semoga berbahagia mendapat rahmat

limpah kurnia Tuhan yg Esa..........

15 August 2011

nak update blog je

memandangkan ramai peminat menunggu cite terbaru dari blog tun nih chheewaaahhh sehingga menghantar sms berulang kali bertanyakan soalan yg hampir sama 'da update blog belum?' dan ade yg bergaduh demi tun nihhh! peerrgghhhhhhhhhhh hahahahahaa so terpakse lah tun buat cite (walaupun xde cite, ketandusan idea hahaha) bg menjage setiap hati peminat yg tersayang wha10000...


opie n the gengssss kan da ade rumah baru tauu

1 meja ni dorang yg kuasai! cissss


anak oyen pon da besar



cici
*oyen pregnnt lg, arggghhhhh!! stresss

ayu da tukar nset baru
hehehheeee,,, snap pic jap... muke awex2 utara xbleh blah hahaa


 
anak2 buah pon suara da matang



budak rumet pon da kurus (bulan ramadhan la katekan) kihhh3

pandangan sisi dari kanan

pandangan sisi dari kiri hahaaha

baju raya pon da dapat, budak rumet bg, tq nad, mmmuuahh3 hahaaa

tp baju (baju tido) ni boleh dipakai malam raya sahaja hahahaa
*ehhh! abg zombrie! (patung zombie tu, sofiah yg bg, tq! hahaha)

okehhh, sampai sini je nak cite,,,, hehehhee

07 August 2011

Apakah SLE?

Sedihnya x terkata bila bace artikel pasal arwah…menahan sebak sehingga pedih hulu hati… sempit segala pembuluh2 darah ni…



31 Julai 2011, Kaherah - Seorang mahasiswi Melaka yang menghidapi penyakit SLE (Systemic Lopus Erythematous) telah disahkan meninggal dunia malam tadi di Hospital Kasr El-Ainy. Allahyarhamah Fatin Fasihah binti Hanafi menghembuskan nafas terakhir setelah koma sejak 11 Julai lalu akibat pendarahan dalam otak dan serangan jantung.

Walaubagaimanapun, makluman mengenai pemergian arwah hanya diketahui petang tadi ketika ayah arwah, En. Hanafi bin Muhammad Rahmat, dan beberapa orang rakannya datang ke hospital pada waktu lawatan. Hospital memaklumkan bahawa kelewatan tersebut berlaku kerana pihak hospital gagal menghubungi pihak yang berwajib.

Jenazah telah disolatkan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) (Asrama Rumah Melayu Abasiah- ARMA) selepas solat terawih dan dikebumikan di perkuburan warga Malaysia di Hayyu 'Asyir. Pengkebumian jenazah selesai lebih kurang jam 10.30 malam tadi.

Rakan-rakan arwah yang ditemui ketika solat jenazah menyifatkan arwah sebagai seorang yang sangat kuat dan luarbiasa menghadapi penyakit tersebut. Arwah kembali ke rahmatuLLAH selang sehari kepulangan ibunya, Pn. Zaleha binti Abd Rahim Abdul Rahman, serta adik bongsunya ke Malaysia pada 29 Julai lalu. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang soleh. Al Fatihah

Lepas bace artkel ni, terus tun nak tau ape sebenarnye penyakit SLE tu… apa puncanya, sejarahnya, ubatnya dan lain2…

Mari kita sama2 ambik tau…
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.
Sejarah
Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).
Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE).
Jenis-jenis Lupus
Discoid Lupus Erythematous (DLE)
* Hanya melibatkan kulit
* Jarang merebak ke organ lain
Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
* Boleh merebak ke organ lain
* Boleh mengakibatkan kematian
Statistik
Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak. Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada didalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun. Ratio pengidap SLE:
Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans - 1 dalam 250 –500 orang
Di Amerika Syarikat - 1 dalam 2,000 orang
Di negara China – 1 dalam 1,000 orang
Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan.
Apa itu Lupus
Lupus adalah radang teruk (inflamasi kronik) yang disebabkan oleh penyakit autoimun di mana sistem pertahanan badan yang tidak normal melawan tisu badan sendiri. Antara tisu badan dan organ yang boleh terlibat adalah seperti kulit, jantung, paru-paru, buah pinggang, sendi, dan sistem saraf. Jika tisu kulit sahaja yang terlibat, ia lebih dikenali sebagai diskoid lupus. Jika organ-organ dalaman turut terlibat, ia dikenali sebagai Sistemik Lupus Erythematosus (SLE).
Apakah Penyebab Sistemik Lupus Erythematosus (SLE)
Sehingga kini faktor yang merangsangkan sistem pertahanan diri untuk menjadi tidak normal belum diketahui. Ada kemungkinan faktor genetik, kuman virus, sinaran ultraviolet, dan ubat-ubatan tertentu memainkan peranan.
Penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) ini lebih kerap ditemui di kalangan kaum wanita. Ini membayangkan bahawa hormon yang terdapat pada wanita memainkan peranan besar, walaubagaimanapun perkaitan antara Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) dan hormon wanita masih dalam kajian.
Penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) bukanlah suatu penyakit keturunan. Walaubagaimanapun, mewarisi gabungan gen tertentu meningkatkan lagi risiko seseorang itu mengidap penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE).
Gejala-gejala Lupus.
Diskoid Lupus
Ruam di muka, kepala dan anggota-anggota lain badan.Diskoid Lupus kelihatan merah dan timbul di pinggiran ruam. Ia biasanya tidak sakit atau gatal.
Ruam ini pulih dengan meninggalkan parut.
Diskoid Lupus tidak serious dan jarang sekali melarat melibatkan orgon-organ lain.
Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS )
·    Kemerahan di muka terutamanya di pipi dan batang hidung, yang berbentuk rama-rama.
·    Ulser di dalam mulut
·    Keguguran rambut
·    Demam berpanjangan.
·    Sensitif terhadap pancaran matahari. Pesakit mudah mengalami kemerahan atau ruam di bahagian badan yang terdedah kepada pancaran matahari seperti muka dan tangan.
·    Radang (inflamasi) organ dalaman akan menimbulkan bermacam-macam tanda bergantung kepada organ yang terlibat. Contohnya, inflamasi otak boleh menyebabkan pesakit berasa sakit kepala, sawan, atau berkelakuan aneh seperti pesakit mental.
·    Penglibatan buah pinggang pula boleh menyebabkan bengkak kaki dan pengeluaran protin yang berlebihan dalam air kencing. Jika berlarutan tanpa dirawat, Sistemik Lupus Erythematosus boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang.

Tidak semestinya semua gejala-gejala ini berlaku di kalangan pesakit-pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) pada satu-satu masa. Oleh itu penampilan penyakit ini boleh berbeza antara satu pesakit dengan yang lain bergantung kepada gabungan (kombinasi) organ dan gejala-gejala yang terlibat.
Rawatan
Rawatan-rawatan yang ada sekarang bertujuan untuk mengawal gejala-gejala dan mengurangkan komplikasi yang disebabkan oleh penglibatan organ-organ dalaman.
Pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) yang mengalami gejala-gejala ringan atau tidak serious tidak perlu ubat-ubatan tetapi memandai dengan ubat anti keradangan / (anti-inflamasi) untuk jangkamasa singkat sahaja. Jika organ-organ dalaman yang terlibat, ubat-ubatan seperti steroid atau gabungan bersama ubat immunosuppression adalah diperlukan.
Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) dan wanita
Memandangkan Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) lazim ditemui di kalangan wanita, masalah kehamilan selalu dipersoalkan. Antara masalah-masalah yang boleh dihadapi ialah :-
1. Risiko keguguran kandungan. - Terutama di peringkat awal atau akhir mengandung.
2. Komplikasi lain semasa mengandung. - Penyakit lupus menjadi aktif semula semasa mengandung.
- Risiko mengidap darah tinggi, kencing manis dan komplikasi buah pinggang adalah tinggi.
Oleh itu pesakit-pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) wanita adalah dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor yang merawat sebelum mengandung. Pesakit-pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) yang mengandung pula perlu membuat pemeriksaan antenatal yang kerap dan digalakkan supaya melahirkan anak di hospital.
Bagaimana pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) boleh mengelak penyakit ini menjadi aktif.
Mengenal gejala-gejala Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) yang menandakan penyakit menjadi aktif semula supaya rawatan dapat diubahsuaikan diperingkat awal sebelum ia menjadi lebih teruk.
·    Mengelakkan banyak terdedah kepada pancaran matahari. Ini boleh dilakukan dengan memakai baju berlengan panjang, berpayung, bertopi, dan juga memakai sunscreen.
·    Mengelakkan daripada putus ubat terutamanya steroida tanpa nasihat doktor yang merawat.
·    Perlu mengikuti rawatan lanjutan di klinik-klinik yang mengubati pesakit-pesakit SLE.

Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) adalah suatu penyakit yang boleh membabitkan pelbagai anggota badan, dan berpotensi menyebabkan penyakit yang serious.
Walaubagaimanapun, kebanyakan pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) boleh mengecapi kehidupan normal seperti orang lain. Kunci kejayaan ini bergantung kepada interaksi pesakit dan doktor yang merawat dan pemahaman terhadap penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE).

FAQs
Soalan: Apakah masaalah terbesar mengenai SLE?
Jawapan: Simptom SLE mungkin meneyerupai simpton penyakit lain. Masalah utama ialah kerosakan kepada buah pinggang dan sumsum tulang tidak dapat dikesan sehingga peringkat akhir penyakit.
Soalan: Mengapakah doktor mendapati sukar untuk mendiagnosa SLE?
Jawapan: Pada peringkat awal SLE, mungkin terdapat hanya satu atau dua simptom yang nyata. Oleh yang demikian, doktor hanya dapat membuat diagnosa selepas beberapa minggu, bulan atau pun tahun.
Soalan: Mengapakah sesetengah pesakit mengalami kesan SLE yang ringan sementara bagi pesakit lain, kesannya terlalu teruk hingga mengakibatkan kematian?
Jawapan: Tiada siapa yang tahu. Sesetengah pesakit mengeluarkan antibodi antinuklear (ANA) dalam badan mereka. Ada berbagai jenis ANA, ada yang menyerang buah pinggang dan otak. Walau bagaimanapun, samada keadaan pesakit teruk atau tidak, adalah penting bagi mereka mematuhi nasihat doktor terutama semasa penyakit menjadi aktif. Kemungkinan juga pesakit yang mempunyai simptom yang ringan akan mengidap simptom yang lebih teruk kemudiannya.
Soalan: Bolehkah pesakit Lupus sembuh sepenuhnya?
Jawapan: Buat masa ini penyakit Lupus hanya boleh dikawal dan bukan disembuhkan sepenuhnya. Rawatan yang diberi berbeza dan bergantung kepada pesakit. Pesakit yang mengalami simptom ringan seperti sakit sendi, ruam, demam dan keletihan memerlukan rawatan yang berbeza berbanding pesakit yang keadaannya lebih teruk. Kami berasa lega kerana terdapat berbagai pilihan rawatan sekarang berbanding 20 tahun dahulu.
Soalan: Apakah maksud pengurangan (remission) dalam lupus?
Jawapan: Ia bermakna penyakit tidak lagi aktif dan pesakit hanya memerlukan rawatan yang minima.

Rujukan
"Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS )", 2003, Unit Rheumatologi Jabatan Perubatan Dan Jabatan Pendidikan Kesihatan Hospital Selayang.

Sumber dari blog org lain….
masyaAllah…

tabahnya Fatin, sekarang baru tun tau kenapa kawan tun sorokkan sakit dia dpd pengetahuan kami dulu…
mungkin xnak kitorang risau or dia ada alasan sendiri… sobb3… sekarang tun da sgt jelas masalah dia…

01 August 2011

0oo mak


Mak…
Sungguh dekmah merindui mak…
Kalau dulu boleh la dekmah kat hostel ego ckp x rindu kat mak dalam phone….
Act, dekmah maluuu, nak cium mak sebelum balik hostel pon dekmah malu…
Mak pon malu jugak kan nak cium anak2 mak… =)
Haaa sampai sekarang anak2 mak termasuk la yg lelaki2 pon turut mewarisi sifat malu mak nih….
Kami jd malu x bertempat…=)
Lg2 abg, jenuh kakak dok berurusan dgn org laki kat taman ni… =)
Kenapa malu, kenapa dekmah malu…. Sekarang nah ! langsung x dapat cium, dan d saat akhir mak pon dekmah x sempat…. Padan muka dekmah…
Tp, serius…. Sekarang ni dekmah sgt3 rindu mak… boleh ke kalau dekmah ckp dekmah nak jumpa mak ?
Hmmm,,, da tentu la x dpt jumpa mak, sbb mak bukan ada lg kat dunia ni…
Mak p dulu tggl dekmah…
Dulu mak hitung2, umur dekmah 21 nnt dekmah jd nurse…
Lepas tu mak nak tgk dekmah berumah tangga dgn anak raja !!
Mak memang kuat berangan…. =)
Mak tau x, hari ni dekmah test jpj dan alhamdulillah lulus, memang Allah sengaja bg dekmah lulus kerana Allah tahu dekmah x de duit nak bayau utk ulangan... mak tau x, betapa syukurnya dekmah setelah selesai berurusan dgn test jpj td, dekmah da berangan nak bawak mak p beli barang2 dapur x payah jalan kaki lg, bawak mak p tgk wayang ke (hihihi), p shopping ke, dan lain2 lg… dekmah rasa kalau abah ada, laaaaagi abah happy sbb dekmah da pandai berdikari, x perlu bergantung kat mak abah lg…
Duit nak beli tiket balik kampung ke kedah pon dekmah tergagau2… tahun ni dekmah xdpt p tgk mak abah niny bangcik dan lain2, dekmah beraya kat melaka, kebetulan kwn dekmah ajak raya kat rumah dia sbb sedara2 dia x balik...
Bulan 6 hari tu kan dekmah da p, lega bila penjaga kubur kawasan tu da mesin rumput, cantas lalang, tebas semak samun, tebang pokok yg layu…. So dekmah x susah hati… adik dan abg ada kat sana boleh tengok2 kan dan pastikan kubur terpelihara…
Maaakk….
Kecut tau jantung dekmah bila tiba2 ingatan dekmah kat mak semakin kuat, serius x boleh nak tepis…
Mak tau ape dekmah rasa sekarang ni ?
Dekmah rasa mak ada tp mak x balik rumah….. dekmah x ada semasa mak nk p dari dunia ni… mcm main2 lah, cerita2 dpd kakak tu,,,, org2 kampung yg ckp mak da x da, boleh ke dekmah percaya ? hal ni hal yg perlu d selidik dahulu,,, yg dekmah nampak hanya kubur dan batu nisan tertulis nama mak, serta gambar2 acdnt emmmm ntah mcm dlm drama tb pula, ehh dekmah x paham la dgn semua ni…. Oleh kerana itu dekmah kena la percaya bahawasanya mak da x da… x x x x x x x x, sepatutnya dekmah kena hadir dan lakukan apa yg org kampung buat, mandikan mak, gunting kain dan kafankan mak, iring mak… mak pernah mandikan dekmah, mak yg buat baju utk dekmah dan mak pernah pakaikan dekmah baju serta mak iring dekmah masuk asrama…
Maaaaaaaaaaaakkkk….. sepatutnya dekmah yg buat semua tuuuu utk mak bukan org lain….. =(
Bertarung dgn iman ni, bukan dekmah x terima / x redha dgn qadha dan qadar Allah, Astaghfirullah…. Terasa seperti sitan bisik2 bg harapan palsu…. Stupid sitan ! ya Allah tetapkanlah iman yg halus ni supaya aku sedar d atas perkara2 yg berlaku ni demi meneruskan kehidupan utk dekat dgnMu dan merasakan apa yg aku miliki ni semuanya Allah yg punya…. Oleh itu Allah lebih berhak mengambilnya semula…
Makkk…
Dekmah sgt susah bila kehilangan mak…..
Tp bila mak ada dekmah pula menyusahkan mak…..
Macam2 yg berlaku kat dekmah, serius dekmah x pernah menjangkakan kehidupan seperti sekarang ni….
Dekmah tahu mak tahu situasi dekmah sekarang kerana ustz dekmah ade cerita, malaikat akan khabarkan kpd mak ayah kita berita gembira dan berita buruk tentang anak2nya kat dunia ni selagi mereka x berkahwin….
Mak rasa ini ujian atau bencana yg Allah bg kat dekmah ? =(
Maakkkk….
Dekmah syg mak…..