semoga berbahagia mendapat rahmat

limpah kurnia Tuhan yg Esa..........

16 October 2011

beradab itu manis...

Okeh, setelah sekian lama tun mengetepikan blog ini, tibalah masanya untuk tun meng’hot’kan semula blog tun nih… tadaaaaaaa… kehhh300… tun agak berminat nak cerita tentang adab2 bagi post kali ni… memandangkan, tun berasa diri ini sudah sgt kurang beradab, tun telah pon memikirkan bagaimana untuk memulihkan kembali adab2 yang telah roboh itu… jadi tun membuat keputusan untuk membeli sebuah buku tentang adab muslim, Jaafar Salleh… heh heh heehhh…
Sebelum tu kan, tun makin x paham la, bingung, kenapa sebahagian nurse2 d zaman hampir meletup ni ada yang berperangai seperti  tuuutttt (bermaksud ntah ape)……. Berbeza ketika usia tun sewaktu sekolah rendah dulu… tun pernah masuk wad (akibat bertumpah darah minyak, tolong mak masak) masa darjah 4 kalau x salah kat hospital terendak, nurse2 pelatih, staf nurse dan lain2 kelihatan semuanya baik2 belaka… semuanya pandai handle pesakit dan senyum selalu… hahahaaa… tp bile sekarang nih, yg terjadi kat tun la kan, nurse yg bg nasihat (agaknye la nasihat) pon serupa seperti nak ajak bertumbuk (x rase mcm nasihat lah!)… air muka pon x jernih, apetah lg nak senyum, jauh sekali… hahaha… time makan, kalau terpandang muka nurse tersebut memang boleh muntah darah r tun wha100… mcm mane boleh jd mcm tu ek??? Mungkin bz… mungkin laaa bz sebabnya tun pernah merasa jd student nurse, bz betol, tu baru student, belom jd sister ke ape ke dan lain2… hahahah…
tp x semua ye nurse2 seperti begitu… kalau baik, baik sungguh… kalau lah tun ade ramai abang, tun boleh rekemenkan wehhhh… antara nurse2 yg saaangat baik hati tun pernah jumpa, SN siti aminah bt fowzey (k.min!), SN noor hanida, JP sellvi, JP zuraidah dan ramai lagi… sape2 nak mengorat boleh hantar msj kat fb tun wha3… haisssshhhh, da keluar topik nih… haaa sambung tentang adab2 yg ingin tun bincangkan dlm ni…
bila kita menjalani hidup d tengah masyarakat yg tidak kelihatan Islam, bila kita berekonomi atau d pasar serta d bursa saham x tidak kelihatan Islam, begitu juga d sekolah dan d pusat2 pendidikan x kelihatan Islam, atau d mana2 saja seolah2 kita dgn Islam x ada hubungan… kenapa terjadi demikian?? X lain adalah kerana kita sendiri yg melihat dan memandang Islam dgn pandangan yg sempit serta ilmu Islam yg kita pelajari d sudut2 tertentu je tanpa meliputi semua aspek… sedangkan bila kita melihat d dalam al Quran, melainkan semuanya ada dan lengkap… firman Allah;
tidaklah kami (Allah) alpa sedikit pun di dalam al Quran” surah An An’am; 38…
menurut buku yg telah d sebutkan td, adab muslim membentuk peribadi solehin, memiliki jiwa muqarabbin, meraih sakinah dlm kehidupan ini…
org mukmin yg paling sempurna imannya ialah yg paling baik akhlaknya.” (riwayat Ahmad)
“akhlak baik dapat menghapus dosa bagai air menghancurkan tanah yg keras.” (al baihaqi)
Terdapat banyak adab2 dlm buku nih, tp tun ambik 1 je sempena kes nurse td wha1000… iaitu adab SEORANG PENASIHAT…
1.       Jgn bersikap takbur dgn ilmu yg ada pada diri anda.
2.       Hendaklah sentiasa malu kpd Allah kerana tugas memberi nasihat merupakan amanah Allah kpd hambaNya.
3.       Memberi nasihat dgn penuh hikmah.
4.       X mengambil kesempatan ke atas mereka yg menerima nasihat seperti  meminta upah dan keuntungan duniawi.
5.       Hendaklah mengetahui kelemahan dan kelebihan diri sendiri serta sering memperbaikinya ke arah yg lebih baik.
6.       Hendaklah mengamalkan terlebih dahulu apa yg ingin d sampaikan kpd masyarakat.
7.       Bertawakal kpd Allah.
8.       Berbaik sangka kpd manusia.
9.       Sentiasa menjaga maruah diri agar d hormati oleh masyarakat.


Okeh sampai d sini je…. Semoga Allah memberi Hidayah kepadanya…. Wink!




13 October 2011

Aku SebaTanG KaRa..

Sejak usia yang mentah
Aku telah melangkah
Mengenali... hidup yang getir...

Pada tingkat dewasa
Aku lebih tercabar
Kehidupan dalam penitian
Onak duri datang silih berganti...

Aku tak pernah menyerah
Walau badai yang melimpah
Ku aturi tiap langkah dengan gagah
Keringat ku yang mengalir
Perjuangan tak berakhir

Sehinggalah ke hujung titian
Garis yang menamatkan
Perjalanan...

Tangis dalam senyum tiada insan yang tahu
Tiada insan yang bakal mengerti
Jalanan ku tidak seindah mimpi oh...

Tangis dalam senyum ku tiada insan yang tahu
Bahagia... deritaku...
Sebatang kara.....

=( sooobbb3....




Duka derita, duka laraku di dunia
Tidaklah aku sesali, juga tak akan aku tangisi
Sesakit apapun yang ku rasakan dalam hidupku
Semoga tak membuat ku kehilangan jernih jiwaku
Andaikan dunia mengusir aku dari buminya
Tak akan aku merintih, juga tak akan aku mengemis
Ketidakadilan yang ditimpakan oleh manusia
Bukanlah alasan bagiku untuk membalasnya
Asalkan kerana itu, Tuhan menjadi sayang padaku
Segala kehendakNya menjadi syurga bagi cintaku
Bukanlah apa kata manusia yang ku ikuti
Tetapi pandangan Allah Tuhanku yang ku takuti
Ada tiadaku semata-mata milikNya jua…..