semoga berbahagia mendapat rahmat

limpah kurnia Tuhan yg Esa..........

06 June 2011

Kisah lawak pasal adik kihh3

Tersebutlah kisah sorang makcik ni kena histeria kihhh3…. Lawak3

Kalau nak d ikutkan kan adik sy tu badannya semangat, percakapannya, gayanya, perangainya ya Allah brutal weeehhh… kat sekolah budak2 hormat jugak la kat dia… kadang2 tu kakak2 die termasuk leee tun pon tako000tt dgn kegagahan die…. Hahahahahaa….
Mlm sebelum kejadian, adik ade krisis sikit dgn sape ntah, mengalami kekecewaan yg teruk, tibe2 esok tu tun dapat msj dpd kakak, “salam dikma, adik kena histeria”… hikkk3…
Da sampai rumah… Malam tu tun x terlepas jd wartawan jap tanye mcm2 dan bagaimana mula2 nak jadi tuh, mcm x percaya la kan jadi kat adik tun lak tuh, kire dia da rase la dan ade pengalaman kena histeria! Jenggg3 haahahah
Muqaddimmah adik kena histeria kan3 mase tu dalam kelas, adik da rase x sedap badan dah mase tu, tunduk je x focus dlm kelas, sebelum tu sempat main mate dgn cikgu jap hihihii… lepas tu tangan adik menggigil dan kebas… mase tu hari jumaat semua pelajar kena bawa Yasin… adik keluarkan Yasin dalam beg letak bawah meja… tiba2 nak menangis pula, lepas tu makin kuat lepas tu x sedar dah hahahaa….
Pertengahan, kakak da sampai sekolah bawak adik balik dok rumah jiran sebab rumah kami memang xde orang, isshh3… haaa! Mase ni adik separuh sedar  tau, dia cerita kat kitorang (tun dan kakak je) ade benda berbisik kat dia mase tu heh heh hehh,
sesi pertama
 “huhhh, ko tengok manusia bodoh tu (nak tau kenapa sitan cakap manusia bodoh? Send msj kat fb ye, nak cakap kat sini umum sgt) kihhh3
Sesi kedua
Adik bangun nak p tempat lain, pastu kakak cakap “ko nak p mane ha!”
“aku nak p mati”
“ko nak mati ko je la, jgn bawak adik aku!”
“huhh hahaa, ko sayang adik ko ke”
“aku sayang ke aku x sayang ke tu bukan urusan ko!”
“hahaa ko sayang adik ko ke”
“ko jangan nak ambik kesempatan eh!!”
Terdiam jin tesebut (speechless) wha3, takot dgn amukan kakak, pergghhhh… lepas tu dia duduk  sammbil goyang2kan badan… ayah imam pon datang baru balik dpd sembahyang jumaat, berubat dgn ayah imam… eeee dgr cite dpd dorang proses nak keluarkan jin tu sangat ngeriiii hahahaha…
Pengakhiran
Ok dah, jin da keluar, lepas tu kakak tanye nak makan ape, kfc? mcd?, adik cakap nak pizza… cissss demand! Hahahahaha
Huhhhh budak kena histeria yg mengada2 hahaha

1 badan adik sakit2, yg tragis tu mase kena histeria, ade cikgu dia p duduk kat tempat patah, addooiii sat g p jumpa imam nak keluarkan jin pastu p jumpa doctor sekali betulkan tulang hahahahaa…
Gimik je, penampo kang hahahaaa

Adik sy ni agak sengal sikit, 3 hari x p sekolah, esok tu dia kena lg tp x teruk sgt, tun dgn abg ipar lak kena p sekolah ambik dia hahahaaa… lusa, dia nak p sekolah jugak sebab exam pertengahan nak dekat dah, org ckp jgn p, degil! Huhhh… alhmdulillah xde pape… tp dok mengusik orang pulak, sengal kan, dia cite kat tun d iringi gelak besar! Huhhh… dia cite konon buat2 la mcm nak kena histeria lg, budak2 kelas da cuak, pakat dok bace ayat kursi ramai2 ni, “bismillahirrahmanirrahim… Allahulaa ilaha illah” pastu dia ketuk meja, pommmm habis lari semua budak perempuan dan lelaki pon! Hahahaa
adik ramai kawan dgn org iban, adoiii Kalau dia marah kat tun keluar r bahasa iban dia tuhh hahaa…
t-a-m-a-t

mari kite mengenal  ALAM JIN.. hihi
Alam jin adalah sebahagian dpd rukun iman iaitu beriman kpd perkara ghaib dan wajib d imani oleh setiap muslim…menurut Muhammad Asad d dlm buku ‘the message of the holy Quran’, perkataan jin berasal dpd kata akar ‘janna’ yg bermaksud tersembunyi, terselindung atau d selubungi kegelapan… jin adalah makhluk yg secara haknya adalah terselindung dpd pancaindera manusia…
Ahmed Hulusi menjelaskan, “jin boleh menghantar isyarat kepada otak dan mempengaruhinya dgn pelbagai idea… ia juga boleh memanipulasi fakulti imaginative manusia sehingga memberi gambaran perkara yg tidak wujud seolah2 ianya benar2 wujud… dgn itu jin menimbulkan ketakutan dan keresahan dalam minda…”
Manakala syaitan pula adalah setiap yg derhaka daripada golongan jin dan manusia… tidak semua syaitan adalah jin kerana ada juga syaitan daripada golongan manusia… firman Allah ;
dan demikianlah Kami jadikan bagi  tiap-tiap Nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.” (surah al An’am: ayat 12)
NAMA2 JIN
Menurut  Ibnu Abdil Bar, perkataan ‘jin’ berdasarkan kajian ahli kalam dan ilmu bahasa Arab memiliki beberapa tingkatan, antaranya ;
·         JIN : Golongan jin yg sebenar
·         SYAITAN : Golongan jin yg membuat kerosakan serta maksiat
·         MAARID : Golongan jin  yg lebih teruk dpd Ifrit
·         IFRIT : Golongan jin yg lebih teruk dpd Maarid
·         AMMAR atau AWAMIR : Jin yg tinggal bersama manusia
·         UMMUL SYIBYAN : Jin yg sering menganggu anak kecil
·         AL-HIN : Jin berbentuk anjing dan yg palin rendah tarafnya
·         NISBI atau NASIBIN : Sebaik2 jin

HAKIKAT KEJADIAN JIN
Kemampuan jin
1.       Cepat bergerak dan berpindah
Sila rujuk surah an Naml : ayat 39
2.       Terbang
Sila rujuk surah al Jin : ayat 8-9
3.       Memiliki ilmu arkitek (pembinaan)
Sila rujuk surah Saba : ayat 13-14
4.       Berubah bentuk
Sila rujuk surah al Anfal : ayat 48

Waktu syaitan keluar
Jabir r.a berkata, Rasulullah saw bersabda ;
apabila malam menjelang, tahanlah anak-anak kalian kerana syaitan berterbangan pada ketika itu… apabila malam sudah gelap, lepaskanlah mereka dan tutuplah pintu serta sebutlah nama Allah… kerana syaitan tidak membuka pintu yg tertutup, ikatlah (tutuplah) tempat-tempat air dan sebutlah nama Allah, tutuplah bekas-bekas kalian dan sebutlah nama Allah sekalipun dengan meletakkan sesuatu (seperti lidi) d atasnya dan padamkanlah lampu-lampu kalian.” (d laporkan oleh Bukhari dan Muslim)
Jin mempunyai keturunan
Sila rujuk surah al Kahfi : ayat 50
Tempat tinggal jin
·         Jin sudah tinggal d bumi sebelum adanya manusia
·         Jin dan syaitan tggl d kubur dan tempat pembuangan sampah
·         Jin juga mengutamakan tempat-tempat sunyi dpd manusia sprit padang pasir, hutan, lautan, rumah kosong dan sebagainya
·         Tinggal d tempat2 kotor dan tempat sampah kerana mereka memakan sisa2 makanan manusia
·         Tinggal d dalam tandas (oleh itu kite perlu berdoa sebelum masuk tandas hihi)
·         Jin tinggal dalam lubang

