semoga berbahagia mendapat rahmat

limpah kurnia Tuhan yg Esa..........

13 December 2010

telah tiba bulan muharam,,,,,



1 muharam detik permulaan, perkiraan tahun islam hijrah,
perpindahan nabi dan umat islam, dari kota mekah ke kota madinah,
asas keyakinan dan iman yg teguh, kaum muhajirin dan ansar bersatu,
rela berkorban harta dan nyawa, demi menegakkan islam tercintaaa.....

hijrah itu pengorbanan, hijrah itu perjuangan,
hijrah itu persaudaraan, hijrah membentuk perpaduan.... yeaahhh

oleh itu, mari semua, kita sambut ma'al hijrah, tingkatkan semangat tegakkan syiar islam
untuk sepanjang zaman....


alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan bulan muharam ye...hihihihihiii...
emmm 1 muharam da berlalu, 2 muharam da, 3 pon da,4 da, 5, 6, 7, 8 haaa hari ni yg ke 8, esok 9, luse 10 (besday tun dlm bulan hijriah!) heheheheeee...
10 muharam 1412, isnin, maka lahirlah lah tun jeng3.....

hmmmm, mari kita hayati kemuliaan bulan muharam ni...biasanya d sambut dgn perarakan beramai2 sebagai memperingati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad dr Mekah ke Madinah....





Bulan ini d namakan 'bulan muharam' kerana bulan itu mulia. Dalam bahasa Arab 'Haram' bererti 'mulia'....menyentuh 'Keutamaan Bulan Muharam' Allah SWT berfirman yg bermaksud :
“sesungguhnya bilangan bulan d sisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah d waktu Dia menciptakan langit dan bumi, d antaranya 4 bulan haram. “itulah (ketetapan) agama yg lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dlm bulan yg 4 itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya; dan ketahuilah bahawa Allah beserta org2 bertaqwa.” surah at Taubah <ayat 36>

Rasulullah SAW menjelaskan maksud ayat d atas dgn sabdanya yg bermaksud : “d dalam 1 tahun ada 12 bulan dan d antaranya terdapat 4 bulan yg mulia,, 3 d antaranya Zulqa'idah, Zulhijjah, dan Muharam
selain Rejab d antara bulan Jumada dan Sya'ban” (hadis riwayat bukhari)...

beberapa peristiwa penting berlaku dlm bulan ni. D antaranya :
1 Muharam – khalifah umar al khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dlm Hijrah

10 Muharam – hari ini d namakan juga hari 'Asyura'. Pd hari itu byk terjadi peristiwa penting mencerminkan kegemilangan bg perjuangan yg gigih dan tabah bg menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga –
+ nabi Adam bertaubat kpd Allah,
+ nabi Idris d angkat Allah ke langit,
+ nabi Nuh d selamatkan Allah keluar dr perahunya selepas bumi d tenggelamkan selama 6 bulan,
+ nabi Ibrahim d selamatkan Allah dr pembakaran Raja Namrud,
+ Allah menurunkan kitab Taurat kpd nabi Musa,
+ nabi Yusof d bebaskan dr penjara,
+ penglihatan nabi Yaakob yg kabur d pulihkan Allah,
+ nabi Ayub d pulihkan Allah dr penyakit kulit yg d deritainya,
+ nabi Yunus selamat keluar dr perut ikan paus setelah berada d dlmnya selama 4o hari 4o malam,
+ laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan nabi Musa dan pengikutnya dr tentera firaun,
+ kekesalan nabi Daud d ampuni Allah,
+ nabi Sulaiman d kurniakan Allah kerajaan yg besar,
+ hari pertama Allah menciptakan alam,
+ hari pertama Allah menurunkan rahmat,
+ hari pertama Allah menurunkan hujan,
+ Allah menjadikan Arasy,
+ Allah menjadikan Luh Mahfuz,
+ Allah menjadikan alam,
+ Allah menjadikan malaikat Jibril,,
+ nabi Isa d angkat ke langit,

hmmmm...hebatnya Allah!...

amalan2 yg sunat yg d lakukan pd Muharam, antaranya ;
*berpuasa. Sabda nabi bermaksud : “barang siapa berpuasa 1 hari dlm bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 3o tahun.” mari kite berlumba raih pahala dr Allah...heheee
nabi bersbda lg yg bermaksdud : 'barang siapa yg berpuasa 3 hari dlm Muharam, iaitu khamis / jumaat / dan sabtu, Allah tulis padanya seperti mana beribadat selama 2 tahun” woowwww........

*banyakkan amal ibadat seperti solat sunat dan zikir.

*berdoa akhir tahun bulan Zulhijjah slps asar 3 kali.

*berdoa awal tahun pd 1 Muharam slps maghrib 3 kali.

*d galakkan byk melakukan amalan sunat pd hari Asyura (1o Muharam)

waahhhhh!! betapa mulianya bulan muharam ni, oleh itu, “renung2kan, dan selamat beramal” kihhh33...

No comments: