semoga berbahagia mendapat rahmat

limpah kurnia Tuhan yg Esa..........

25 June 2011

Menara orkid, 47-18-08...

Waahhh no. rumah macam misteri hahaa… macam blok 404, hahaha cite hantu… hesshhhh, melalut pulak… jp miza!! Ade x vaksin utk hilangkan ingatan hahaha… alaaa 2 tahun dah ni, tp terngiang2 lg la menara orkid… kihhh3… ehhh ape kabo ek penghuni2  471808?? Hihi,,, bukan xnak contact tp tp tp biarlah rahsia… wha3… cehh gedix pulak … proooottt… ramadhan da nak dekat, lg laaa buat org teringat2 sobbb3… hehee… ehhh sape kejut korang bangun sahur bulan puasa tahun lepas? Sape orang first bangun dulu? Sape yg mandi last? Korang tidur kat luar lg ke? Hahahaaa... sape tido sebelah ziqah? Waahhhh mesti sekarang da berubah… segala2nya da berubah… ntah2 korang da pindah rumah lain? Ajis cakap korang kene dok kat kampung baru? Ishhh xtau la… lame x contact… mesti bakal2 nurse 471808 semakin bz… ceehhh! Weehhh, jiran2 yg sound kite dulu da pindah ke, hahaahah
tun teringat ;
 daftar kat pusrawi (sekarang da lain kot) 1. 7. 2009 hari rabu bersama hamiza raus
 teringat bulan puasa sahur dan buka puasa same2, masing2 malas nak masak utk sahur hahaaa
teringat p smyg terawih bersama yana, miza, zati, ziqa, nisa, x lupe juga miza yg berkace mate tu… hahaaa… yg rajin smyg terawih sampai witir yana laa, waaahhh! Yana terbaik, tun witir awal hahaha
teringat p bazaar, ade 1 gerai tu “bang masuk bang, nasi kawah ade, nasi potpet potpet ade” kemain lg berniaga hahaa
teringat buka puasa kat wad
teringat la smyg jemaah same2, imam kite miza raus, yeeaahhh!! Hahaha
teringat bacaan quran, suare sayup yana n nisa dlm bilik kosong tu
teringat bace yasin ramai2
teringat cerita2 anak ikan dari nisa! Hahahaa
teringat masakan mak zati n yana! Hihihih, sgt sedap!
teringat soalan2 berkaitan exam dari miza
teringat ziqa yg rajin menyapu sambil membebel2 kat ema n miza n zati hahahaaa
teringat p rumah yana! Mak yana memang power memasak… hehee
teringat p rumah farah! Mak farah memang best!
teringat p rumah ika! Mak ika sgt sporting!
teringat p rumah aziz! Aziz yg poyooossss, ajak makan sekali xmau, pemalu konon hahaa… masakan mak aziz juga hebat!
teringat alarm zati ‘that’s why (u go away)’ hahaa
teringat p beli tiket balik kampung  dgn miza
teringat masak nasi goreng yg sangat sempoi hahahaa, xsedap pon telan jugak
teringat cerita n muka cuak atifah time rumah masuk perompak hahaahaa
teringat aziz datang menara orkid bg barang peah, aini adik aziz cute! Abg die weekkk muntah hijau hahah (gurau)
teringat balik melaka bersama miza pada malam raya, takbir raya kuar pulak syahdu betolll hahaaa
teringat kak selvi n kak kommati yg saaangat baik hati hehhee
teringat kak norlis yg ramah, kak syikin, kak lola, kak ape ek yg putih2 tu yg selalu dgn kak selvi (da lupe name hihi), akak yg muke mcm faizal tahir tu, kak dila, kak pe g ek, ingat muke x ingat name hahaha
teringat pn Roy,ustazah sharifah, miss Hida, lect psikologi n lect2 lain
teringat afifi, kak azie, nyimas Tania imaningseh (betol x ni eja name dak tania hahaa kemain panjang n unik), miza adnan, nana, atifah, farah, ika, kak lijah, ummi, sape lg ek, ishhhh xboleh nak ingat hahaa, haaaa syira, mimi, azie, nabilah, kak min, kak efi, farhana, ana, basyarul, mariano, sape lg name budak laki nih, aaaa aiman, mustaqim, fawwaz, fakri, zul, mat, naim dan lainn2 hahaha
teringat miza terpijak kucing hihihiih, boleh jd isu
teringat kat hospital pusrawi
teringat ambik report dari staff nurse (terpinga2 x paham hahaa)
teringat CI (clinical instructors) pn Ramlah, pn rosnah, pn safa dan lain2
teringat minggu exam, bangun awal pagi study dgn miza
teringat exam, paper AnP yg agak rumit hahaa
teringat tgk result yg hampeh, tp result final best hahahaaa
teringat ketidaksabaran utk pulang ke kampung, cuti seminggu…
teringat hari jumaat balik melaka bersama miza, miza turun alor gajah dulu tinggal tun sorang2, uwwaaa time ni cuak gile
teringat sampai sg udang malam, abah ambik kat simpang naik motor, muka abah sgt lain, hampir x kenal (mungkin petanda abah nak p, p utk selamanya)
teringat hari sabtu keluar dgn miza, fida n peah p sekolah kan kalau x silap
teringat malam tu balik kampung
teringat kat hospital n bla bla blaa….
Dari sini tun xpat nak sambung stdy lg, dan tun jauuuuuuuuh dari miza yana zati ziqa n nisa hehee… alaaa kat sini x sama situasi mcm kat menara orkid, xbest wha10000, biarpun kite x contact tp tun sentiasa ingat korang, kalau nak jumpa tu x payahlah, malu wha10000 nak send msj kat miza pon malu kihh3, gedix 2 memang gedix r kan, tp serius kekok! Hahaaa… so, biar la camni… prrooottt

Bengkung putih....

Heh heh hehhhh…. Baru join silat da naik putih, bese r org power kan wha1000… power x? power kan3 hahahaaa… xdelah, gurau jeee… tun sebenarnya nak ucapkan tahniah kpd budak2 silat gayong yg da berusaha keras (xdelah keras mane) utk naik putih… sepanjang tun belajar  silat nih bahagian yg paling hard r kan guling2 tuh, cissss, susah wehhhh, nak patah tengkok, tgk budak lain buat rilex je… tengkok besi agak er hahaha… jentik ulat lah, lepas tu tumbang walah lah, dan macam2 lah… hahaha
Antara aktiviti2 PSSGM kuim;
Perlimau tapak


Majlis penyampaian bengkung


Hari koku kuim




Kem silat d jeram toi








Kem silat d sungai udang hahhaaha

Tun sertakan sekali lirik lagu silat gayong boleh kite nyanyi same2 hahahaa….

Dengan Bismillah mula dikata,
Mengingatkan kebesaran Allah yang mulia,
Kerana wajib telah ternyata,
Segala perbuatan mahulah diserta.

Seni Gayong payung pusaka,
Naungan aneka hikmat mulia,
Rahsia tersimpan di purbakala,
Ilham menyusun zahir semula.

Lembaganya bersih nyawanya suci,
Bersatu kepada putera dan puteri,
Agama yang mulia junjunglah tinggi,
Belalah bangsa, adat dan negeri.

Gayong mencantum bersatu padu,
Mengingat junjungan empunya seru,
Sama sendiri bantu membantu,
Selamat sejahtera hajat dituju
.





06 June 2011

Kisah lawak pasal adik kihh3

Tersebutlah kisah sorang makcik ni kena histeria kihhh3…. Lawak3

Kalau nak d ikutkan kan adik sy tu badannya semangat, percakapannya, gayanya, perangainya ya Allah brutal weeehhh… kat sekolah budak2 hormat jugak la kat dia… kadang2 tu kakak2 die termasuk leee tun pon tako000tt dgn kegagahan die…. Hahahahahaa….
Mlm sebelum kejadian, adik ade krisis sikit dgn sape ntah, mengalami kekecewaan yg teruk, tibe2 esok tu tun dapat msj dpd kakak, “salam dikma, adik kena histeria”… hikkk3…
Da sampai rumah… Malam tu tun x terlepas jd wartawan jap tanye mcm2 dan bagaimana mula2 nak jadi tuh, mcm x percaya la kan jadi kat adik tun lak tuh, kire dia da rase la dan ade pengalaman kena histeria! Jenggg3 haahahah
Muqaddimmah adik kena histeria kan3 mase tu dalam kelas, adik da rase x sedap badan dah mase tu, tunduk je x focus dlm kelas, sebelum tu sempat main mate dgn cikgu jap hihihii… lepas tu tangan adik menggigil dan kebas… mase tu hari jumaat semua pelajar kena bawa Yasin… adik keluarkan Yasin dalam beg letak bawah meja… tiba2 nak menangis pula, lepas tu makin kuat lepas tu x sedar dah hahahaa….
Pertengahan, kakak da sampai sekolah bawak adik balik dok rumah jiran sebab rumah kami memang xde orang, isshh3… haaa! Mase ni adik separuh sedar  tau, dia cerita kat kitorang (tun dan kakak je) ade benda berbisik kat dia mase tu heh heh hehh,
sesi pertama
 “huhhh, ko tengok manusia bodoh tu (nak tau kenapa sitan cakap manusia bodoh? Send msj kat fb ye, nak cakap kat sini umum sgt) kihhh3
Sesi kedua
Adik bangun nak p tempat lain, pastu kakak cakap “ko nak p mane ha!”
“aku nak p mati”
“ko nak mati ko je la, jgn bawak adik aku!”
“huhh hahaa, ko sayang adik ko ke”
“aku sayang ke aku x sayang ke tu bukan urusan ko!”
“hahaa ko sayang adik ko ke”
“ko jangan nak ambik kesempatan eh!!”
Terdiam jin tesebut (speechless) wha3, takot dgn amukan kakak, pergghhhh… lepas tu dia duduk  sammbil goyang2kan badan… ayah imam pon datang baru balik dpd sembahyang jumaat, berubat dgn ayah imam… eeee dgr cite dpd dorang proses nak keluarkan jin tu sangat ngeriiii hahahaha…
Pengakhiran
Ok dah, jin da keluar, lepas tu kakak tanye nak makan ape, kfc? mcd?, adik cakap nak pizza… cissss demand! Hahahahaha
Huhhhh budak kena histeria yg mengada2 hahaha

1 badan adik sakit2, yg tragis tu mase kena histeria, ade cikgu dia p duduk kat tempat patah, addooiii sat g p jumpa imam nak keluarkan jin pastu p jumpa doctor sekali betulkan tulang hahahahaa…
Gimik je, penampo kang hahahaaa

Adik sy ni agak sengal sikit, 3 hari x p sekolah, esok tu dia kena lg tp x teruk sgt, tun dgn abg ipar lak kena p sekolah ambik dia hahahaaa… lusa, dia nak p sekolah jugak sebab exam pertengahan nak dekat dah, org ckp jgn p, degil! Huhhh… alhmdulillah xde pape… tp dok mengusik orang pulak, sengal kan, dia cite kat tun d iringi gelak besar! Huhhh… dia cite konon buat2 la mcm nak kena histeria lg, budak2 kelas da cuak, pakat dok bace ayat kursi ramai2 ni, “bismillahirrahmanirrahim… Allahulaa ilaha illah” pastu dia ketuk meja, pommmm habis lari semua budak perempuan dan lelaki pon! Hahahaa
adik ramai kawan dgn org iban, adoiii Kalau dia marah kat tun keluar r bahasa iban dia tuhh hahaa…
t-a-m-a-t

mari kite mengenal  ALAM JIN.. hihi
Alam jin adalah sebahagian dpd rukun iman iaitu beriman kpd perkara ghaib dan wajib d imani oleh setiap muslim…menurut Muhammad Asad d dlm buku ‘the message of the holy Quran’, perkataan jin berasal dpd kata akar ‘janna’ yg bermaksud tersembunyi, terselindung atau d selubungi kegelapan… jin adalah makhluk yg secara haknya adalah terselindung dpd pancaindera manusia…
Ahmed Hulusi menjelaskan, “jin boleh menghantar isyarat kepada otak dan mempengaruhinya dgn pelbagai idea… ia juga boleh memanipulasi fakulti imaginative manusia sehingga memberi gambaran perkara yg tidak wujud seolah2 ianya benar2 wujud… dgn itu jin menimbulkan ketakutan dan keresahan dalam minda…”
Manakala syaitan pula adalah setiap yg derhaka daripada golongan jin dan manusia… tidak semua syaitan adalah jin kerana ada juga syaitan daripada golongan manusia… firman Allah ;
dan demikianlah Kami jadikan bagi  tiap-tiap Nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.” (surah al An’am: ayat 12)
NAMA2 JIN
Menurut  Ibnu Abdil Bar, perkataan ‘jin’ berdasarkan kajian ahli kalam dan ilmu bahasa Arab memiliki beberapa tingkatan, antaranya ;
·         JIN : Golongan jin yg sebenar
·         SYAITAN : Golongan jin yg membuat kerosakan serta maksiat
·         MAARID : Golongan jin  yg lebih teruk dpd Ifrit
·         IFRIT : Golongan jin yg lebih teruk dpd Maarid
·         AMMAR atau AWAMIR : Jin yg tinggal bersama manusia
·         UMMUL SYIBYAN : Jin yg sering menganggu anak kecil
·         AL-HIN : Jin berbentuk anjing dan yg palin rendah tarafnya
·         NISBI atau NASIBIN : Sebaik2 jin

HAKIKAT KEJADIAN JIN
Kemampuan jin
1.       Cepat bergerak dan berpindah
Sila rujuk surah an Naml : ayat 39
2.       Terbang
Sila rujuk surah al Jin : ayat 8-9
3.       Memiliki ilmu arkitek (pembinaan)
Sila rujuk surah Saba : ayat 13-14
4.       Berubah bentuk
Sila rujuk surah al Anfal : ayat 48

Waktu syaitan keluar
Jabir r.a berkata, Rasulullah saw bersabda ;
apabila malam menjelang, tahanlah anak-anak kalian kerana syaitan berterbangan pada ketika itu… apabila malam sudah gelap, lepaskanlah mereka dan tutuplah pintu serta sebutlah nama Allah… kerana syaitan tidak membuka pintu yg tertutup, ikatlah (tutuplah) tempat-tempat air dan sebutlah nama Allah, tutuplah bekas-bekas kalian dan sebutlah nama Allah sekalipun dengan meletakkan sesuatu (seperti lidi) d atasnya dan padamkanlah lampu-lampu kalian.” (d laporkan oleh Bukhari dan Muslim)
Jin mempunyai keturunan
Sila rujuk surah al Kahfi : ayat 50
Tempat tinggal jin
·         Jin sudah tinggal d bumi sebelum adanya manusia
·         Jin dan syaitan tggl d kubur dan tempat pembuangan sampah
·         Jin juga mengutamakan tempat-tempat sunyi dpd manusia sprit padang pasir, hutan, lautan, rumah kosong dan sebagainya
·         Tinggal d tempat2 kotor dan tempat sampah kerana mereka memakan sisa2 makanan manusia
·         Tinggal d dalam tandas (oleh itu kite perlu berdoa sebelum masuk tandas hihi)
·         Jin tinggal dalam lubang

