semoga berbahagia mendapat rahmat

limpah kurnia Tuhan yg Esa..........

20 December 2011

sungguh indahnya! haha

yeaahhhh... sungguh indahnya hari2 kita... saksikan hari adik tun yg berangan kat tengah2 sawah...

video

xtau le nak cakap ape lg dgn budak nih... hahahhaahaa... free je jatuh dlm selut... eeee busuk sesangaaaaaaaaaaaaaaatttt! sekarang adik da sekolah kat kedah... tinggal le tun sorang2... uuwwaaa...tahniah ye adik

KISAH BENAR PENGAKUAN BEKAS PADERI KRISTIAN


Posted by: peribadirasulullah | Ogos 27, 2010



……….السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَارَكَاتُهْ وَالسَّلاَمُ فِيْ الصِّحَّةِ بِخَيْر
Bacalah kisah ini yang telah di jumpai pada ” http://www.facebook.com/profile.php?id=100000567924161&v=wall&story_fbid=138827019486086#!/note.php?note_id=131456546897400&id=1708917354&ref=mf “, mudah-mudahan anda mengambil iktibar dan pedoman pada kita semua. Sama-sama kita menegakkan kebenaran Agama Islam…. !!! الله اكبر
Begin story :                                             
Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.
Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim danmak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi  bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa, tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris.
Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974,  saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibinakhas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang). Setelah satu tahun saya tinggal disana,  saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalamBahasa Malaysia .
Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia . Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia, Singapura dan orang Filipina.
Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari, kenderaan percuma,  seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah  Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore . Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.
Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama-sama seorang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak….  Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak  dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan sayaterus bertaubat.
Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara henda kmengenali mereka Lelaki – Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan – Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam.  Di Kuala Lumpur – Daya Bumi, Kota Rayadan Sg. Wang Plaza.
Cara-cara berdakwah: Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal (asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta,  sumber dari Sabah, Sarawak , Filipina dan Singapura.
Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling jaya,Pulau Pinang dan Senawang).  Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru – akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.
Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek -lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayarRM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek  sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar)1982.
Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah,  Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib.
Punca terjebak dalam Kristian:
1. Desakan hidup. 2.Kurang agama
Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian. Beliaus ekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga  matlamat  1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Paderi Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.
Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan suka dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)
Beliau beri penerangan kepada  1. Polis Bukit Aman, 2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam)
Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini.  Seorang bekas paderi Abd Rahman Yaakob  (Pengarah Anti Dadah, Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah didalam bahasa Inggeris.
Beliau sebagai paderi dikenakan 4 syarat
1. Tidak boleh hisap rokok   2. Tidak boleh minum arak  3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah  4. Tidak boleh kahwin.
Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padri Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini.. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua paderi Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu ,Kelantan, Kedahdan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.
*PENGUMUMAN – HARAP DISAMPAIKAN! KPD ORANG ISLAM KITA’ Sebarkanlah walau satu ayat pun’
(Sabda Rasulullah SAW)
‘Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalan mu dan mengampuni bagimu
** dosa-dosamu.
Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.’
(Surah Al-Ahzab:71)
demi kebaikan kita bersama untuk suami, isteri,anak-anak, kaum keluarga, saudara- mara, sahabat-handai dan generasi akan datang yang kita sayangi.
‘Agungkanlah dan laungkanlah ‘ الله اكبر “……………..

19 December 2011

part time cuti sem,,,

apa kabo semua... lama dah x update blog nih... hehee

video

emmmm cuti ni korang2 semua buat gapo wehh? keje ke? kahwin ke?? jd orang ke? jd hantu ke??? kihh3.. cuti sem ni x sempat leee tun nak menikmatinya kerana kakak tun yg sorang tu telah terbersalin terlebih awal dulu kat melaka... plannya nak bersalin kat perlis nun dlm bulan 12, nak minta cuti awal kat boss dia x berani, hahaa, so dlm bulan 11, baby tersebut x sabau nak tgk dunia, tanda2 awal pon da keluar, so ape lagi kakak tun gelabah r, da la tinggal sorang2 kat rumah, suaminya kat terengganu, kerja haha.... kebetulan tun dgn adik xde rumah sbb p rumah kakak yg lg sorang kat johor nak tgk baby jugak... ni la baby aqram yg cute tuh


video

okeh sambung balik cerita tentang ibu bersalin... lepas tu kakak tun yg bawa kereta p klinik, dan masuk ambulans dgn sendirinya utk masuk wad kat hospital melaka tanpa bantuan nurse2, hebat weehhhh hahaha.... kakak cakap masa dlm perjalanan nak ke hospital, ada 3 lagi ambulans kat belakang... teringat pula tragedi 22. 11. 09,,, kalau korang ingat, korang memang ada memory yg baik la hihii... nak tau x, kebetulan hari tu sama dgn tragedi yg lepas tu... Allahuakbar...

sedang tun dan adik beradu, tiba2 abang kat kedah call yg kakak masuk hospital, apa lg balik melaka time tu jugak la... hehe... abang ipar ambik kat MC terus p hospital...

tadaaaaa! mcm dpt anak kembar pulak haha

yg cucuk2 ni paling kakak x suka dan yg ni adalah kali kedua dia kena
hahahaha

hari pertama...

ni aqram!

sape laaaa x sedih tun nak balik... hahaa

tgk tu, pegang jari tun rapat! haha

haaaa.... sekarang tun nak kenalkan kat korang tentang peralatan2 utk org dalam pantang... ni le kerja tun sepanjang cuti, nak cari rezeki lebih utk 10 suap nasi... hahaa...
bukan senang nak jd org dlm pantang dan bukan MUDAH utk menjaga org dlm pantang! baby wafdan ni kecik2 da berhijrah, lepas seminggu baby dan family p perak rumah abg ipar... dlm 2 hari balik perlis pulak, tok yg jaga makan minum kakak, kalau tun x boleh harap la, hahaa.. salah bg makan kang masuk wad balik.. hahahha


haa yg ni kelambu utk baby... kalau xde kelambu ni kat kampung tun, kering leee darah si baby tu... nyamuk sana xde belas kasihan lg dah... tp kan nyamuk kat sana x berbahaya mcm nyamuk kat taman2 tun tu... nyamuk kat taman2 tun sekor da gigit esok masuk hospital sebeb kena denggi kih3... penting bg makcik2 yg suka bela bunga dlm pasu bunga... buat sementara waktu nih, x payah lah bunga2 tu, semak je, tanam le pokok rambutan ke, mangga ke, durian dan lain2.. dapat le jugak makan... di samping tu boleh buat
bisnes, jual kat pasar...


emmm yg ni org panggil apa ek, alaaa yg ubat2 kena makan lepas bersalin tuh... makjun kan? hahaha lebih kurang r... senang nak cakap, set lepas bersalin... 


ni korang semua tau kan... yg pam2 tuh... hahaa... pam susu namanya
tok ckp kena ajar anak guna botol jugak, jgn menetek je kang ibu p kerja
jiran pulak tumpang menetek... pulak dah! hahaha



buku baby, sentiasa ada di sisi, kerana sgt penting sepanjang pembesaran baby, sentiasa kena ambil maklumat tentang baby... untuk memudahkan nurse ye jugak... ni bukan mcm buku sekolah nak tinggal2... ibu2 semua sila ambik perhatian hohohho

baju baby... x payah beli banyak2 sebab kawan2 kita akan bg time ziarah baby hehee
boleh jimat....

makanan ringan utk org dlm pantang... sgt sedih sebab kitorang makan mcm2, kakak makan terhad sikit... nasi putih, ikan, sayur, tiap2 hari sampai laaa habes pantang... jgn curi2 makan makanan yg di pantang, nnt badan merana hahhaa... ciaaannn






kenapa ibu pantang x boleh mencangkung? haa tanya la ibu korang masing2...
ni la toilet sementara bg ibu pantang... maklum la duduk kampung mana ada jamban duduk tuh, toilet pon kat luar... lipan, lipas, semut, semua menginap... hahaah


haaaa, ini pulak tungku... kegunaannya x sempat nak tanya pulak... mengelakkan angin masuk badan kot... hahahah
buaian utk baby, kena ade, kalau x jenuh dok dodoi guna tangan... hahaa

















tempat tidur baby, sweeeeet je ek... kite2 dulu pon time tgh tido sweeeeet je, tp bila mai tang besar, muntah hijau tgk, dgn mulut ternganga, berdengkur, air liuq
meleleh, eeeee












ni barang2 baby, minyak telon, tisu, pampes, bedak sejuk, minyak angin, spirit dan lain2...













 
hmmm... memang x mudah menjaga org dalam pantang, kejap2 nak tu, kejap2 nak ni, sabo je le, ni kalau upah org gaji pon mesti dorang mintak berhenti, penat wooo, haha... tp tu bukan jd masalah pon, yg besnya family tun da bertambah 4 org setelah pergi 4 orang.... yahooooo... Alhamdulillah...

16 October 2011

beradab itu manis...

Okeh, setelah sekian lama tun mengetepikan blog ini, tibalah masanya untuk tun meng’hot’kan semula blog tun nih… tadaaaaaaa… kehhh300… tun agak berminat nak cerita tentang adab2 bagi post kali ni… memandangkan, tun berasa diri ini sudah sgt kurang beradab, tun telah pon memikirkan bagaimana untuk memulihkan kembali adab2 yang telah roboh itu… jadi tun membuat keputusan untuk membeli sebuah buku tentang adab muslim, Jaafar Salleh… heh heh heehhh…
Sebelum tu kan, tun makin x paham la, bingung, kenapa sebahagian nurse2 d zaman hampir meletup ni ada yang berperangai seperti  tuuutttt (bermaksud ntah ape)……. Berbeza ketika usia tun sewaktu sekolah rendah dulu… tun pernah masuk wad (akibat bertumpah darah minyak, tolong mak masak) masa darjah 4 kalau x salah kat hospital terendak, nurse2 pelatih, staf nurse dan lain2 kelihatan semuanya baik2 belaka… semuanya pandai handle pesakit dan senyum selalu… hahahaaa… tp bile sekarang nih, yg terjadi kat tun la kan, nurse yg bg nasihat (agaknye la nasihat) pon serupa seperti nak ajak bertumbuk (x rase mcm nasihat lah!)… air muka pon x jernih, apetah lg nak senyum, jauh sekali… hahaha… time makan, kalau terpandang muka nurse tersebut memang boleh muntah darah r tun wha100… mcm mane boleh jd mcm tu ek??? Mungkin bz… mungkin laaa bz sebabnya tun pernah merasa jd student nurse, bz betol, tu baru student, belom jd sister ke ape ke dan lain2… hahahah…
tp x semua ye nurse2 seperti begitu… kalau baik, baik sungguh… kalau lah tun ade ramai abang, tun boleh rekemenkan wehhhh… antara nurse2 yg saaangat baik hati tun pernah jumpa, SN siti aminah bt fowzey (k.min!), SN noor hanida, JP sellvi, JP zuraidah dan ramai lagi… sape2 nak mengorat boleh hantar msj kat fb tun wha3… haisssshhhh, da keluar topik nih… haaa sambung tentang adab2 yg ingin tun bincangkan dlm ni…
bila kita menjalani hidup d tengah masyarakat yg tidak kelihatan Islam, bila kita berekonomi atau d pasar serta d bursa saham x tidak kelihatan Islam, begitu juga d sekolah dan d pusat2 pendidikan x kelihatan Islam, atau d mana2 saja seolah2 kita dgn Islam x ada hubungan… kenapa terjadi demikian?? X lain adalah kerana kita sendiri yg melihat dan memandang Islam dgn pandangan yg sempit serta ilmu Islam yg kita pelajari d sudut2 tertentu je tanpa meliputi semua aspek… sedangkan bila kita melihat d dalam al Quran, melainkan semuanya ada dan lengkap… firman Allah;
tidaklah kami (Allah) alpa sedikit pun di dalam al Quran” surah An An’am; 38…
menurut buku yg telah d sebutkan td, adab muslim membentuk peribadi solehin, memiliki jiwa muqarabbin, meraih sakinah dlm kehidupan ini…
org mukmin yg paling sempurna imannya ialah yg paling baik akhlaknya.” (riwayat Ahmad)
“akhlak baik dapat menghapus dosa bagai air menghancurkan tanah yg keras.” (al baihaqi)
Terdapat banyak adab2 dlm buku nih, tp tun ambik 1 je sempena kes nurse td wha1000… iaitu adab SEORANG PENASIHAT…
1.       Jgn bersikap takbur dgn ilmu yg ada pada diri anda.
2.       Hendaklah sentiasa malu kpd Allah kerana tugas memberi nasihat merupakan amanah Allah kpd hambaNya.
3.       Memberi nasihat dgn penuh hikmah.
4.       X mengambil kesempatan ke atas mereka yg menerima nasihat seperti  meminta upah dan keuntungan duniawi.
5.       Hendaklah mengetahui kelemahan dan kelebihan diri sendiri serta sering memperbaikinya ke arah yg lebih baik.
6.       Hendaklah mengamalkan terlebih dahulu apa yg ingin d sampaikan kpd masyarakat.
7.       Bertawakal kpd Allah.
8.       Berbaik sangka kpd manusia.
9.       Sentiasa menjaga maruah diri agar d hormati oleh masyarakat.


Okeh sampai d sini je…. Semoga Allah memberi Hidayah kepadanya…. Wink!




13 October 2011

Aku SebaTanG KaRa..

Sejak usia yang mentah
Aku telah melangkah
Mengenali... hidup yang getir...

Pada tingkat dewasa
Aku lebih tercabar
Kehidupan dalam penitian
Onak duri datang silih berganti...

Aku tak pernah menyerah
Walau badai yang melimpah
Ku aturi tiap langkah dengan gagah
Keringat ku yang mengalir
Perjuangan tak berakhir

Sehinggalah ke hujung titian
Garis yang menamatkan
Perjalanan...

Tangis dalam senyum tiada insan yang tahu
Tiada insan yang bakal mengerti
Jalanan ku tidak seindah mimpi oh...

Tangis dalam senyum ku tiada insan yang tahu
Bahagia... deritaku...
Sebatang kara.....

=( sooobbb3....




Duka derita, duka laraku di dunia
Tidaklah aku sesali, juga tak akan aku tangisi
Sesakit apapun yang ku rasakan dalam hidupku
Semoga tak membuat ku kehilangan jernih jiwaku
Andaikan dunia mengusir aku dari buminya
Tak akan aku merintih, juga tak akan aku mengemis
Ketidakadilan yang ditimpakan oleh manusia
Bukanlah alasan bagiku untuk membalasnya
Asalkan kerana itu, Tuhan menjadi sayang padaku
Segala kehendakNya menjadi syurga bagi cintaku
Bukanlah apa kata manusia yang ku ikuti
Tetapi pandangan Allah Tuhanku yang ku takuti
Ada tiadaku semata-mata milikNya jua…..

15 August 2011

nak update blog je

memandangkan ramai peminat menunggu cite terbaru dari blog tun nih chheewaaahhh sehingga menghantar sms berulang kali bertanyakan soalan yg hampir sama 'da update blog belum?' dan ade yg bergaduh demi tun nihhh! peerrgghhhhhhhhhhh hahahahahaa so terpakse lah tun buat cite (walaupun xde cite, ketandusan idea hahaha) bg menjage setiap hati peminat yg tersayang wha10000...


opie n the gengssss kan da ade rumah baru tauu

1 meja ni dorang yg kuasai! cissss


anak oyen pon da besar



cici
*oyen pregnnt lg, arggghhhhh!! stresss

ayu da tukar nset baru
hehehheeee,,, snap pic jap... muke awex2 utara xbleh blah hahaa


 
anak2 buah pon suara da matang



budak rumet pon da kurus (bulan ramadhan la katekan) kihhh3

pandangan sisi dari kanan

pandangan sisi dari kiri hahaaha

baju raya pon da dapat, budak rumet bg, tq nad, mmmuuahh3 hahaaa

tp baju (baju tido) ni boleh dipakai malam raya sahaja hahahaa
*ehhh! abg zombrie! (patung zombie tu, sofiah yg bg, tq! hahaha)

okehhh, sampai sini je nak cite,,,, hehehhee

07 August 2011

Apakah SLE?

Sedihnya x terkata bila bace artikel pasal arwah…menahan sebak sehingga pedih hulu hati… sempit segala pembuluh2 darah ni…



31 Julai 2011, Kaherah - Seorang mahasiswi Melaka yang menghidapi penyakit SLE (Systemic Lopus Erythematous) telah disahkan meninggal dunia malam tadi di Hospital Kasr El-Ainy. Allahyarhamah Fatin Fasihah binti Hanafi menghembuskan nafas terakhir setelah koma sejak 11 Julai lalu akibat pendarahan dalam otak dan serangan jantung.

Walaubagaimanapun, makluman mengenai pemergian arwah hanya diketahui petang tadi ketika ayah arwah, En. Hanafi bin Muhammad Rahmat, dan beberapa orang rakannya datang ke hospital pada waktu lawatan. Hospital memaklumkan bahawa kelewatan tersebut berlaku kerana pihak hospital gagal menghubungi pihak yang berwajib.

Jenazah telah disolatkan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) (Asrama Rumah Melayu Abasiah- ARMA) selepas solat terawih dan dikebumikan di perkuburan warga Malaysia di Hayyu 'Asyir. Pengkebumian jenazah selesai lebih kurang jam 10.30 malam tadi.

Rakan-rakan arwah yang ditemui ketika solat jenazah menyifatkan arwah sebagai seorang yang sangat kuat dan luarbiasa menghadapi penyakit tersebut. Arwah kembali ke rahmatuLLAH selang sehari kepulangan ibunya, Pn. Zaleha binti Abd Rahim Abdul Rahman, serta adik bongsunya ke Malaysia pada 29 Julai lalu. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang soleh. Al Fatihah

Lepas bace artkel ni, terus tun nak tau ape sebenarnye penyakit SLE tu… apa puncanya, sejarahnya, ubatnya dan lain2…

Mari kita sama2 ambik tau…
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.
Sejarah
Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).
Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE).
Jenis-jenis Lupus
Discoid Lupus Erythematous (DLE)
* Hanya melibatkan kulit
* Jarang merebak ke organ lain
Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
* Boleh merebak ke organ lain
* Boleh mengakibatkan kematian
Statistik
Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak. Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada didalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun. Ratio pengidap SLE:
Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans - 1 dalam 250 –500 orang
Di Amerika Syarikat - 1 dalam 2,000 orang
Di negara China – 1 dalam 1,000 orang
Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan.
Apa itu Lupus
Lupus adalah radang teruk (inflamasi kronik) yang disebabkan oleh penyakit autoimun di mana sistem pertahanan badan yang tidak normal melawan tisu badan sendiri. Antara tisu badan dan organ yang boleh terlibat adalah seperti kulit, jantung, paru-paru, buah pinggang, sendi, dan sistem saraf. Jika tisu kulit sahaja yang terlibat, ia lebih dikenali sebagai diskoid lupus. Jika organ-organ dalaman turut terlibat, ia dikenali sebagai Sistemik Lupus Erythematosus (SLE).
Apakah Penyebab Sistemik Lupus Erythematosus (SLE)
Sehingga kini faktor yang merangsangkan sistem pertahanan diri untuk menjadi tidak normal belum diketahui. Ada kemungkinan faktor genetik, kuman virus, sinaran ultraviolet, dan ubat-ubatan tertentu memainkan peranan.
Penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) ini lebih kerap ditemui di kalangan kaum wanita. Ini membayangkan bahawa hormon yang terdapat pada wanita memainkan peranan besar, walaubagaimanapun perkaitan antara Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) dan hormon wanita masih dalam kajian.
Penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) bukanlah suatu penyakit keturunan. Walaubagaimanapun, mewarisi gabungan gen tertentu meningkatkan lagi risiko seseorang itu mengidap penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE).
Gejala-gejala Lupus.
Diskoid Lupus
Ruam di muka, kepala dan anggota-anggota lain badan.Diskoid Lupus kelihatan merah dan timbul di pinggiran ruam. Ia biasanya tidak sakit atau gatal.
Ruam ini pulih dengan meninggalkan parut.
Diskoid Lupus tidak serious dan jarang sekali melarat melibatkan orgon-organ lain.
Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS )
·    Kemerahan di muka terutamanya di pipi dan batang hidung, yang berbentuk rama-rama.
·    Ulser di dalam mulut
·    Keguguran rambut
·    Demam berpanjangan.
·    Sensitif terhadap pancaran matahari. Pesakit mudah mengalami kemerahan atau ruam di bahagian badan yang terdedah kepada pancaran matahari seperti muka dan tangan.
·    Radang (inflamasi) organ dalaman akan menimbulkan bermacam-macam tanda bergantung kepada organ yang terlibat. Contohnya, inflamasi otak boleh menyebabkan pesakit berasa sakit kepala, sawan, atau berkelakuan aneh seperti pesakit mental.
·    Penglibatan buah pinggang pula boleh menyebabkan bengkak kaki dan pengeluaran protin yang berlebihan dalam air kencing. Jika berlarutan tanpa dirawat, Sistemik Lupus Erythematosus boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang.

Tidak semestinya semua gejala-gejala ini berlaku di kalangan pesakit-pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) pada satu-satu masa. Oleh itu penampilan penyakit ini boleh berbeza antara satu pesakit dengan yang lain bergantung kepada gabungan (kombinasi) organ dan gejala-gejala yang terlibat.
Rawatan
Rawatan-rawatan yang ada sekarang bertujuan untuk mengawal gejala-gejala dan mengurangkan komplikasi yang disebabkan oleh penglibatan organ-organ dalaman.
Pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) yang mengalami gejala-gejala ringan atau tidak serious tidak perlu ubat-ubatan tetapi memandai dengan ubat anti keradangan / (anti-inflamasi) untuk jangkamasa singkat sahaja. Jika organ-organ dalaman yang terlibat, ubat-ubatan seperti steroid atau gabungan bersama ubat immunosuppression adalah diperlukan.
Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) dan wanita
Memandangkan Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) lazim ditemui di kalangan wanita, masalah kehamilan selalu dipersoalkan. Antara masalah-masalah yang boleh dihadapi ialah :-
1. Risiko keguguran kandungan. - Terutama di peringkat awal atau akhir mengandung.
2. Komplikasi lain semasa mengandung. - Penyakit lupus menjadi aktif semula semasa mengandung.
- Risiko mengidap darah tinggi, kencing manis dan komplikasi buah pinggang adalah tinggi.
Oleh itu pesakit-pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) wanita adalah dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor yang merawat sebelum mengandung. Pesakit-pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) yang mengandung pula perlu membuat pemeriksaan antenatal yang kerap dan digalakkan supaya melahirkan anak di hospital.
Bagaimana pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) boleh mengelak penyakit ini menjadi aktif.
Mengenal gejala-gejala Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) yang menandakan penyakit menjadi aktif semula supaya rawatan dapat diubahsuaikan diperingkat awal sebelum ia menjadi lebih teruk.
·    Mengelakkan banyak terdedah kepada pancaran matahari. Ini boleh dilakukan dengan memakai baju berlengan panjang, berpayung, bertopi, dan juga memakai sunscreen.
·    Mengelakkan daripada putus ubat terutamanya steroida tanpa nasihat doktor yang merawat.
·    Perlu mengikuti rawatan lanjutan di klinik-klinik yang mengubati pesakit-pesakit SLE.

Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) adalah suatu penyakit yang boleh membabitkan pelbagai anggota badan, dan berpotensi menyebabkan penyakit yang serious.
Walaubagaimanapun, kebanyakan pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) boleh mengecapi kehidupan normal seperti orang lain. Kunci kejayaan ini bergantung kepada interaksi pesakit dan doktor yang merawat dan pemahaman terhadap penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE).

FAQs
Soalan: Apakah masaalah terbesar mengenai SLE?
Jawapan: Simptom SLE mungkin meneyerupai simpton penyakit lain. Masalah utama ialah kerosakan kepada buah pinggang dan sumsum tulang tidak dapat dikesan sehingga peringkat akhir penyakit.
Soalan: Mengapakah doktor mendapati sukar untuk mendiagnosa SLE?
Jawapan: Pada peringkat awal SLE, mungkin terdapat hanya satu atau dua simptom yang nyata. Oleh yang demikian, doktor hanya dapat membuat diagnosa selepas beberapa minggu, bulan atau pun tahun.
Soalan: Mengapakah sesetengah pesakit mengalami kesan SLE yang ringan sementara bagi pesakit lain, kesannya terlalu teruk hingga mengakibatkan kematian?
Jawapan: Tiada siapa yang tahu. Sesetengah pesakit mengeluarkan antibodi antinuklear (ANA) dalam badan mereka. Ada berbagai jenis ANA, ada yang menyerang buah pinggang dan otak. Walau bagaimanapun, samada keadaan pesakit teruk atau tidak, adalah penting bagi mereka mematuhi nasihat doktor terutama semasa penyakit menjadi aktif. Kemungkinan juga pesakit yang mempunyai simptom yang ringan akan mengidap simptom yang lebih teruk kemudiannya.
Soalan: Bolehkah pesakit Lupus sembuh sepenuhnya?
Jawapan: Buat masa ini penyakit Lupus hanya boleh dikawal dan bukan disembuhkan sepenuhnya. Rawatan yang diberi berbeza dan bergantung kepada pesakit. Pesakit yang mengalami simptom ringan seperti sakit sendi, ruam, demam dan keletihan memerlukan rawatan yang berbeza berbanding pesakit yang keadaannya lebih teruk. Kami berasa lega kerana terdapat berbagai pilihan rawatan sekarang berbanding 20 tahun dahulu.
Soalan: Apakah maksud pengurangan (remission) dalam lupus?
Jawapan: Ia bermakna penyakit tidak lagi aktif dan pesakit hanya memerlukan rawatan yang minima.

Rujukan
"Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS )", 2003, Unit Rheumatologi Jabatan Perubatan Dan Jabatan Pendidikan Kesihatan Hospital Selayang.

Sumber dari blog org lain….
masyaAllah…

tabahnya Fatin, sekarang baru tun tau kenapa kawan tun sorokkan sakit dia dpd pengetahuan kami dulu…
mungkin xnak kitorang risau or dia ada alasan sendiri… sobb3… sekarang tun da sgt jelas masalah dia…