bersabda ;

sesungguhnya seringan2 azab penduduk neraka ialah Abu Talib, ia d bakar menerusi sepasang seliparnya yg menyebabkan otaknya menggelegak.” H. R Muslim

sebagaimana syurga yg mempunyai aneka kelebihan dan keindahan, maka neraka mempunyai aneka kelebihan azab dan seksa...
riwayat oleh Umar bin Khattab ;

telah dtg Jibril kpd nabi Muhammad bukan d waktu yg biasanya ia datang, Rasulullah lalu berdiri mendapatkan dan berkata ; “hai jibril, kenapa sy lihat warnamu berubah?” jibril pun menjawab ; “aku d perintahkan oleh Allah utk menerangkan semburan api neraka.” berkata Rasulullah ; “terangkanlah kpdku keadaan neraka dan perihal jahannam.” berkata jibril ; “sesungguhnya Allah memerintahkan agar api jahannam d nyalakan selama seribu tahun, sehingga warna apinya berubah menjadi merah. Lalu d perintahkan menyalakan apinya selama seribu tahun lg, sehingga warna apinya berubah menjadi hitam, hitam yg gelap sehingga x bersinar lg gejolakannya dan x padam2 bakarannya. Demi Tuhan yg mengutusmu dgn kebenaran, kalau d bukakan jahannam itu sebesar lubang jarum, maka akan terbakarlah bumi ini serta segala isinya kerana panasnya. Dan demi Tuhan yg mengutusmu dgn kebenaran, sekiranya salah seorang dr penjaga2 neraka itu d datangkan ke bumi oleh Allah, maka akan matilah seluruh manusia d bumi ini kerana keburukan rupa dan kebusukannya. Demi Tuhan yg telah mengutusmu dgn kebenaran, sekiranya 1 lingkaran dr rantai neraka d letakkan d atas sebuah gunung d dunia ini, akan tembuslah gunung itu sampai ke dasar bumi yg paling bawah.” maka berkata Rasulullah saw ; “untunglah ya jibril........ jantungku x sampai pecah sehingga aku mati mendengarkan keteranganmu.”

dlm keadaan mereka d bakar sebagai kayu api neraka, mereka d hidangkan pula air tembaga yg mendidih, air nanah yg menjijikkan, air besi, dan air timah yg menggelegak serta pohon zaqum berduri sebagai minuman dan makanan mereka dan banyak lg ayat2 al Quran yg menerangkan betapa ngeri dan dahsyatnya azab neraka, d antaranya dpt kite baca pd surah al Kahfi ayat 29 / al Waqi'ah ayat 51-55 / al Baqarah ayat 24 / Mursalaat ayat 30-33 / Ibrahim ayat 16 -17....

neraka juga mempunyai nama2 dan ahlinya masing2, menrut keterangan al Quran, neraka ada 7 ;

  • neraka Huthamah
  • neraka Jahannam
  • neraka Sa'ir
  • neraka Jahim
  • neraka Hawiyah

setiap neraka mempunyai ahli masing2, d antara golongan manusia yg bakal menjadi ahli neraka ialah ;

  1. org yg mendustakan hari kiamat
  2. org yg mempersia2kan solat, dan memperturutkan hawa nafsu
  3. penyembah berhala (patung), atau org2 musyrik
  4. org2 zalim
  5. org yg durhaka kpd perintah Allah
  6. org yg mendustakan Rasulullah Muhammad saw
  7. org2 yg kafir dan munafiq
  8. org yg menyimpan emas dan perak serta tiada menzakatkannya
  9. org yg menghalang manusia dr jalan Allah, serta org yg memakan harta org lain secara batil
  10. org2 yg berdosa

keimpulannya, neraka ialah tempat sengsara yg d sediakan oleh Allah bg manusia yg sentiasa melakukan kejahatan dan maksiat...

mari kite same2 berdoa heheee... semoga Allah menjauhkan kite dpd seksa neraka yg maha dahsyat itu...

“Rabbanaa Aatina Fiddunya Hasanatun, Wafil Aakhirati Hasanatun, Wa Qinaa Azaabannaar.”

amin...............

bersambung, hohohooooo


           




                                     

No comments: