semoga berbahagia mendapat rahmat

limpah kurnia Tuhan yg Esa..........

29 April 2011

SAYA ADA pets hahaaa

my pets is fish!
Jenis ikan, puyu
Kenapa sy pilih ikan puyu?
Sebab hidup agak lame




















Kalau ikan laga
Esok da maut
Pet sy namenye
o.p.i.e.
kenapa sy letak name opie?
Sebab sempena name gedix kawan sy
Name real sofiah
Tapi kenapa sy pilih name opie??
Sebab sy rase name opie sesuai utk pet sy (hahaa)
Opie suka makan
Sy bagi ’specialists fish food’(aquadine)
Kenapa sy bagi opie makan?
Sebab sy nak die membesar
Macam sofiah (hihi)
Suke melompat
Tarik perhatian sy (gedix betol)
Asalnya opie dr parit barangkali
Sy beli kat pasar malam
Harga utk 3 ekor
Rm 3














Saaaaaaaangat mahal
30 sen kan lebih baik
Lebih murah
Tapi xpelah
Opie x nakal
macam sofiah (kahhh3)
Opie ade teman
X tau la samada kawan atau kekasih
















Yg lg sekor masih kecik boleh jd anak opie
Sy pon x tau leee
X letak name lg
Nnt sy fikir semula (haha)
Kenapa sy jadikan opie sebagai pet sy?
Sebab sy nak bezakan antara sofiah dan opie
Sofiah itu manusia
Opie itu ikan
















Kenapa sy x pilih haiwan lain
seperti ‘mok meng’ (monyet)?












Sebab nanti sy konpius
Mok meng dan sofiah kedua2 nya
Ade tangan dan kaki
Makan buah
X boleh duduk diam
Nakal
Berbulu
Dan proooooooooottt
Jadi, sy beli ikan utk memudahkan sy
Berfikir Ikan x de bulu, x de tangan dan kaki
Yg paling penting ikan x boleh prrooooott
serta bersisik (keehhh3oooo)
mase sy study kat pusrawi dulu sy ade
ikan puyu jugak

















da lupe name ape
sebab malas nak kenang2
sedih
mati dalam keadaan yg amat tragis
perut kembung dan ke atas
mata terbuka
frust betul
ayah sy ade berpesan
jgn bg ikan puyu ni makan banyak sebab
dia akan sentiase makan makan makan sehingga mati
rumet sy dulu suke bg makan
katenye cian ikan tu lapar
akhirnya mati kekenyangan (obesity)
ikan x cerdik
kite bg makan n die akan makan makan makan je
kite yg cerdik ni fikirkan lah utk die
sy x nak kesilapan ni berulang
jadi sy kena sentiasa mengawal time makan opie
akhir kate, opie n d gengs
yg teman sy study buat mase ni
sentiasa teman sy pg petang siang malam
x macam sofiah tu macam burung hantu
malam berjaga
siang mengeroh (wha3)
opie sy
sy letak kat atas meja study
nak letak dlm akuarium opie macam x bebas
sebab kecik x boleh nak melompat
nak letak dalam akuarium besar
makan ruang meja study sy pula
jadi sy letak dalam tong minyak
agar die melompat lebih tinggi
dan lebih bahagia (wha100)
sy harap opie x kan tinggalkan sy
macam yg lain2 tinggalkan sy
melainkan ajal yg tiba…….
da penat nak sedih2
*kesedihan menyulitkan keadaan
Saaaayang opie






































opie perlukan sentuhan dr sy hahahahahah
baik kan opie sy??

24 April 2011

Kenapaaaa kenapaa kenapa

Kenapa makin lame makin terasa pemergianmu…… tun x boleh nak study… tiap2 malam nak menangis…… sape2 boleh tolong x, ape perlu tun buat nih…… makin lame lain pulak jadi… makin menjadi2, teruk betul tun, xboleh nak control….. tun dah meredhai pemergian mereka, bace surah, doa dan lain2….. sepatutnye makin lame makin boleh jd macam biasa, tp ya Allah…….. boleh x sape2 bg nasihat yg lebih power kat tun, selain dpd nasihat2 mcm ni ‘sabar, banyak2 doa, redha, rindu bace fatihah, dan nasihat2 yg biasa org bg bile kehilangan org tersayang…’ semua da buat, tp masih meronta2 nak mereka, teringat kisah2 lame, hampir 2 tahun, da lame berlalu, kenapa macam baru semalam jumpe… mungkin tun x hadapi semasa proses pemergian mereka sbb tu tun rase mereka ade lg, tun rase mereka mcm p suatu tempat tp x balik2, puas tun yakinkan diri terima ketiadaan mereka tp camni la jd… time duduk sorang2 or lepak2 dgn member, or tengah study even dlm toilet pon kadang2 tu tersenyum kadang2 tu rase nak menangis, xnak perasaan camni sebab nnt orang lain ingat tun mental yela kenapa tibe2 sengih pastu sebak….. di sebabkan keadaan camni emosi jd x stabil sampai menganggu org2 sekitar  (minta maaf bg sesape yg berasa hati dgn tun)…… menganggu study, exam pon xboleh focus, kesihatan terganggu……………… da cuba buat pelbagai aktiviti dan sibukkan diri, masih lagi x berubah2, malah langsung xde perubahan…….. tun da tanye ustaz dan ustazah, pakar agama, org yg terer dlm motivasi, nasihat yg same dan hampir same akan d beri…. Jd, tun minta tolong secara umum, mane la tahu, pekerja kilang or, pekerja mesin rumput dan lain2 boleh bg nasihat lain dpd yg lain yg sangat power dan berkesan dlm hati tun……….toloooooooooong laaaa tun….. Harap sgt2 boleh berubah…. Tq kepada org yg sudi bersama2 dgn tun, ida, joyah, daaaaaaaaaaaaann sofiah (mmuuaahhh) heheheheheeee……


Ya Allah! Rahmatilah kedua ibu bapa kami. Ampunilah dosa mereka. Redhailah mereka dengan keredhaan yg membuat mereka patut untuk menerima seluruh keredhaanMu. Keredhaan yg membuat mereka layak menempati Negara KemuliaanMu, keamananMu, kemaafanMu, dan keampunanMu. Dan dengan keredhaanMu juga,  Engkau lindungi mereka dengan kelembutan kebaikanMu serta IhsanMu….

Ya Allah! Ampunilah mereka dengan sepenuh keampunan, yg dengan keampunan itu Engkau hapuskan dosa2 mereka yg terdahulu dan kejahatan yg mereka lakukan secara berterusan. Berikanlah rahmatMu kepada mereka, yg dengan rahmat itu Engkau menyinari tempat pembaringan mereka d dalam kubur, dan dengan rahmatMu itu jua Engkau amankan mereka pada Hari Kiamat ketika mereka dibangkitkan dr kubur mereka….

Ya Allah! Kasihanilah mereka d atas kelemahan mereka, sebagaimana mereka telah mengasihani kami ketika kami masih lemah, rahmatilah mereka ketika mereka terlalai dpd mengingatMu, sebagaimana mereka tetap mengasihani kami ketika kami melupai mereka dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami semasa kami masih kecil….

Ya Allah! Jagalah bagi mereka, kasih sayang yg telah Engkau limpahkan dalam hati mereka, belas kasihan yg telah Engkau curahkan dalam hati mereka. Dan kelembutan yg telah Engkau sibukkan ke atas anggota badan mereka. Balaslah pengorbanan dan kesungguhan yg telah mereka korbankan untuk kami, dan janganlah Engkau persia2kan kesungguhan yg telah mereka lakukan untuk kami. Berilah mereka ganjaran pahala d atas usaha yg telah mereka berikan kepada kami, dan peliharaan yg telah mereka laksanakan, dengan sebaik2 ganjaran yg Engkau berikan kepada orang2 yg berusaha melakukan kebaikan dan pemelihara yg ikhlas….

Ya Allah! Berikanlah kepada mereka balasan yg baik d atas kesibukan mereka dalam memelihara kami. Ampunilah mereka d ata segala kekurangan mereka dalam mengabdi kepadaMu, kerana mereka mendahulukan kami dalam melayani kami. Ampunilah mereka d atas perbuatan yg syubahat yg mereka lakukan disebabkan mereka melakukan usaha untuk kami. Janganlah Engkau balasi mereka d atas ikutan nafsu disebabkan hati mereka yg dikuasai perasaan cinta kepada kami. Angkatlah kezaliman yg telah mereka lakukan kerana berusaha untuk kami, dan berikanlah kelembutan kepada mereka d tempat pembaringan mereka yg akan binasa (kubur) dengan kelembutan yg lebih dr kelembutan mereka terhadap kami yg dicurahkan semasa hayat mereka….

Ya Allah! Apa sahaja Engkau berikan petunjuk kepada kami berupa kebaikan, dan apa yg Engkau permudahkan bagi kami berupa kebaikan, dan apa yg Engkau berikan taufiq kepada kami berupa pendekatan diri kepadaMu, maka kami memohon kepadaMu ya Allah, agar Engkau menjadikan segala amalan kebajikan kami tersebut sebagai ganjaran dan keuntungan untuk mereka. Sedangkan apa sahaja keburukan2 yg kami lakukan, dan kesalahan2 yg kami perbuat, janganlah Engkau timpakan kepada mereka dan janganlah Engkau jadikan balasan dosa kami balasan dosa untuk mereka. Ya Allah! Sebagaimana Engkau telah menggembirakan mereka dengan kami dalam kehidupan ini, maka bahagiakanlah mereka dengan kami selepas kematian mereka….

Ya Allah! Janganlah Engkau sampaikan kpd mereka berita2 tentang kami yg akan mengecewakan dan menyedihkan mereka. Janganlah Engkau membebankan mereka dgn dosa2 kami yg akan menjauhkan mereka daripadaMu. Janganlah Engkau sia2kan mereka pada saat2 kematian mereka kerana perkara sia2 dan kemungkaran yg kami lakukan. Bahagiakanlah ruh2 mereka dengan amalan2 kami ketika ruh2 dipertemukan dan ketika ahli kebaikan bergembira disebabkan anak2 yg soleh. Ya Allah! Janganlah Engkau tahan dan berhentikan mereka di tempat didedahkan segala kejahatan disebabkan keterlanjuran kami melakukan kejahatan….

Ya Allah! Apa sahaja ayat2 suci Al Quran yg kami baca dan telah Engkau sucikannya, apa sahaja sembahyang yg kami  kerjakan dan telah Engkau terimanya, sedekah yg kami hulurkan dan telah Engkau suburkannya dan segala amalan kebaikan yg kami lakukan dan telah Engkau redhainya, maka kami memohon kepadaMu ya Allah, agar Engkau menjadikan keuntungan amal soleh yg kami kerjakan lebih besar bagi mereka dpd keuntungan kami, pembahagian untuk mereka lebih besar dpd pembahagian ganjaran untuk kami dan bahagian pahala mereka lebih sempurna dpd bahagian kami. Sesungguhnya Engkau telah mewasiatkan kepada kami agar berbuat baik kepada mereka, dan menyuruh kami berterima kasih kepada mereka. Engkaulah yg lebih utama berbuat baik dpd orang yg berbuat baik dan lebih berhak menghubungkan kebaikan dpd orang2 yg diperintahkan….

Ya Allah! Jadikanlah kami penyejuk mata bagi mereka pada hari penyaksian (Hari Kebangkitan). Perdengarkanlah kepada mereka sebaik2 panggilan dr kami pada Hari Kiamat. Jadikanlah mereka termasuk dr kalangan2 ibu bapa yg dicemburui kerana kami anak2 mereka yg soleh, sehingga Engkau mengumpulkan kami bersama mereka dan sekalian kaum Muslimin d Negara KemuliaanMu (syurga), d tempat penetapan RahmatMU, dan d tempat kekasihMu bersama orang2 yg telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka d kalangan Nabi2, orang2 Siddiqin (benar), orang2 yg syahid dan orang2 yg soleh. Dan amat eloklah mereka itu menjadi teman rakan kepada orang2 yg taat, yg demikian, adalah kurniaan Allah dan cukuplah Allah yg Maha Mengetahui.


KEMBOJA YG GUGUR
Biar luput dr pandangan……..
Tidak lupus d dalam ingatan
K.e.h.i.l.a.n.g.a.n……………….
Menjadi kenangan
Terukir senyuman manismu
Tergambar senda gurauanmu
Tuhan lebih menyayangimu
Menjemputmu pergi terlebih dahulu
Bersemadi jasadmu yg kaku
D iringi gerimis yg sendu
Air mata x terbendung lg
Menangisi perpisahan ini

D pagi hari yg mulia
D kunjungi teman dan saudara
Bersama harapan dan doa
moga brbahgia d negeri yg baqa
Sekuntum kemboja yg gugur
Menemani dikau d pusara
Biar detik dan musim berlalu
Hgga kini tiada pengganti

Oh tuhan
Cucurilah rahmat ke atas rohnya
Dan tempatkan lah ia di sisi hamba2mu yg bertakwa
Tempat yg telah engkau janjikan nikmat utk hamba2 mu……….



Ya Allah, ya tuhanku, hambamu merindukan, rahmat kasih sygmu dan jua keredhaanmu dlm hidupku
Meskipun ku ulangi dosa noda yg menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari, keampunanmu tidak bertepi
Ku akui diri ini hamba yg mungkir pada janji2, jadikanlah taubat ini yg sejati padaMu Ilahi
Ya Allah ampunkanlah dosa2 ku
Ya Allah redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu antara Kau dan aku
Tuhan, ku zalimi diri ini, andai kau x ampuni dan rahmati, alangkah ruginya diri
Tuhan, jangan kau palingkan hati setelah kau beri hidayah sesungguhnya kau
maha pengasih............

13 April 2011

Sambungan cite dr prinsip wasatiyatul Islam....

PENGERTIAN EKSTREMISME
Keseluruhannya ekstremisme membawa erti sesuatu yg melewati batas2 yg d halalkan dgn menokok tambah…
Walaupun begitu, apabila ekstremisme ini d kaitkan dgn agama ia bukan bererti agama Islam yg melampau tetapi maksudnya ialah sikap melampau dlm beragama Islam…
Allah ada memberi peringatan, firmannya dlm surah al Maidah ayat 77 bermaksud ;
“janganlah kamu melampau dalam agama kamu.”
KEBURUKAN EKSTREMISME DALAM AGAMA
·         Ia d benci kerana x dapat d terima oleh tabiat manusia yg normal kebanyakannya manusia x mampu bersabar dgnnya…
·         Ekstrem ini melanggar hak2 org lain yg wajib d pelihara dan kewajipan yg mesti d tunaikan seperti kata hukama’ “tidak aku lihat ‘berlebihan’ melainkan d sampingnya ada hak yg d abaikan.”

TANDA2 GEJALA EKSTREM
Ø  Fanatic kpd 1 pendapat dan x mengakui pendapat lain… ia x melihat kpd kepentingan manusia, tujuan2 syarak dan reality semasa… ia x berlapang dada utk mengadakan perbincangan dgn org lain dan mengambil pendapat yg lebih kuat dalil dan alasannya…
Ø  Mewajibkan org lain dgn sesuatu yg x d wajibkan oleh Allah dan berkeras menolak sifat kelapangan dan keringanan…
Ø  Bersikap kasar x kena tempat dan masanya…
Ø  Kasar dlm pergaulan, kesat dlm tutur kata dan keras dlm penyampaian dakwah… Islam membenarkan kekerasan itu hanya pd 2 tempat je iaitu d medan peperangan ketika menghadapi musuh dan ketika melaksanakan hukuman syarak ke atas org yg berhak menerimanya…
Ø  Prasangka buruk pd org lain dgn membuat tuduhan x berasas, menyembunyikan kebaikan2nya dan pd waktu yg sama membesar2kan kesalahan2nya…
Ø  Mengkufurkan org lain dgn cara sewenang2nya, menghalalkan darah dan harta bendanya… mereka  mengkafirkan setiap org yg melakukan dosa besar, mengkafirkan org yg x menerima fikiran mereka dan mengkafirkan org yg x berbaiah dlm jemaah mereka…

SEBAB2 TIMBUL GEJALA EKSTREM
ð  Kelemahan memahami hakikat agama yg sebenar iaitu org yg mempunyai sedikit ilmu menganggap dirinya sebagai org alim dan boleh berijtihad… sebagai contoh la kan, mereka yg berpegang secara harfiah (literal) kpd nas2 tanpa bersedia memahami yg tersirat dan mengetahui tujuan2 syarak… d samping itu, berlebih2an apabila mengharamkan sesuatu yg x ada nas yg qat’iyy…
ð  Ia juga terjadi akibat mengikut  mutasyabihat dan meninggalkan muhkamat… perkara mutasyabihat adalah perkara yg x jelas hukumnya ataupun kemungkinan mempunyai beberapa makna sementara perkara muhkamat ialah yg nyata dan jelas hukumnya…

Hmmm… takot betol dgn sifat ekstrem nih, semoga kite semua minta d jauhkan… habeehhh…


11 April 2011

PRINSIP WASATIYATUL ISLAM...


PRINSIP WASATIYATUL ISLAM
Topic menarik kali ni, must read!
Korang tau ape prinsip wasatiyatul Islam ni? Tun pon baru je tau dpd budak kelas tun, depa buat ala2 forum nak bentangkan depan ustaz…. Tun tertarik dengan topic ni, jadi tun nak share / sampaikan kat korang d antara keistimewaan dlm Islam adalah prinsip wasatiyatul Islam….heheehee
Wasatiyah bermakna pertengahan, seimbang, sederhana dan adil…
Firman Allah SWT dlm surah al Baqarah ayat 143 bermaksud ; dan demikianlah kami jadikan kamu umat yang pertengahan (adil) supaya kamu menjadi saksi bagi manusia, dan supaya Rasul itu menjadi saksi pada perbuatan kamu.”
Wasatiyah ini mengelakkan  kite dpd penyelewengan dan fanatik, menjadi keistimewaan Islam dgn mengikut manhajnya yg seimbang dan adil…. Wasatiyah juga mempunyai pelbagai makna iaitu ;

1.       UMAT YG ADIL
ð  D sifatkan umat ini dgn sifat adil kerana mereka akan menjadi saksi kpd manusia dan kaum yg menjadi saksi mestilah bersifat adil….

2.       UMAT BERISTIQOMAH
ð  Manhaj Islam yg d redhai oleh Allah iaitu manhaj siratul mustaqim yg selalu setiap Muslim memohon supaya Allah member petunjuk kpd jalan yg lurus dan bukan jalan yg d murkai iaitu yahudi dan jalan yg sesat iaitu nasrani… golongan yahudi dan nasrani ini memang melampaui batas dan angkuh (cissss!)… org yahudi membunuh para nabi dan terlalu mengharamkan semua perkara manakala nasrani terlalu menghalalkan kesemuanya…  org yahudi mementingkan kebendaan manakala org nasrani menyekat persoalan kebendaan… Islam mengajar umatnya supaya mengikut manhaj yg lurus, jalan yg d tetapkan oleh Nabi Muhammad saw…. Oleh itu ummatan wasata adalah umat yg mempunyai pendirian yg tegas apabila menyatakan hak dan sentiasa beriltizam dgn manhaj rabbani… umat yg x rela agamanya d permainkan dan d hina…

3.       UMAT TERBAIK DAN BERKUALITI
ð  Sebaik2 perkara adalah sederhana dan seimbang… bak kata pepatah Arab “quraisy adalah sebaik2 kaum Arab dpd segi keturunan dan kabilah, Nabi Muhammad pula adalah sebaik2 dan semulia2 keturunan…

4.       UMAT YG MENCINTAI KEAMANAN
ð  Ia juga bermakna persekitaran yg aman, jauh dpd sifat bahaya dan kerosakan… wasatiyah membawa keamanan dan kesejahteraan dlm cabaran lingkungannya… ummatan wasata ini bermakna umat yg sentiasa mementingkan keamanan, memelihara dan mengawalnya, mengamalkan semangat kesetiaan, harmonis dan makmur….

5.       UMAT YG MEMILIKI KEKUATAN
ð  Kite melihat peringkat muda adalah peringkat yg mempunyai kekuatan jasmani dan cita2 yg berkobar, betol x??iaitu  peringkat d antara usia kanak2 dan org tua yg lemah… peringkat golongan muda inilah yg mampu memiliki kekuatan bg menjana generasi umat… matahari yg waktu tengah hari begitu terik dpd waktu pg dan petang…

6.       UMAT PERPADUAN
ð  Umat yg sentiasa mencari titik persamaan dan menjauhi segala bentuk perpecahan…

WASATIYAH DALAM BERIKTIKAD
Islam sentiasa menyeru  umatnya beriktikad dan beriman kpd Allah yg Maha Esa… ia adalah wasatiyah antara golongan yg begitu menyeleweng dlm iktikad mereka dgn mengadakan pelbagai tuhan dengan golongan yg tak mengakui adanya tuhan… Islam adalah wasatiyah antara golongan yg mengikut perkara khurafat, tahayul dan kebendaan semata2 dgn golongan yg mensyirikkan Allah dgn menyembah berhala, pokok, batu dan lain2 penyembahan… wasatiyah antara golongan yg menganggap dunia adalah segala2nya…

Islam menyatakan bahawa kewujudan dunia ini adalah tanda2 kekuasaan Tuhan yg mesti kite renung bg mengambil iktibar dan menambahkan keyakinan pd kekuasaan Ilahi… Allah swt berfirman surah ali Imran ayat 190-191 ;
sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, pertukaran malam dan siang adalah tanda2 bg orang yg berfikir. Orang yg mengingati Allah semasa berdiri dan duduk dan ketika baring dan sentiasa terfikir pd kejadian langit dan bumi. wahai Tuhan kami sesungguhnya Engkau tidak ciptakan ini sia2, Maha Suci Engkau.”
Wasatiyah antara golongan yg hanya percaya kpd akal semata sebagai sumber pengetahuan dalam perkara2 kewujudan dunia ini dgn golongan yg hanya beriman kpd wahyu dan ilham tanpa mengakui peranan akal, Islam menghormati akal dan sentiasa menyeru umatnya berfikir… ia melarang dpd jumud dan taqlid… apabila mensabitkan kewujudan Allah maka peranan wahyu dan akal amat penting… wahyu adalah asas manakala akal adalah pelengkap… Imam Ghazali ade cakap akal tidak akan dapat memberi petunjuk tanpa syarak dan syarak x dapat menerang tanpa akal, akal  seperti asas dan syarak seperti binaan, x akan bererti asaa  tanpa binaan dan x berfungsi binaan tanpa asas…

WASATIYAH DALAM IBADAT
dalam Islam setiap Muslim sentiasa berhubung dgn Tuhannya dgn melakukan ibadat solat 5 waktu setiap hari, sembahyang jumaat pd setiap minggu, berpuasa sebulan dlm setahun, dan mengerjakan haji seumur hidup sekali… Islam tidak menyuruh umatnya untuk menjadi ‘rahib’ dlm beribadat dgn meninggalkan kehidupan dunia…
terdapat kisah 3 org sahabat yg ingin melakukan ibadat sehingga meninggalkan hak2 jasmani seperti diriwayatkan oleh sahih al Bukhari… salah seorang darinya ingin menunaikan sembahyang sepanjang malam x mau tidur, seorang lg ingin terus berpuasa tanpa berhenti dan org yg ketiga x mau berkahwin…
mereka bertanya kpd saidatina Aishah mengenai ibadat nabi dan mereka mendapati ibadat nabi adalah kecil apabila dibandingkan dgn apa yg d perkatakan oleh mereka… lalu Rasulullah saw bersabda ; demi Allah, sesungguhnya aku lebih takut kpd Allah dan aku lebih takwa, tetapi aku juga berkahwin. Ini adalah sunnahku dan sesiapa yang tidak mengikut sunnahku dia bukan daripada kalangan aku.”
Nabi Muhammad saw menentang sikap ekstrem dlm beragama dan mengingkari sahabat2 yg berlebih2an dlm beribadat dan cara pakaian yg d anggap terkeluar dpd batas kesederhanaan yg d ajarkan oleh Islam…

WASATIYAH DALAM AKHLAK
Manusia d jadikan oleh Allah dgn unsur2 kebendaan dan kerohanian… manusia bukanlah seperti Malaikat dan dpr aspek yg lain ia bukanlah haiwan… manusia terdiri dpd jasad dan ruh… Allah swt berfirman dlm surah Qisas ayat 77 ; “dan carilah apa yang dianugerahkan oleh Allah kepadamu di akhirat dan janganlah kamu melupai bahagian kamu di dunia ini.”
Islam adalah wasatiyah antara org yg mengingkari kewujudan akhirat, mementingkan dunia dgn golongan yg menganggap dunia ini sebagai keburukan, mengharamkan segala kenikmatan dunia, mengasingkan diri dpd masyarakat dan x mau imarah (memakmurkan) kehidupan dunia dan akhirat amat perlu dlm kehidupan insan…
Di dunia ini setiap insan d kehendaki memakmurkan dunia ini dgn beribadat kpd Tuhan d samping menjalankan tugasnya sebagai khalifah fi ard… Islam juga menyuruhnya umatnya supaya sentiasa menikmati kesenangan dunia dlm keadaan sederhana…firman Allah dalam surah al Maidah ayat 87 bermaksud ;
“wahai org yg beriman, janganlah kamu haramkan apa2 yg baik yg Allah halalkan bg kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai org2 yg melampaui batas. Dan makanlah makanan yg halal lg baik dpd apa yg Allah rezekikan kpd kamu, dan bertakwalah kpd Allah yg kamu beriman kepadaNya.”

WASATIYAH DALAM PERUNDANGAN
Dalam sistem kekeluargaan, Islam adalah pertengahan antara golongan yg membenarkan poligami tanpa had bilangan, dgn golongan yg mengharamkannya. Islam membenarkan poligami dgn syarat ia mencukupi syarat adil, mempunyai nafkah dan tenaga… apabila d khuatiri x dapat berlaku adil, maka ia hendaklah berkahwin seorang jeeee….
Islam adalah wasatiyah berkenaan talak… dlm sesetengah agama yg lain, mereka x membenarkan talak walau atas apa alasan sekalipun… dlm syariat Islam, talak adalah jalan terakhir bg pasangan suami isteri apabila menghadapi  jalan buntu semasa menyelesaikan masalah rumah tangga… Islam menganggap talak  adalah seburuk2 parkara yg d halalkan d sisi Islam… so, Islam adalah agama yg sentiasa memberi ruang kpd umatnya supaya berinteraksi sesame mereka dgn mudah, bukan menyusahkan mereka…
Firman Allah swt dlm surah al Baqarah ayat 185 mengenai hukum puasa yg bermaksud ;Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu.”
Dlm ayat taharah, Allah swt berfirman dlm surah al Maidah ayat 6 bermaksud ;“Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmatNya bagi kamu supaya kamu bersyukur.
Dlm hukum mengenai perkahwinan, firman Allah swt dlm surah an Nisa’ ayat 27, bermaksud ; “Allah hendak memberi  keringanan kepada kamu dan manusia itu dijadikan bersifat lemah.”
Imam Bukhari melaporkan  Rasulullah saw pernah bersabda, dgn maksud, sebaik2 perkara dlm agama kamu adalah yg lebih meringankan.”  Tidak ada yg lebih baik dpd Rasulullah apabila memilih antara 2 perkara yg memudahkan dan menyenangkan, selagi x bercanggah dgn prinsip syariat… Apabila perkara itu benar2 jelas haram dan berdosa, maka baginda adalah org yg paling jauh menjauhi perkara itu
Org yg menjadi imam pd solat jemaah, hendaklah meringankan, iaitu jgn terlalu panjang sehingga membebankan makmum kerana mereka terdiri dpd org tua, kanak2, dan org sakit… Baginda apabila solat bersendirian akan mengammbil masa yg panjang tetapi apabila mengimani solat jemaah, baginda meringankan solat kerana menjaga kepentingan makmum2nya…
Bukhari meriwayatkan, Abu Mas’ud al Ansari melaporkan, pernah seorang lelaki berkata kpd Rasulullah saw ; “wahai Rasulullah! Sy ingin terus melewatkan solat Subuh kerana si fulan yg menjadi imam terlalu lama solatnya dgn kami.” Baginda kelihatan marah mendengarnya dan menurut Abu Mas’ud beliau x pernah melihat baginda semarah itu dan baginda pun bersabda yg bermaksud ; “wahai sekalian manusia! Sesungguhnya di kalangan kamu ada yg membuat org lari. Barang siapa menjadi imam solat berjemaah maka ringkaslah, kerana di belakangnya ada makmum yg lemah, tua dan yg memenuhi hajat.”
Al quran menyuruh umatnya sentiasa berbelanja dgn sederhana, x terlalu boros dan x pula terlalu bakhil… Islam menyuruh umatnya melakukan pekerjaan itu secara berterusan dan sederhana bukan secara banyak tetapi hanya sekadar waktu tertentu sahaja… org yg terlalu fanatic dlm perbuatan, perkataan, ibadat, dan pekerjaan sering kali terjerumus dlm kebinasaan…
Imam Ahmad, Nasa’I, Ibn Majah dan Hakim dgn sanad sahih meriwayatkan, dpd Suhail bin Hunaif berkata bahawa Rasulullah saw bersabda yg bermaksud ; “janganlah kamu terlalu keras pada diri kamu, sesungguhnya telah binasa umat sebelum kamu kerana terlalu keras pada diri mereka.”
Kite bersambung yee… penat menaip nih, prrooooooooooottt…
Sambungan topic ni nnt kite akan tau ciri2 org yg fanatic ni mcm mane… jenggg3 hahaha



10 April 2011

Perkara yg jd rutin ketika dahulu, tp da lama di tinggalkan


Panggilan ‘maaaak’ n ‘abaah’ d rumah dan d mana2 saje

Menyambung nyanyian oleh mak
Sikat rambut mak
Dan Buat tocang hahahaa
 lepak2 dgn mak
Cerita pasal kekasih gelap hahaha (mak tun suke dengar!)
bagi hadiah utk birthday dan hari ibu
Komen masakan mak
Tolong mak masukkan benang dlm jarum
Salam dan cium tangan mak (time nak salam je mak mesti tolak hidung tun hahaa, mak cakap hidung tggi konon kihh3)
Memohon maaf dan berterima kasih kpd mak
Tgk tv dgn mak
Makan keropok dan minum air gas dgn mak (rock wooo)
Urut tangan mak dan pijak2 belakang mak (tun ringan nau, mak x sakit pon hehehee mak cakap tun boleh jd bidan! Wha100)
Picit kepala mak
Kira duit syiling dgn mak (sekarang kumpul syiling sorang2, da macam toyol lak tibe2 gelak sorang2 teringat mak buat lawak hihi)
Pecahkan pinggan dan cawan kaca kesayangan mak (sekarang pinggan dan cawan kaca kesayangan d simpan dalam box)
Iron baju kurung dan tudung mak (nak p jalan, kenduri or raya, nama tun pasti naik! haha)
P pasar mlm dgn mak (pernah tun bawak moto mak kat belakang  weehhh, konon nak jd hero kat mak, nak buktikan tun pon terer bawak moto macam anak2 die yg lain walaupon kaki kurang sampai, asal nak jatuh je mak tahan dgn kaki hahahha, s.e.l.a.m.a.t)
Main teka teki dgn mak
Mak suruh halau kucing keluar bila waktu malam nak tido, kalau malas halau mak ugut nak buang kucing hahahaaa (elak kucing beyak dlm rumah, syg woooo kat kucing sbb tu kena halau jugak, sekarang ni je dorang bebas keluar masuk!)
Potong kuku abah sebelum p sembahyang jumaat
Cium pipi abah (manja dgn abah rapat dgn mak)
Cari uban dan kira berapa helai yg d cabut (dulu dapat upah coklat, da besar dapat upah macam2 hehee)
Tggu azan maghrib dan takbir raya suara syahdu dpd abah
Kecek duit abah nak beli aksesori pmpn hehhee (sekarang kena kumpul duit sendiri baru dapat hohohooooo)
Mintak izin abah nak keluar (dulu susah nau nak lepaskan tun p mane2, sekarang tun xtau nak mintak izin sape lg)
Jawab soalan agama dpd abah (cuak wehhh haha)
 duduk sebelah abah dan tadah tangan, abah bace doa lepas solat
Dapat kritikan dpd abah bila tun buat bising yg teramat (tun sorang je mampu riuhkan rumah heheee)
Cubitan d pipi tun bila ralit nau tgk tv (heheheee)
Senaraikan ape yg nak makan bile buka puasa nanti (xkisah la puasa ramadhan, ganti, dan sunat abah mesti beli)
Dapat pujian dpd abah bila pandai dlm sesuatu
Teguran dpd abah bila tun lewatkan solat
 Iron baju kerja abah
Urut kaki abah (abah cakap tun pandai mengurut kehhh3, kaki abah berurat2 dan keras, mesti banyak bekerja huhhuuu)
Picit kepala abah (sampai abah tertido)
Bagi ikan puyu abah makan (org Melaka panggil ikan betok)
Bile p pasar malam dgn abah, abah akan minta tun masukkan duit dlm tabung org buta, (kenapa abah x masukkan sendiri? Malu kot hehheehee)
Ambil air basuh tangan kat abah time makan
Basuh kasut abah (kena buli hahaha)
Sebenarnya Banyak lg perkara2 yg tun rasa da lameeeee x buat… hihi  yg paling penting tun xkan dan xpernah lupa, pesan mak bile tun d landa masalah2 kat sekolah, kolej dan d mana2 saja, mak mesti ckp “kenapa nak cari keredhaan manusia, carilah keredhaan Allah”
Pesanan terakhir dr abah pula, belajar, belajar, belajar sehingga ke liang lahad dan jgn cari pasal…. Yg syok tu, abah rilex je tgk buku rekod tun banyak merah dpd biru! Tp kalau bab2 mengaji, jgn main2 la weehhh… time ni memang garang! Hahaa…. Xde marah2 pon mcm ayah kawan tun, kire sampai kawan tun x mau tunjuk langsung kat ayah dia walhal ade sikit2 je merah, garang naauu ayah die hahaha…..
Dulu rajin dok perabeh duit contact mak abah, tp sekarang pon selaluuuu dok contact jgk… sebelum tido pon, kire sentiasa contact lah, bezanya x guna phone je….
Sape2 pon boleh contact, hehehee…. Di talian : a.l.f.a.t.i.h.a.h,
 nak ckp lebih lame : y.a.s.i.n
hadiah birthday : buat baik dgn kawan2 mak dan abah….

i really3 miss u

03 April 2011

bersabau weehhh!!

di tujukan khas buat pembaca2 blog tun yg setia cheewwaaaaaaaaahhh kahh3 (ida n d gengssssssssssss), tolongggg le besabaaauu hahahaa... banyak cite nih tp x banyak mase, bz dgn asgmnt, kelas, kenduri sane kenduri sini, layan anak buah, adik, kawan, musuh, kem, program, bicara kuasa, balik kampung, latihan silat, mid term, n bla bla blaaaaa wha100.... fuhhhhh bz mengalahkan c.m!! kpd ida, i knw u sayaaaaaaaaaang i, tp syg i x sayang u kahh3...



wink!