Rasulullah saw bersabda ; sudah dating kepadaku perutusan jin Nisbi (sebaik2 jin), kemudian mereka meminta kepadaku bekal makanan, lalu aku berdoa kpd Allah swt untuk mereka agar dlm setiap kotoran tulang dan kotoran binatang yg mereka temukan kiranya, mereka boleh mendapatkan makanan.” (oleh Bukhari)
Dpd Abdullah bin Umar, Rasulullah saw bersabda ; “apabila salah seorang dpd kamu makan, ia perlu makan dgn tangan kanannya… dan apabila minum, perlu minum dgn tangan kanannya… kerana sesungguhnya syaitan akan makan dan minum dgn tangan kirinya.” (oleh Muslim)
HUBUNGAN  JIN DAN MANUSIA
Taraf jin lebih rendah dpd manusia
Firman Allah ; dan sesungguhnya Kami memuliakan anak-anak Adam, Kami angkat mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari rezeki yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.” (surah al Isra: ayat 70)
Jin takut kepada manusia
Menurut Mujahid; “sesungguhnya mereka (jin) takut kepada kalian, sebagaimana kalian juga takut kepada mereka.”
“syaitan lebih takut dpd salah seorang dpd kalian… kerana itu jika dia menampakkan diri kpd kalian, janganlah kalian takut (dia) akan mengalahkan kalian…tetapi bersikap keraslah kepadanya kerana dia akan pergi.”
Jin dengki kepada manusia
dari Ummu Salamah bahawa Nabi saw pernah melihat d rumahnya seorang anak wanita yg pada wajahnya ada gangguan mata, lalu Nabi aw berkata ; “bacalah ruqyah untuknya kerana dia terkena gangguan mata.” (oleh Bukhari dan Muslim)
jin dapat menyakiti manusia
jin dapat masuk ke dalam tubuh manusia
Rasulullah saw bersabda; sesungguhnya syaitan masuk ke dalam tubuh manusia melalui aliran darah.” (oleh Bukhari)
Cara mengusir syaitan dan membentengi diri dpd gangguan yg d syariatkan oleh Islam, hadis Rasulullah saw ;
sesungguhnya syaitan akan pergi dan lari dari rumah yang di dalamnya dibacakan surah al Baqarah.”
Dlm hadis lain Rasulullah saw menjelaskan;
“apabila kamu hendak tidur di perbaringan, bacalah ayat Kursi hingga selesai, kerana Allah sentiasa menjagamu dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.” (oleh Bukhari dpd Abu Hurairah)
*Tidak ada 1 pun ayat al Quran dan hadis Rasulullah yg menjelaskan syaitan takut kepada azimat, tangkal, isim, wafak, rajah dan benda2 pusaka dan yg sejenisnya… Rasulullah saw menegaskan;
sesiapa yang memakai (menggantungkan ) azimat, maka ia syirik.” (oleh Ahmad)
Haaaa! Manusia biasa tidak boleh jin, imam Syafie menjelaskan ;
“barangsiapa yg mengaku dapat melihat jin maka syahadah  (persakiannya) tidak dapat d terima kecuali dia seorang nabi.”
Ibnu Hajar al Asqalani dlm kitabnya Fathul Baari;
“sesungguhnya syaitan dapat menampakkan diri dan melakukan penyerupaan yg dapat d lihat wujudnya dan tidak dapat d lihat dlm bentuk aslinya.”
Sumber rujukan = buku jampi jelmaan al Quran dan hadis, membongkar rahsia alam jin dan sihir oleh Malik Faisal

No comments: