semoga berbahagia mendapat rahmat

limpah kurnia Tuhan yg Esa..........

02 January 2012

jaundis !




Baby wafdan ada kuning… sob3… cian baby… baby wafdan ialah anak kpd isma (kakak tun)… bersalin pada 23.11.11, tarikh lahir agak unik kerana 22.11.09 ialah peristiwa yg x kan dpt di lupakan oleh kami sekeluarga… dua tahun da berlalu… biarpun bertahun2 berlalu tetap segar dlm ingatan… cheeewaaahhh!! Hahhaa… x sangka isma bersalin lebih awal dpd yg di jangkakan! Konon da plan nak bersalin kat perlis, nak hospital swasta la ape laa,, tup3 kat hospital melaka.. kehhh3.. isma plan, Allah juga ada plan… banyak hikmah… isma masuk wad 22.11, dia yg masuk ambulans sendiri, mase tu suami isma kerja kat terengganu, tun dgn adik kat rumah ain, p tgk baby aqram anak ain hahaha…. Sgt comel mcm tun la wha100… kelakar je lah masuk ambulans sendiri di ikuti 3 lg ambulans yg lain kat belakang…
Da masuk wad bersalin isma ajak abang ipar join teman isma bersalin… last2 abg ipar yg menangis teruk lebih dpd org yg bersalin wha1000… kelakar je
Ape2 pun alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar… baby wafdan matanye sepet! Kiuuuuttt… ikut sape ntah… tp dua kali tgk mcm ikut muka tun hahahaa….
Okeh, tun nak cite serba sikit pasal kuning nih… utk pengetahuan kita semua
Cuba teka jaundis tu apa wehh?       
Yaaa… penyakit kuning yg selalu terjadi kat bayi…
Jaundis itu ialah satu keadaan yg terdapat pada bayi di mana mata dan kulit berwarna kuning. Keadaan ini disebabkan billirubin yg berlebihan di dalam badan.

Haiisshh… bilirubin tu apa pula???
Bilirubin itu ialah sejenis serum (bahan kimia) yg hadir di dalam darah yg ditapis oleh hati dan dibuang melalui ai kencing dan najis.
Berlebihan bilirubin di dalam darah akan menyebabkan otak/sistem saraf rosak dan jika ia di tahap bacaan yg sangat tinggi boleh mengakibatkan kecacatan/sawan otak dan kematian.

Tanda2 jaundis! BERBAHAYA!
·         Kurang aktif dan tidak bermaya
·         Bayi juga enggan menyusu dan kerapkali menangis
·         Kuning bermula dalam masa 24 jam kelahiran
·         Apabila kuning sampai ke bahagian peha bayi
·         Bayi demam/sawan dan badan kejang
·         Najis bayi berwarna kelabu (seperti tanah liat)

Komplikasi jaundis!
Jaundis yg tinggi menyebabkan ;
·         Bahagian otak bayi yg rosak akan mengakibatkan kecacatan akal dan serebral palsi
·         Terencat akal
·         Kurang pendengaran atau pekak
·         Kekejangan otot2
·         Masalah persekolahan apabila besar nanti
·         Kematian
Sekiranya bayi kamu mendapat jaundis! PENTING!!
Kamu dinasihatkan supaya ;
·         Dapatkan rawatan dgn segera di klinik atau hospital yg berdekatan
·         Teruskan penyusuan susu ibu dgn lebih kerap
·         Walaupun jaundis sedikit, bayi perlu dibawa ke klinik atau hospital utk ujian darah TSB (total serum bilirubin)
·         Jaundis perlu dirawati setiap hari selama 2 minggu sehingga jaundisnya berkurangan

Nasihat utk kamu semua yg ada baby
ELAKKAN ;
·         Mengambil jamu, rempah atau akar2 kayu
·         Mandi bayi dgn ubat cina tradisional
·         Memberi susu kambing kepada bayi
·         Memberi air glukos kepada bayi
·         Menjemur bayi di bawah cahaya matahari
·         Gunakan ubat gegat utk pakaian bayi
·         Letak bayi di bilik yg gelap
Hmmm! Sgt bahaya kalau kita x ambil berat tentang jaundis nih… sekiranya kita mahukan anak2 kita sihat dan cerdas, ambil langkah awal sebelum terlambat… hehee…. Seronoknyaaa dpt baby baru

No comments: