semoga berbahagia mendapat rahmat

limpah kurnia Tuhan yg Esa..........

15 January 2012

Allah hu



Sebenarnya kalau kita nak cite pasal Nabi ni, 1 buku pon tak cukup… lg 1 org  zaman sekarang kan ramai yg mls membaca, pengetahuan tentang kisah2 nabi pon da x ambik tau, jd tun cerita yg ringkas je lah, sekurang2 nya kita tau sikit, nak cerita byk2 muntah darah lak baca hahhaha… hari tu kawan2 tun ada tanye tentang kisah Nabi ni, tp tak dapat jawab sepenuhnya sbb da lupa, mase sekolah dulu je belajar, da tua2 camni kurang ingatan… hehehe…
Copy dr buku cerita anak buah tentang 25 Rasul, nama penulis lupe…. hihi

INFO PENTING TENTANG NABI IDRIS
·         Nabi Idris a.s (nama asal Ukhnuj) bin Yarij iaitu ciut Nabi Adam a.s berasal dari Babylon…
·         Semasa remaja, Nabi Idris suka sendirian di atas bukit utk membaca kitab yg diwarisinya dpd datuk nenek baginda nabi Syith.
·         Nabi Idris menyeru kaum Qabil supaya meninggalkan perbuatan menyembah berhala.
·         Kaum Qabil tidak menerima seruan Nabi Idris lalu baginda membawa pengikut baginda keluar dr Babylon.
·         Nabi Idris dan pengikut sampai ke sungai Nil lalu membuka penempatan di situ (Mesir)
·         Nabi Idris diberi Allah 30 lembaran Suhuf sebagai panduan utk memimpin kaumnya.

Keistimewaan Nabi Idris
Iaitu melawat akhirat. Baginda dibawa ke langit dan dibawa melawat syurga dan neraka. Lebih istimewa lg baginda enggan keluar dr dlm syurga. Allah membenarkan baginda tinggal di syuga..

INFO PENTING TENTANG NABI NUH
·         Nabi Nuh sgt sedih melihat kaumnya menyembah berhala.
·         Baginda bertambah sedih apabila mendapati kaumnya enggan menerima seruan baginda.
·         Baginda berdoa kpd Allah supaya membinasakan kaumnya. (surah Nuh ayat 26-27)
·         Baginda diberi benih pokok dr syurga oleh malaikat Jibrail.
·         Benih itu disemai d atas bukit dan sepohon pokok tumbuh dan menjadi pokok yg sangat besar.
·         Nabi Nuh membina kapal yg besar d atas bukit dan dipersendakan oleh kaum baginda.
·         Kaum nabi membakar kapal itu tetapi kapal itu tidak hangus.
·         Hujan turun dgn lebatnya dan banjir berlaku.
·         Nabi Nuh sedih dan kecewa kerana isteri dan anaknya, Kan’an tidak mahu menaiki kapal.
·         Anak2 baginda yg beriman Sam, Ham dan Yatisy.
·         Allah sgt murka kpd Kan’an kerana tidak beriman sehingga menolak doa Nabi Nuh utk menyelamatkan Kan’an.

INFO PENTING TENTANG NABI HUD
·         Kaum Ad (cicit kpd Sam) tinggal d negeri Hadaramaut (antara Yaman dan Oman) diperintah oleh Raja Jahrom.
·         Mereka berladang dan menternak binatang serta hidup mewah hingga lupa kpa Allah.
·         Kaum Ad (berjumlah 700 000) tetapi 17 org sahaja yg beriman kpd Allah.
·         Malaikat Jibrail memerintah Nabi Hud mengajak pengikut baginda mendaki bukit utk menyelamatkan diri.
·         Allah menurunkan bala iaitu kemarau yg panjang sehingga tanaman mereka musnah.
·         Nabi Hud masih menyeru kaumnya namun mereka tetap berdegil.
·         Allah menurunkan bala peringkat kedua iaitu angin ribut. Cerita kebinasaan ini ada dalam surah al Haaqah ayat 6-8.
·         Nabi Hud berpindah ke Hadaramaut.
·         Kaum Ad kaum yg lupa diri, sayang akan kemewahan dan tidak bersyukur kpd Allah.
·         Kaum Ad lebih percaya kpd berhala dpd Allah.


INFO PENTING TENTANG NABI SALIH
·         Kaum Thamud (keturunan Sam bin Nabi Nuh) tinggal di al Hijr, kawasan bukit bukau antaa Hijaz dgn Syam (Syria)
·         Tanah al Hijr sgt subur utk tanaman, oleh sebab itu kaum Thamud hidup mewah dgn hasil tanaman.
·         Mereka memahat batu2 bukit utk dijadikan rumah. (surah Asy Syurar ayat 146-151)
·         Nabi Salih menyeru kaumnya supaya menyembah Allah tetapi mereka meminta bukti tanda kerasulan baginda.
·         Allah mengeluarkan unta dr dlm batu bukit.
·         Unta itu melahirkan anak dan susu unta itu diminum oleh kaum Thamud.
·         Mereka yg ingkar membunuh unta dua beranak itu.
·         Nabi Salih membawa pengikut baginda (4000 org) ke Palestin dan tinggal di kota Ramallah.
·         Selepas itu, bala diturunkan Allah iaitu petir yg memecahkan gegendang telinga dan gempa bumi yg dahsyat.
·         Kaum Thamud mati kerana terkejut pd petir dan ditelan bumi.

INFO PENTING TENTANG NABI IBRAHIM
·         Raja Namrud memerintah empayar Babylon
·         Ahli nujum memberitahu  Raja Namrud akan lahir seorang bayi yg akan meruntuhkan kerajaannya.
·         Sejak itu Raja Namrud melarang kelahiran rakyatnya, baby2 lelaki dan ibu2 yg mengandung dibunuh.
·         Nabi Ibrahim lahir secara rahsia.
·         Setelah menjadi nabi, Nabi Ibrahim memberitahu bapanya supaya tidak membuat berhala dan melarang penduduk menyembah berhala.
·         Baginda ditangkap oleh Raja Namrud dan dibakar tetapi diselamatkan oleh Allah.
·         Baginda pergi ke Palestin tetapi pulang ke Babylon utk menyeru Raja Namrud supaya menyembah Allah.
·         Raja Namrud masih ingkar malahan mencabar baginda berperang.
·         Akhirnya Raja Namrud tewas kpd kumpulan nyamuk, ‘askar’ Allah.
·         Baginda terkenal sebagai bapa Nabi Ismail dgn kisah korban.

Bersambung kisah nabi2 yg seterusnya okeh hehehe

No comments: