semoga berbahagia mendapat rahmat

limpah kurnia Tuhan yg Esa..........

01 August 2011

0oo mak


Mak…
Sungguh dekmah merindui mak…
Kalau dulu boleh la dekmah kat hostel ego ckp x rindu kat mak dalam phone….
Act, dekmah maluuu, nak cium mak sebelum balik hostel pon dekmah malu…
Mak pon malu jugak kan nak cium anak2 mak… =)
Haaa sampai sekarang anak2 mak termasuk la yg lelaki2 pon turut mewarisi sifat malu mak nih….
Kami jd malu x bertempat…=)
Lg2 abg, jenuh kakak dok berurusan dgn org laki kat taman ni… =)
Kenapa malu, kenapa dekmah malu…. Sekarang nah ! langsung x dapat cium, dan d saat akhir mak pon dekmah x sempat…. Padan muka dekmah…
Tp, serius…. Sekarang ni dekmah sgt3 rindu mak… boleh ke kalau dekmah ckp dekmah nak jumpa mak ?
Hmmm,,, da tentu la x dpt jumpa mak, sbb mak bukan ada lg kat dunia ni…
Mak p dulu tggl dekmah…
Dulu mak hitung2, umur dekmah 21 nnt dekmah jd nurse…
Lepas tu mak nak tgk dekmah berumah tangga dgn anak raja !!
Mak memang kuat berangan…. =)
Mak tau x, hari ni dekmah test jpj dan alhamdulillah lulus, memang Allah sengaja bg dekmah lulus kerana Allah tahu dekmah x de duit nak bayau utk ulangan... mak tau x, betapa syukurnya dekmah setelah selesai berurusan dgn test jpj td, dekmah da berangan nak bawak mak p beli barang2 dapur x payah jalan kaki lg, bawak mak p tgk wayang ke (hihihi), p shopping ke, dan lain2 lg… dekmah rasa kalau abah ada, laaaaagi abah happy sbb dekmah da pandai berdikari, x perlu bergantung kat mak abah lg…
Duit nak beli tiket balik kampung ke kedah pon dekmah tergagau2… tahun ni dekmah xdpt p tgk mak abah niny bangcik dan lain2, dekmah beraya kat melaka, kebetulan kwn dekmah ajak raya kat rumah dia sbb sedara2 dia x balik...
Bulan 6 hari tu kan dekmah da p, lega bila penjaga kubur kawasan tu da mesin rumput, cantas lalang, tebas semak samun, tebang pokok yg layu…. So dekmah x susah hati… adik dan abg ada kat sana boleh tengok2 kan dan pastikan kubur terpelihara…
Maaakk….
Kecut tau jantung dekmah bila tiba2 ingatan dekmah kat mak semakin kuat, serius x boleh nak tepis…
Mak tau ape dekmah rasa sekarang ni ?
Dekmah rasa mak ada tp mak x balik rumah….. dekmah x ada semasa mak nk p dari dunia ni… mcm main2 lah, cerita2 dpd kakak tu,,,, org2 kampung yg ckp mak da x da, boleh ke dekmah percaya ? hal ni hal yg perlu d selidik dahulu,,, yg dekmah nampak hanya kubur dan batu nisan tertulis nama mak, serta gambar2 acdnt emmmm ntah mcm dlm drama tb pula, ehh dekmah x paham la dgn semua ni…. Oleh kerana itu dekmah kena la percaya bahawasanya mak da x da… x x x x x x x x, sepatutnya dekmah kena hadir dan lakukan apa yg org kampung buat, mandikan mak, gunting kain dan kafankan mak, iring mak… mak pernah mandikan dekmah, mak yg buat baju utk dekmah dan mak pernah pakaikan dekmah baju serta mak iring dekmah masuk asrama…
Maaaaaaaaaaaakkkk….. sepatutnya dekmah yg buat semua tuuuu utk mak bukan org lain….. =(
Bertarung dgn iman ni, bukan dekmah x terima / x redha dgn qadha dan qadar Allah, Astaghfirullah…. Terasa seperti sitan bisik2 bg harapan palsu…. Stupid sitan ! ya Allah tetapkanlah iman yg halus ni supaya aku sedar d atas perkara2 yg berlaku ni demi meneruskan kehidupan utk dekat dgnMu dan merasakan apa yg aku miliki ni semuanya Allah yg punya…. Oleh itu Allah lebih berhak mengambilnya semula…
Makkk…
Dekmah sgt susah bila kehilangan mak…..
Tp bila mak ada dekmah pula menyusahkan mak…..
Macam2 yg berlaku kat dekmah, serius dekmah x pernah menjangkakan kehidupan seperti sekarang ni….
Dekmah tahu mak tahu situasi dekmah sekarang kerana ustz dekmah ade cerita, malaikat akan khabarkan kpd mak ayah kita berita gembira dan berita buruk tentang anak2nya kat dunia ni selagi mereka x berkahwin….
Mak rasa ini ujian atau bencana yg Allah bg kat dekmah ? =(
Maakkkk….
Dekmah syg mak…..



No comments: