semoga berbahagia mendapat rahmat

limpah kurnia Tuhan yg Esa..........

11 January 2012

terkesan di hati...

ehemmm.... post kali ni utk memuhasabah diri tun sikit.... berkenaan tentang peribadi diri, ketaatan, kesedaran diri sebagai hamba dan lain2 lagi... tun nak tanya sikit hehehe, ape beza 'perasaan' org yg solat dengan org yg tak solat??


subhanallah.... perasaan org yg solat tu susah nak digambarkan... tp tun cuba utk ceritakannya berdasarkan pengalaman....


jgn salah paham dgn soalan tun, tun tak tanya beza org solat dgn org yg tak solat... kita boleh nampak kan, ada yg solat kerana mcm2 lah...  kadang2 tu bila di tanya semua jawab solat kerana Allah tp dia tak sedar yg dia solat seolah2 utk cukup syarat je... ada yg solat kerana nak lepas kewajipan, ada yg solat kerana org lain, kerana nak syurga dan sebagainya... wallahua'lam...


'perasaan' org yg solat ni hanya dia sendiri sahaja yg tahu dan dapat merasainya... walaupun di nilai oleh org lain tentang solatnya sekadar menunjuk2 tp itu tak membuat hatinya down dan lain2.... haaa inilah keistimewaan perasaan org yg solat... hatinya da tetap! kenapa nak dengar cakap org lain sedangkan antara kita dgn Allah... Allah tau apa kita buat, org2 yg mulut jahat tu biaq p kat depa...

tun akan bagitahu juga perasaan org yg tak solat camne2... isshhh ayat bm tun agak mengelirukan ek, haishhh... tun guna ayat pasar je la eh... keh3...


sekiranya kita solat, dan tak tinggal2, tiba2 1 hari tu kita mula terasa tak nak solat sebab pikirkan dosa2 yg kita lakukan, sitan mula bisik, "kenapa nak solat, dosa tetap aku buat, Allah terima ke solat aku ni, sia2 je la aku solat camtu camni tp Allah tak terima"... walaupun kita da terima bisikan halus sitan tu, kita tetap solat jugak tp niat kita solat tu da lari ke arah lain sikit... hari2 lain sitan bisik lg "buat ape penat2 solat, kau solat utk org lain tgk ko solat, bukan utk Allah"... haaa tgk, cerdik betul sitan sekarang nih... hari2 lain sitan bisik lg power "ko buat je dosa tu sampai puas dulu, Allah kan maha pengampun mesti dia terima punya ko taubat nanti"...

nak puas sampai bilanya wehhh, nak tunggu puas tu sempat la kita jd kawan baik sitan dulu, masa tu tak ingat taubat lg dah ataupon da liat nak taubat sebabnya kita terus buat dosa tp tak dapat bencana lg tu pasal rasa selamat je, itu pon beruntunglah kalau di beri hidayah dpd Allah sebelum mati iaitu utk org2 terpilih je, ni kalau yg tak dapat hidayah sampai mati, masuk neraka free je la...


hidayah tu, tak semua org dapat... hidayah tu mahal... doa la macam mane sekalipun nak hidayah la, plisss Allah bg aku hidayah la, wehhh doakan aku dapat hidayah okeh, dan sebagainya tp kita takda usaha nak dapatkan hidayah tu takda gunanya la...


fiman Allah;
"sesungguhnya engkau (ya Muhammad) tidak dapat memberi hidayah petunjuk kepada orang yang engkau cintai, akan tetapi Allah yang memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki.." surah al Qasas ayat 56


firman Allah;
"jika kamu sangat inginkan mereka beroleh petunjuk, maka sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang berhak disesatkanNya; dan tiadalah bagi mereka sesiapa pun yang dapat memberikan pertolongan.. surah an Nahl ayat 37


nak hidayah tu kita kena cari, insya'Allah Allah akan tolong kita dan memudahkan kita... hmmm... perasaan org yg solat ni seperti kita di jaga oleh Allah... kita akan dapat merasainya! serius! banyak mana masalah pon, bila solat kan masalah kita ni boleh atasi, masalah tu boleh di atasi, kira ada je jalan keluar utk masalah2 semua... Allah pasti tolong kita... bila kita di timpa malasah, Allah nak duga kita je tu, kita sabar dan sabar dan sabar lg, haaa Allah bg ganjaran yg lain tanpa di sangka2 oleh kita...


firman Allah;
"dan janganlah engkau menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka" surah Ibrahim ayat 42


doa memohon selalu dapat mendirikan solat
wahai Tuhanku! jadikanlah daku org yg mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku.. wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.. surah Ibrahim; 40


ampa semua yg solat mesti tau perasaan bila tak solat kan... begitu juga la dgn tun... ishhh na'uzubillah, perasaan orang yang tak solat nih tun da pun merasainya... bila kita tak solat, kita sentiasa akan diselubungi dgn rasa bersalah, buat tu salah buat ni salah, serba tak kena... rasa sedih datang walaupun zahirnya happy tak ingat dunia... kadang2 tu kita akan dengar bisikan2 halus yg membuatkan kita semakin serabut! lepas tu datang la gangguan2 sitan di tambah dgn khalayan2 belaka dpd kita sendiri...

masa tu kita tak nampak yg sitan2 dok berkompang dgn kejayaan2 dorang... cepat nak naik angin, berangin tak bertempat pula tu... lg satu, segala nasihat tak boleh nak terima dah... sebabnya hati da keras, serta merta kita jadi sombong... sombong dgn Tuhan sebab menolak kebaikan... da la di dunia kita tak bahagia di akhirat pun sama..


Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan solat fardhu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:


    • Solat Subuh - Barang siapa yang meninggalkan solat subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.
    • Solat Zohor - Barang siapa yang meninggalkan solat zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam
    • Solat Asar - Barang siapa yang meninggalkan solat Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)
    • Solat Maghrib - Barang siapa yang meninggalkan solat Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.
    • Solat Isya' - Barang siapa yang meninggalkan solat Isya',  nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.
    "Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa"


    sedih sebenarnya tak solat nih kerana kita da jauh dpd Allah... tak jeles ke bila kita nampak org solat kita tak solat, Allah bg perhatian kat org tu, kita tak dapat... sama2 lah kita berusaha utk tarik perhatian dpd Allah... Allah Maha mengetahui, Dia tahu apa kita nak buat...


    Al quran ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf.." surah Ibrahim ayat 52


    anak buah tun belajar solat... heheheh...


    zahirah dan husnul




    amennnn

    1 comment:

    Fida Ezzani said...

    ma, aku rse ko kne besarkan skit la tulisan ko ni. info dah best ! sries !