Rasulullah saw bersabda ; sudah dating kepadaku perutusan jin Nisbi (sebaik2 jin), kemudian mereka meminta kepadaku bekal makanan, lalu aku berdoa kpd Allah swt untuk mereka agar dlm setiap kotoran tulang dan kotoran binatang yg mereka temukan kiranya, mereka boleh mendapatkan makanan.” (oleh Bukhari)
Dpd Abdullah bin Umar, Rasulullah saw bersabda ; “apabila salah seorang dpd kamu makan, ia perlu makan dgn tangan kanannya… dan apabila minum, perlu minum dgn tangan kanannya… kerana sesungguhnya syaitan akan makan dan minum dgn tangan kirinya.” (oleh Muslim)
HUBUNGAN  JIN DAN MANUSIA
Taraf jin lebih rendah dpd manusia
Firman Allah ; dan sesungguhnya Kami memuliakan anak-anak Adam, Kami angkat mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari rezeki yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.” (surah al Isra: ayat 70)
Jin takut kepada manusia
Menurut Mujahid; “sesungguhnya mereka (jin) takut kepada kalian, sebagaimana kalian juga takut kepada mereka.”
“syaitan lebih takut dpd salah seorang dpd kalian… kerana itu jika dia menampakkan diri kpd kalian, janganlah kalian takut (dia) akan mengalahkan kalian…tetapi bersikap keraslah kepadanya kerana dia akan pergi.”
Jin dengki kepada manusia
dari Ummu Salamah bahawa Nabi saw pernah melihat d rumahnya seorang anak wanita yg pada wajahnya ada gangguan mata, lalu Nabi aw berkata ; “bacalah ruqyah untuknya kerana dia terkena gangguan mata.” (oleh Bukhari dan Muslim)
jin dapat menyakiti manusia
jin dapat masuk ke dalam tubuh manusia
Rasulullah saw bersabda; sesungguhnya syaitan masuk ke dalam tubuh manusia melalui aliran darah.” (oleh Bukhari)
Cara mengusir syaitan dan membentengi diri dpd gangguan yg d syariatkan oleh Islam, hadis Rasulullah saw ;
sesungguhnya syaitan akan pergi dan lari dari rumah yang di dalamnya dibacakan surah al Baqarah.”
Dlm hadis lain Rasulullah saw menjelaskan;
“apabila kamu hendak tidur di perbaringan, bacalah ayat Kursi hingga selesai, kerana Allah sentiasa menjagamu dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.” (oleh Bukhari dpd Abu Hurairah)
*Tidak ada 1 pun ayat al Quran dan hadis Rasulullah yg menjelaskan syaitan takut kepada azimat, tangkal, isim, wafak, rajah dan benda2 pusaka dan yg sejenisnya… Rasulullah saw menegaskan;
sesiapa yang memakai (menggantungkan ) azimat, maka ia syirik.” (oleh Ahmad)
Haaaa! Manusia biasa tidak boleh jin, imam Syafie menjelaskan ;
“barangsiapa yg mengaku dapat melihat jin maka syahadah  (persakiannya) tidak dapat d terima kecuali dia seorang nabi.”
Ibnu Hajar al Asqalani dlm kitabnya Fathul Baari;
“sesungguhnya syaitan dapat menampakkan diri dan melakukan penyerupaan yg dapat d lihat wujudnya dan tidak dapat d lihat dlm bentuk aslinya.”
Sumber rujukan = buku jampi jelmaan al Quran dan hadis, membongkar rahsia alam jin dan sihir oleh Malik Faisal

PERJALANAN MANUSIA DAN LIKU2 HARI AKHIRAT…..

Okehhh,, mula2 kita d DUNIA
Firman Allah ; “adakah kamu lebih redha dengan kehidupan dunia dari kehidupan akhirat? Tidaklah kehidupan dunia melainkan kesenangan yang sedikit jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat.” (surah at Taubah ayat 38)

d alam KUBUR
d sinilah kita semua selepas mati…
Sabda Nabi saw ; “apabila seorang mukmin diletakkan dalam kuburnya, datanglah (malaikat2) kepadanya lalu dia mengucap……..” (diriwayatkan oleh Bukhari)

TIUPAN SANGKAKALA oleh malaikat Israfil
Semua org iaitu org mukmin dan juga org kafir akan mati…
Firman Allah ; “dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (keputusannya masing-masing).” (surah az Zumar ayat 68)

Seterusnya org mukmin dan org kafir DIHIDUPKAN SEMULA
Sabda Nabi saw ; “dibangkitkan setiap hamba (manusia) mengikut sebab kematian masing2.” (diriwayatkan oleh Muslim)

Selepas tu, org mukmin dan org kafir akan dikumpulkan di AL HASHAR  الحشر
Firman Allah ; “pada hari bumi diganti dengan bumi yang lain dan langit-langit begitu juga, dan mereka datang di hadapan Allah yang Maha Perkasa.” (surah Ibrahim ayat 48)

Bagi org mukmin akan mendapat SYAFA’AT
Firman Allah ; “dan tidak member syafaat itu melainkan daripada orang yang diredhai sahaja.” (surah al Anbiya’ ayat 28)
 manakala org kafir terus ke sesi

PENYERAHAN KITAB
Firman Allah ; “dan siapa yang diberikan kepadanya kitab di sebelah tangan kanannya maka dia akan dihisab dengan mudah dan dia akan kembali kepada kaum keluarganya dengan keadaan gembira……….”(surah al Insyiqaq ayat 7-12)

Org mukmin dan org kafir akan d HISAB
Firman Allah ; “sesungguhnya kepada Kami mereka kembali. Kemudian itu urusan Kami memeriksa mereka.” (surah al Ghasyiah ayat 25-26)

Seterusnya org mukmin dan org kafir ke TIMBANGAN AL MIZAN
Firman Allah ; “dan pada hari Kiamat Kami letakkan timbangan yang betul sehinggakan satu diri pun tidak akan rugi walau sedikit sekalipun.” (surah al Anbiya’ ayat 47)

Lepas tu org mukmin ke TELAGA (AL HAUDH)
Sabda Baginda saw ; “sesungguhnya pada tiap-tiap nabi ada telaga dan mereka berharap siapa paling banyak pengikut yang meminumnya.” (diriwayatkan oleh at Termizi)
Org kafir terus ke neraka
Org mukmin dan org munafik terus ke UJIAN KEIMANAN MANUSIA
Firman Allah ; “dihari dibukakan betis dan diarahkan sujud tetapi mereka tidak mampu.” (surah al Qalam ayat 42)

Org mukmin akan melalui TITIAN AS SIRAT
Firman Allah ; “sesungguhnya tidak seorang pun di antara kamu yang tidak melaluinya.” (surah Maryam ayat 71)
Org munafik terus ke NERAKA
Firman Allah ; “pada hari ketika orang-orang munafik lelaki dan perempuan berkata kepada orang yang beriman, ‘tunggulah kami supaya kami dapat mengambil sebahagian dari cahayamu” (surah al Hadid ayat 13)

Org mukmin akan ke AL QANTHORAH (TEMPAT MEMBALAS HUKUMAN)
Dari Abi Sa’ed al Khudri telah berkata, Rasulullah saw telah bersabda ; “apabila orang-orang mukmin terselamat dari neraka maka mereka ditahan di satu tempat namanya al Qanthorah di antara syurga dan neraka. Maka diqisas (dibalas sebagaimana diperlakukan di dunia seperti tumbuk balas tumbuk) di antara mereka beberapa kezaliman sewaktu di dunia……” (diriwayatkan oleh Bukhari)

Akhir sekali org mukmin ke SYURGA, kehidupan kita yang selamanya dan kekal…
Firman Allah ; “ dan adapun orang-orang yang diselamatkan, tempatnya di dalam syurga, mereka tetap di situ selama ada langit dan bumi, melainkan menurut kehendak Tuhanmu. Pemberian yang tiada putus-putusnya.”