semoga berbahagia mendapat rahmat

limpah kurnia Tuhan yg Esa..........

31 July 2011

selamat tinggal...

kawan tun da meninggal semalam, pukul 10 mlm... sgt sedih... ehhh ema! stop3 jgn menangis.... kali terakhir jumpe tahun lepas dgn budak2 ni... time ni fatin kurang sihat tp still kuat... heheee.. saayang fatin.... nnt aku n lain2 nak hadiah banyak2 fatihah utk ko hehehee... kitorang pasti akan menyusul nnt... jumpe kat sane... =(((

buat sahabatku fatin fasihah bte hanafi

selamat jalan teman....

selamat bertemu dgn Penciptamu....

sesungguhnya dpd Allah kita datang, kpdNya kita kembali....

semoga rohmu dicucuri rahmat, diampuni segala dosa, dan ditempatkan bersama golongan beriman....



ramadhan tanpa mak dan abah uwwaaaa

hai org2 bertaqwa dan beriman!! bagaimana iman anda hari ni? selalulah perbaiki iman dgn berzikir, bertaubat dan lain2... Allah suka kan hambanya yg bile buat salah, dia tersedar dan cepat2 bertaubat... jgn tangguh2 utk bertaubat takot x sempat.. jd sentiasalah memperbaharui taubat.. wink!!!

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

hmmmm da nak masuk bulan ramadhan pon... jap lak ai mase berlalu! hehee... ramadhan tahun ni adalah ramadhan yg kali ke dua tanpa mak dgn abah... uuwaaaaaaaaaaaaaa sgt x syok.... sobbb3... tahun ni sambut ramadhan kat perak (kmpg abang ipar), esok kena bangun awal utk sahur dgn family2 belah abg ipar, sgt meriah... meriah sebab ade keluarga yg besar, ramai anak2 buah dan yg paling best ade mak dan ayah heheeeeeeee...

emmmmm... sgt best, pelbagai hidangan yg sedap2 dan macam2! huhhhh... sampai keliru nak makan yg mane 1 dulu hahaa.... yg nak jadi sebak tu bila teringat mak dan abah kat sana da makan ke belum, dorang makan ape kat sane, tiba2 jadi tak lalu nak makan... tak boleh nak telan yela kitorang kat sini syok2, depa kat sana kite xtau...


okeh cite habes tp belum berakhir.....

kepada sesiapa yg mengenali fatin fasihah hanafi, mahasiswi perubatan Cairo Uni. tahun 2 yg sedang kritikal di wad CCU or bg yg x kenal pon, jom la hadiahkan fatihah dan yasin utk beliau.... kalau dulu die dgr berita sedih pasal tun, sekarang tun pulak dgr berita sedih pasal die... ya Rahman ya Rahim, Jika rasa sakit yang Engkau timpakan kepadanya, aku mohon Engkau kurangkan itu, andaikata kesihatan aku yg agak rapuh ni dapat di berikan kpd dia, inginku berikan semuanya.. Jika kegelisahan yang sedang Engkau ujikan, aku mohon teguhkanlah hatinya... ya Allah, sekiranya kehidupan d sana (akhirat) lebih baik utk fatin, Kau jemputlah die dgn mudah, senang dan setenang2nya (tenang dari tangisan saya, sahabat2, keluarga dan guru serta yg lain2)... aminn...

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

06 July 2011

huhhh.....

like everybody else, I am not perfect… there are many things wrong with me.. the first thing wrong with me is my brutal personality hahaaa…. Another fault of mine is emotional… one more thing for which I am hated is every minute potpet potpet…hihihih…
Rasenya da lame x update blog nih, cehhh hahaa.. bukan ape, xde bende nak cite… haaa la ni baru ada! Nak cite pasal seorang guru yg paaaaaling tun gemari… keehh3…  cara penyampaian ilmu beliau yg sangat jelas dan berkesan d hati… memang menarik lah! Hahaha… rasenya kalau korang jumpe dgn guru tun ni kompem korang pon terpesona dgn peribadinya yg sangat baik nih! Heheheee… hmmmm da lame x nampak beliau, xtau la still lg mengajar kat tempat lame ke x, ade gambar je sobb3… hihii, tapi x pe, org berpengaruh ckp ‘biau jauh d mata dekat d hati’ ekkk hahaaa… walau ape pon, doa tun utk beliau dan guru2 lain x pernah luput… kihh3… siapa beliau?? X perlulah bgtau kat sini, nnt x syok pula.. hhahaaa… antara sifat2 beliau ade d sebut oleh imam Ghazali
Tugas dan kewajipan guru mengikut pandangan imam al Ghazali
1.       Guru perlulah ikhlas bekerja kerana Allah swt, tidak boleh hanya mengharapkan upah pembalasan dan ucapan terima kasih daripada tugas…
Imam Ghazali ada berkata, “wajib membetulkan niat murid2, maka wajib juga membetulkan niat guru, bahkan itu lebih penting kerana ibadat mengajar lebih mulia daripada ibadat belajar.”
2.       Guru mesti mempunyai belas kasihan kepada pelajar2nya…
3.       Guru hendaklah menasihati para pelajarnya tentang cara2 belajar….
4.       Guru perlu menjaga maruah dan imej pelajar dari segi psikologi…
5.       Guru yang mengkhusus dalam bidang tertentu tidak boleh memperkecilkan bidang2 ilmu yang lain…
6.       Guru perlulah mengajar mengikut kesesuaian tahap kemampuan akal pemikiran pelajarnya…
7.       Guru perlu mengajar dengan jelas kepada pelajar yang lambat memahami sesuatu perkara…
8.       Guru perlulah mengamalkan apa yang diajar…
Beliau juga seorang yg lemah lembut! Hehehe
Rasulullah saw bersabda ; “sesungguhnya Allah maha lemah lembut dan mencintai kelembutan. Dia memberikan pada lemah lembut apa yang tidak Dia berikan pada kekerasan.”
“barangsiapa terhalang untuk mendapat sifat lemah lembut maka ia terhalang dari semua kebaikan.” (riwayat imam muslim)
Tapi kan………… Ade guru x menggunakan bahasa yg baik ketika menyoal pelajarnya sehinggakan pelajarnya  berkecil hati dgn gurunya.. ade juga guru pandai bercerita mggunakan contoh2 sensitif dan menyinggung perasaan pelajar yg mendgr, pelajar2 juga mungkin gelak dgn lawak guru tersebut d dlm kelas, tp seorang pelajar sedang menangis d dlm hatinya kerana gurunya x berakhlak time bergurau sebab menggunakannya sebagai bahan gurauannya sehinggakan rakan2nya yg lain tertawa…
Guru camni emmmmmmmmm sangat mengecewakan, tp xpelah, kite same2 doakan semoga Allah buka pintu hatinya hehehehe…
Pada pandangan tun la kan, ade guru yg x adil woooo… membeza2kan pelajar, isshhhh, x syok la camni,
“jangan bersedih jika manusia silap menilai kita, sbb salah satu sifat kekurangan manusia ialah bersikap KURANG ADIL… hanya ALLAH yg adil dlm membuat penilaian..”
Guru2 haruslah tau ade pelajar ni kurang kecerdasannya, x semua pelajar teror kihh3… antara faktor2 penyebab kurangnya tahap kecerdasan pelajar;
·         Warisan keturunan ibu bapa
·         Kelahiran tidak normal
·         Kecederaan otak kerana penyakit atau akibat kemalangan
·         Kekurangan makanan berzat
Guru2 sekalian, janganlah sesekali menganggap semua pelajar adalah sama dari segi tahap kecerdasannya… hihihh… ade pelajar yg cepat belajar, ade yg sederhana, dan ade juga yg sgt lambat menerima apa yg d sampaikan…  haaa ade juga yg cepat mengingat, lambat mengingat dan sgt mudah lupa… imam Ghazali mengatakan ;
 “guru perlu membatasi murid dengan kecerdasan pemahaman mereka.. oleh itu dia tidak boleh menyampaikan ilmu di mana tidak boleh dicapai oleh kemampuan minda murid.. jika sebaliknya, ia akan mengakibatkan murid menjauhinya dan kemorosotan daya fikir..”
Ok Kalau ade murid yg suka belajar tp suka ponteng kelas 1 subjek tu, salah sape?? Kihhh3…
Ade juga guru yg suka menggunakan ‘kemarahan’ bg mencapai ape yg d kehendaki… suka naaauu marah x molek lah gitu hahaaha… lenyap lah ‘kecantikan’ guru tersebut…
Guru adalah lambang kasih syg.. ketegasan seorang guru x bermakna guru x boleh menunjukkan kasih syg kpd pelajarnya.. seorang guru yg tegas time mengajar dan saaaangat digeruni pelajarnya, ttpi dikasihi pelajarnya hanya kerana sentuhan kasih syg gurunya itu melalui sentuhan fizikal pd pelajarnya.. jom guru! Mai la sentuh pelajarmu dgn  sentuhan ksh syg... jgn sekadar menengking, mengherdik pelajarmu kerana gagal menjawab.. ttpi dekatilah mereka dan bertanyalah kpd mereka sambil menyentuh bahu mereka...percayalah wahai guru, mereka akan menunjukkan minat terhadap apa yg d ajar olehmu…
Hmmm, guru yg inginkan pelajarnya berakhlak baik, terlebih dahulu guru tersebut  berakhlak mulia,,, betol x?? heheee…
Imam Ghazali dlm kitabnya ihya ulum ad din mengatakan “seorang guru mesti mengamalkan ilmunya, janganlah perkataan beliau membohongi perbuatan.. ini adalah kerana ilmu dapat diperhatikan dgn mata hati, sementara perbuatan dpt dilihat dgn mata, sedangkan org yg mempunyai mata lebih ramai..” kenyataan imam Ghazali memperlihatkan bahawa amalan, tingkah laku, akhlak dan peribadi pendidik  lebih penting dpd ilmu yg dimiliki… (abdul salam yussof : 2003)
 Kat mane2 sekolah x sah kalau xde pelajar yg nakal… xtau leee kenape begau nau! Banyak telan semut tu pasal la hahaa… tp d sebabkan sorang pelajar ni buat taik, pelajar lain turut merasa cissss! Ahahaaa… hadis nabi ;
Adakah hanya kerana seekor semut??
Dpd Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda ; “seekor semut telah menggigit nabi.. kemudian nabi tersebut telah memerintahkan agar dibakar  sarang semut  tersebut  bersama sekalian semut di dalamnya.. maka Allah swt telah mewahyukan kepadanya  “adakah hanya kerana seekor semut yang  menggigitmu,lalu engkau memusnahkan suatu umat yang sentiasa bertasbih kepada Tuhannya?” (riwayat imam Bukhari dan Muslim)
Hikk3, korang mesti paham ape yg tun nak sampaikan ni, perlukan contoh??? Okeh ehh… dlm 1 kelas tu, ade pelajar nakal ni kurang ajau dgn guru tersebut, guru tesebut terlalu marah dan terus keluar dari kelas, so, kelas pada mase tu pon x berjalan proooooott,,,, pelajar2 yg lain terpinga2 laa hihih… hmmmmmmmmmm….
“sekolah itu boleh diumpamakan seperti sebuah segmen pasaran.. guru2 itu adalah pemasarnya, manakala produk jualannya adalah ilmu pengetahuan dan pelanggan2nya adalah pelajar2”

*sumber rujukan = buku hebatnya cara Rasulullah mendidik (adik bg hadiah besday, tq3)... hahaha


TANPA AGAMA MANUSIA BINASA
TANPA ILMU MANUSIA BUTA
TANPA IMAN MANUSIA SENGSARA
TANPA UKHUWAH MANUSIA TERSEKSA
 
ADA AGAMA DATANGNYA PELITA
ADA ILMU DATANGNYA HARTA
ADA HARTA DATANGNYA DERMA
ADA UKHUWAH DATANGNYA SAUDARA
 
AGAMA TUHAN DAPAT MEMBINA
PEKERTI TINGGI BUDI MULIA
SELURUH DUNIA NEGARA DAN BANGSA
AMAN SENTOSA DAMAI BAHGIA
 
AGAMA ISLAM AGAMA YANG SUCI
MARI BERSAMA KITA HAYATI
UNTUK MENDAPAT KEREDHAAN ILAHI
MUDAH-MUDAHAN KITA DIBERKATI
 
TIADA TUHAN KECUALI ALLAH
TUHAN YANG ESA LAGI PEMURAH
NABI MUHAMMAD UTUSAN ALLAH
HINDARKAN DARI JALAN YANG SALAH
*minta maaf adik... minta maaf sebab x dapat jadi kakak yg baik... tp dekma selalu nak jd yg terbaik utk adik... belajar rajin2... ape2 result pmr adik nnt, dekma tetap bangga dgn adik.. hehee... jangan sedih2, dekma kan ade lg ni (ceehhh, geli pula) cume jauh sikit je tp still kat melaka jugak hahaha, emmmm saaayang adik! rindu r! kehhh3... aku tau ko pon mesti rindu kat aku kannn3...